si comel n si ensem

Isnin, 26 September 2011

cerpen: cinta zalia

Zaila memandang sepi keluar tingkap. Panahan mentari tak mampu tok membuatkan dia mengalih pandangan dari tingkap itu, namun begitu zalia bagaikan tiada di situ,dia bagai berada dalam dunia nya sendiri. Tok3…ketukan di pintu tak mampu untuk membuatkan zalia kembali ke alam realiti..
‘assalamualaikum sayang..,’ izfan memeluk isteri nya dr belakang lantas di kucup lembut dahi zalia. Zalia masih membatu..
‘sayang da makan??,’ zalia hanya menggeleng, selera nya hilang..
‘abang mintak maaf sayang…semua nie berlaku sebab abg,’ zalia berpaling, di pandang wajah suami nye yg paling d sayangi itu. Dia x mahu suami nya itu terus d buru rasa bersalah, semu yg terjadi sudah ketentuan ilahi, namun dia terlalu sedih untuk menelan semua kebenaran.

++++++++

 Masih terngiang-ngiang kata2 doktor 6 bulan lalu saat pertama kali dia di sahkan mengandung. Perkhabaran gembira itu tidak datang sendiri. D sebalik berita gembira itu terselit juga peringatan dari doktor itu.
‘tahniah puan, tp puan mengandung anak pertama di usia yg agak lewat..puan kena lebey berhati2. Jaga kesihatan puan dan anak puan. Mengandung anak pertama di usia mcm puan neh berisiko tinggi..,’ zalia hanya mendengar suara doktor tuh antara dengar atau tidak. X sabar ingin d kongsi berita gembira bersama suami tercinta, peringatan dari doktor hanya di biar sepi.
google


++++++++

Usia kandungan zalia da melebihi 6 bulan. Zalia rasa dia lah manusia yang paling bahagia, kasih sayang suami nye tidak berbelah bahagi..nak2 lagi ketika dia mengandungkan anak sulung mereka berdua. Segala persiapan anak nye hampir kesemua nya lengkap.
Zalia mengereng ke kanan, d renung wajah suami..zalia tersenyum sendiri,lena betul suami nye tidur. Zalia  memejamkan mata, mengharap mimpi indah menemani tidurnya. Zalia tersedar dari tidurnya, di rasakan badan nya berpeluh walau aircond sudahpun terpasang..zalia mengurut2 perutnya, mungkin baby nye tengah aktif,bisik hati zalia. Zalia mengerutkan dahi,perutnya terasa memulas semacam,terasa kain nya basah. Xkan terkencing kot,zalia terus mengurut2 perut nya…sakit nya sangat luar biasa. Zalia menyelak selimut untuk ke tandas, kala itu jantung nya seakan terhenti. Kelangkang nya di penuhi darah..zalia terus menjerit mengejutkan izfan yg sedang nyenyak tidur.

‘maafkan kami puan, tuan, kami x dapat nak selamatkan anak puan dan puan. Kami da cuba sedaya upaya tapi anak puan dan tuan terlalu lemah,’ zalia hanya mampu menangis mendengar kata2 doktor tersebut. Paling menyedihkan bila doktor mengingatkan dia agar tidak mengandung lagi kerana membahayakan nyawa nya sendiri. Kebahagiaan zalia dan izfan bagaikan di ragut. Zalia menangis terlolong, namun izfan menerima takdir seadanya. Baginya, nyawa isterinya lebih bernilai dari segalanya. Dalam diam izfan menyalahkan dirinya… demi mengejar kerjaya,dia melewatkan kn perkahwinan mereka sehingga isterinya terpaksa menerima semua ini.

