si comel n si ensem

Jumaat, 26 Oktober 2007

lantunan syair dalam goresan pena

unpublished~buat azie :)
ifan tulis waktu ifan mencoba bertahan walau harapan itu hanya ada dalam genggaman. :(

----indah lantunan syair
dalam goresan pena sebuah cinta.
makna tersirat kian bersambut dalam ruas baitnya
beriring suku katanya..
yang haturkan setiap kasih dalam segenggam angan
angan terbungkam dalam seribu tanda tanya dan kebimbangan..
angan yang merindukan kenyataan

p/s: smlm dawai hati send msj lam frenster aku..byk kali aku ulang baca sbb bhase yang d guna kn tlalu puitis..ssh nak faham,otak aku lak xde bhase bunga2.. hati aku pon da lama beku.
klo ayat direct aku taw r..
pape pon aku ttp menghargainya.

untitled \(^_^)/

past 2 nite,
aku g teman rumate jmp ngn adk angkt die..junior ktorg,tp x pnh knl pon.. ye ke dia dak civil??? cm x pnh nmpk pon..lgpon ktorg beza 1 batch je. sopan org nya..hahaha!!!
maybe sbb ckp ngn senior dia kot dia menyusun kata penuh hemat.. huhuhu. mentang2 la senior dia da tgl bape mngu je lagi nak melangkah pergi..

hr nie,
aku ngn group aku da berjaya siapkn ktorg nye projek..erk!!!ad lg la,mende2 sampah yang nak kne tambah 2..tp consider da siap la..nie pon ktorg bru lps interview tok projeck ktorg nie.. soalan mencabar gile..antara soalan yg ktorg dapat:

hanie: type of drawing
faiz: construction organisation
aku: beza antara preliminary study ngn desk stdy
suzie: foundation
ida: infrastructure at construction site..

cam munyit je ktorg jwb..

Khamis, 25 Oktober 2007

jari-jari yang berbicara

jari ini mulai lemah untuk menuliskan lebih banyak kalimat yang ceria. walau bukan suatu keharusan, tapi bila harus kembali melanjutkan cerita yang menyedihkan, akan terasa sangat menyakitkan. Tapi cerita yang seperti apa lagi yang harus aku tuliskan?? senyum.. bukanlah senyum yang seutuhnya. tawa.. tapi hanya untuk menyembunyikan pahitnya kenyataan. sampai aku pun lupa bagaimana caranya untuk tertawa yang benar-benar lepas. apa aku sudah membutuhkan terapi untuk itu? :/ heh.. mungkin aku bisa tertawa dengan melihat keadaan aku yang sekarang. terjepit dalam satu dilema yang membuat aku lupa bagaimana caranya tersenyum. ha.. ha..... ..ha. tapi seharusnya aku bangga.. ternyata aku memiliki kisah hidup yang lebih menarik dibanding kebanyakan orang. hanya saja, aku belum tau bagaimana cara menikmatinya. mungkin hanya lewat jari jari ini, aku bisa mengungkapkan semuanya. mungkin hanya lewat jari jari ini.. aku mulai bisa menikmati semuanya. mungkin lewat jari jari ini juga.. aku temukan jawabannya.mungkin...

p/s : aku copy dari blog dawai hati,kwn indon aku yang puitis amat..
tp aku suka baca tulisannya,wlo sukar di mengerti tp artinya cukup dalam

kunci kepada persahabatan yang baik

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
Hargai pendapat satu sama lain. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.
Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda.

Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain. Jangan mengata di belakang kawan anda. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

to all my frens..korang mmg best

pengalaman itu sebenarnya indah

"Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita..
bahawa erti kehidupan yang sebenarnya...
bahkan mengajar kita siapakah diri Allah yang hakiki..
pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati..
pada hati yang mudah tersentuh...
telus...dan halus...
Namun ucapan"aku tak mampu Ya Allah"
biasa terkeluar dari hati kita...
sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup...
erti menjadi seorang mukmin yang sejati..
Tidak mengapa kita merintih..
akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi..
kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..
tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian..
Allah tak pernah menolak kehadiran kita..
kita saja..yang menolakNya..
Nauzubillah...
Andai tiada pengalaman ini..
adakah kita akan mengingati Allah...t
epuk dadamu..tanyalah imanmu..
kerana apa..
imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur...
kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi...
ingatlah duhai sahabat..
tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita
melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik...
Nantikanlah hikmahNya..
pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..

~author: tulipsolehah~

p/s: ngah boring2 lam lab aku xplore la ukhwah.com

dalam senyum ini

Dalam senyum ini
Adakala aku benar-benar tersiksa
aku rasakan jalan yang kulaluiTerlalu kelam dan sepi
Ya Allah..
Tanpa teman...
Tanpa sahabat...
Tanpa segalanya
Hanya sebuah ketakutan
Yang sering menganggu tenang hatiku

Ya Allah,
Kadangkala terasa
menggunung kemarahanMu padakuYa Allah,
Kadangkala terasa perit mindaku
Mencerna dan mencari hidayahmu
Semakin hari,
semakin kucari petunjuk
MuSemakin
kuselusuri payahnya
Semakin kutenung setiap kejadianMu
Semakin kugusar...
Kiranya aku ini
tergolong dalam golongan kurang bersyukur
Apa yang perlu kuperbuat?
Namun,
kadangkalaaku menemui sesuatu
Sesungguhnya aku insan bertuah
Padaku kau pancarkan hidayahMu
Agar aku berfikirSejenak,
sedetik dan seketika
Siapa aku yang kau ciptakan
Apa tujuanku di sini dan apa pengakhirannya

today in lab autocad

dari pg lagi aku dok ngadap komputer kat lab nie nak siapkan esteem tok project ktorang..
alhamdulillah..dah siap pown,dat y la aku ley melepak lam blog aku nie..tmpt aku mengabdikan diri sorg2..to kawan2 yang ader paper kjab g aku wish korang ley jwb suma soklan ngn baek..
insyaAllah..

i'll miss u all

hari nie aku plan nak kuar mkn ngn rumate aku,tp last2 minit kne cancel coz project ktorg ad lg kne tmbah..ak da smangat nak kuar bersuka ria mnambahkan berat badan,x jd lak. sadiz tol..
last2 aku xmkn mlm..tp mek kecek ad beli sup tulang,so aku baham dia pnya je la. pkr2 ad lg x smpai sbulan aku dok kat daerah nie,cam sedey lak wlau aku cm x saba gile nak melangkah kuar..pas nie msti aku rindu gile kat mber2 aku. kat sang ratu,mek kecek, plywood,kat metong, noname,si kacamata,duff,mr razaks..dak2 ec110. i'll miss u all..

moga perkenalan kita x berhenti sampai sini je..
wlau kemana takdir membawa kita..
kenangan bersama tetap utuh di hati

cinta ibarat kristal,
wlau cantik d pandang mata,
tajamnya tetap melukakan hati.

kawan ibarat rumput,
wlau hanya di pijak2,
hijaunya tetap mendamaikn jiwa.

Rabu, 24 Oktober 2007

aku seorang perempuan 2

pinjamkan aku sedikit waktu
duhai lelaki,
Untuk menyakinkan hati ini,
Antara kita tiada sengketa rasa,
Jauh sekali memendam dendam,
Apatah lagi menaruh benci.

Tetapi hati aku duhai lelaki,
Kerap kali parah luka berdarah
Oleh lakumu
Hati aku ini,
Seringkali tertusuk oleh jenakamu

Aku seorang perempuan,
Punya hati keras tetapi rapuh,
Hati seorang perempuan
Bernama aku,
Sering kali meminta dikasihani
Dalam diam angguk ku…

jangan bermain dengan hati

Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama. Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.

p/s: copy dari www.ukhwah.com.
faberet site time2 free.

dia suami ku

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintaisifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaanhangat yang muncul dihati saya ketika bersandardibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masapernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasaletih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yangtidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yangboleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya diabertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiranSiti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawabdengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundahmendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskanalasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hatisaya. Namun, saya masih terus ingin membacanya."Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusikprogram didalamnya dan akhirnya menangis di depanmonitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supayaboleh membantu Siti untuk memperbaiki programtersebut.""Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supayaboleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Sitiketika pulang.""Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.""Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikantangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yangsengal itu.""Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.""Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itutidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harusmenjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abangdapat menolong mengguntingkan kukumu danmemandikanmu.""Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbingmenelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasiryang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.""Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga ituuntuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.""Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang bolehmencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkantintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telahhadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

p/s : copy dari http://www.ukhwah.com/

due date project design

da 2 hari aku dok bertungkus lumus menyiapkn project akhir aku..da tinggal nak wat esteem je lg,pas nie da ley submit. lega ket..pas nie ley tumpu tok paper waste water lak.. aaduh!!! ngak sabar mau grad sih..

Selasa, 23 Oktober 2007

kejutan di aidilfitri

ptg raya,jiran aku bertandang ke rumah..membawa berita yang bley menghenti kan denyut nadi.dia ingin bermenantukan aku..sesak nafas aku seketika.nape aku?? aku x layak untuk si arkitek berjaya 2..mengenangkan kecewa d hati ingin je aku terima huluran ukhwah yang terbentang dpn mata..sampai bila diri ingin d jadi kan sandaran hati 'dia'?? namun aku x tega menerima lamaran itu,aku takut mengecewakan si arkitek 2 spertimana aku kecewakan si polis dulu..tanpa cinta d hati,aku x mampu berpura sayang..aku x kuat untuk menipu hati sendiri. pada ibu,aku suara kan rasa hati..aku ingin menngejar cita2 ku,biar la aku tentukan haluan masa depan ku dulu...biar la aku mencari kisah cinta ku sendiri. 2 pon kalu cinta ingin singgah d hati ini.andai tiada..aku serah kan pada ibu. buat masa sekarang,biar la masa yang tentukan segalanya...

Aku seorang perempuan


Pinjamkan aku sedikit waktu,
Duhai teman,
Agar aku tak tersesat di arus rasa,
Kadangkala subur membaja,
Kadangkala layu terkulai,
Kadangkala kering berguguran.

Pinjamkan aku sedikit waktu,
Duhai kawan,
Agar aku kenal erti perhubungan,
Mesra tapi melukakan,
Rapat tetapi jauh,
Tenang namun bergolara,

Pinjamkan aku sedikit waktu,
Duhai lelaki,

hepi belated bestday my best friend


smlm bday my best friend,si noname 2...
> Oktober>
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.>
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.>
- Sopan terhadap pasangan.>
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.>
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada> melakukan kesalahan terhadapnya.>
- Emosi yang mudah terusik.>
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.>
- Cemburu dan terlalu cemburu.>
- Romantik>
- Memahami pasangan.
Persahabatan itu ibarat bunga,
Walau kelopaknya layu..
Wangiannya tetap mekar dihati..

Isnin, 22 Oktober 2007

first paper(final exam)

hari nie lepas satu paper,kjc 358.
agak mencabar minda tp alhamdulillah,aku ley jwb suma soklan.

td aku msj noname,ingtkn dia solat zohor.
hanya 1 msj yg dia balas.biarla..dia nak study.
pkr pasal noname,kol 2 pg td..dia msj pkai no bru,
dia dah xpkai no lama,nape yek??
gado ngn awek??nth la...

ceritera whispers of the heart

assalamualaikum...
akhirnya siap gak blog aku wlaupun x secute blog owg len.
kuang2,aku puas hati..
mula dari skarang,blog nie akn jd tempat aku lepak n luahkn sgala rasa...
hanya u mluahkan rasa..