google


+++++++++++++

setahun sudah peristiwa itu berlalu. Zalia sudah boleh menerima ketentuan ilahi, zalia redha dengan nasib nya. Bagi nya, kasih sayang izfan yg x pernah kurang untuk diri nya da cukup untuk membahagiakan nya. Cinta izfan x pernah kurang untuk dirinya walaupun dia x mampu memberikan izfan zuriat. Zalia bersiap2 untuk makan malam, langkah kaki nye laju menuruni anak tangga dek kerana xnak ibu dan bapa mertua nya lama menunggu untuk makan bersama.
‘ ujung minggu nie pak lang buat kenduri cukur jambul cucu dia, fan ngan lia ikot sama ea?’ zalia menarik kerusi bersebelahan dengan izfan,tidak menjawab hanya menanti butir bicara izfan menjawab pertanyaan bapa mertuanya itu.
‘ kitorang ok jea bah, zalia pn xde pape urusan kan weekend nie,?’ zalia hanya mengangguk kecil, memang dia tiada sebarang urusan.
‘saya xnak pegi!!’ lantang suara mak mertua nya.
‘nape plak nab, yusuf tu kn adk awk jugak..ap kate dia nanti kalo awk x pg,’
‘sy xnk, saya malu..org cakap anak saya xmampu nak dapat anak,padahal orang xtaw kisah sebenar. Puas saya terangkan org still ingat anak saya lah yang bermasalah,’ nasi yang nak di suapkan ke mulut terhenti, zalia hanya menelan kata2 mak mertua dia tanpa membalas ap2.
‘ishh..ap awk cakap ni!!! X baik taw,tu nama nya awk x redha ngan takdir Allah. Benda nak jadi,x kan awk nak tgk nyawa zalia terancam,’ zalia hanya mengerling izfan d sebelahnya,suami nya itu hanya membatu..menyuap nasi ke mulut perlahan2.
‘izfan kn boleh kawen lain,izfan bley kawen ngan ina,sy nak cucu abg. Saya da tua,sebelum sy meninggal sy nak jugak ase dukung cucu sy!!!,’ zalia hanya terkedu, nasi yang di telan bagaikan pasir.
‘astagfirullahaladzim, awk sedar x awk bercakap nie nab? Sekurang2 nye jaga la hati zalia cket,’ zalia bangun dari kerusi seusai memimta izin..nasi di biarkan berbaki di pinggan. Selesai mencuci pinggan,zalia ke bilik mengurung diri sambil menghadam kata2 ibu mertua nya itu. Dia faham akan situasi itu, sikit pn dia x berkecil hati.
‘sayang..nape dok dlm gelap nie,’ suara izfan memecah lamunan nya, bilik yang gelap bertukar cerah. Zalia memandang suami nya, zalia tahu suami nya pun inginkan zuriat,cma kasih nya pada zalia menutup kemahuan nya itu. Zalia bangkit dari katil menuju kebilik air,selesai berwudhuk zalia membentangkan sejadah.
‘syg xnk tido lg ke? Syg jgn fikirkan sgt ap yg mak ckp tu..abg tetap akn bersama syg selamanya,’ zalia mengukir senyuman.. sungguh dia bertuah memiliki izfan sebagai suami.
‘abg tido la dlu, sy nak baca yasin untuk arwah anak kita,’

+++++++

‘zalia izinkan abg kahwin,’ serak suara zalia memecah kesunyian pagi itu. Berbulan2 dia menyiapkan diri agar kelihatan kuat d hadapan suami nya itu kala dia menuturkan kata2 itu. Izfan memandang zalia dengan penuh tanda tanya, dia hanya menggeleng2 kecil menyangka zalia hanya bergurau.
‘zalia izinkan abg kawin ngan ina,zalia da bincang ngan mak. Kalo abg setuju,mak akn hantarkan rombongan meminang ina,’
‘ap yg syg mengarut nie,syg sedar x ap yg syg ckp ni?? Abg xnk..abg nak hidup dengan syg jea,abg da cukup bahagia ad syg d sisi abg,’ ucap izfan seraya menarik zalia kedalam pelukan nya. Zalia tahu izfan berbohong, zalia tahu jauh d sudut hati izfan merindui gelak tawa seorang anak.
‘abg…kawen la ngan ina. Demi lia,demi mak abg,’ zalia menahan air mata dr mengalir,dia x nak di lihat lemah. Dia xnak d sebabkan air mata nya,izfan x bersetuju untuk kahwin dengan ina.
  
google.

                                                                           +++++++

Zalia memandang sekeliling bilik yang menjadi saksi cinta antara dia dan izfan. Nafas berat di lepaskan, zalia memasukkan baju2 kedalam beg nya..sesekali dia mengurut2 belakang nya yg terasa sakit. Esok zalia akan keluar dari bilik ini..juga dari rumah ini. Zalia telah meletakkan syarat untuk mengizinkan izfan mengahwini ina. Izfan kena izinkan zalia menyambung pengajian. Dan London merupakan pilihan zalia. Mula2 izfan tidak bersetuju, mana mungkin dia akan melepaskan zalia jauh dari nya. Namun zalia tidak berputus asa, setelah puas memujuk akhirnya izfan akur. Dia x sanggup zalia terluka saat dia di ijab kabulkan dengan ina, dia izinkan zalia pergi dengan janji dia akan menziarahi zalia setelah sebulan berkahwin.

google

+++++++

zalia mengusap perutnya, sungguh dia x gagah..namun demi cinta nya..dia menguatkan semangat. Anak ini harus lahir.. anak ini berhak melhat dunia ini.
‘zalia, ap yg di menungkan tu…meh masuk,x elok petang2 kat lua,’ suara mak zalia memecah angan nya. Zalia melangkah perlahan. Sudah hampir 7 bulan dia meninggalkan rumah suami nya, selama 7 bulan ini.. hanya ym dn email yg menjadi perkhabaran. Beribu kali izfan meminta no telefon,namun zalia berkeras xnak bagi. Alasan nya,kos tok call dari malaysia ke london mahal padahal zalia takut izfan tahu di mana dia berada. Izfan juga berulang kali minta alamat rumah zalia, ingin sekali di tatap wajah isteri tercinta nya itu.
‘sampai bila lia nak menipu izfan? Berdosa syg menipu suami…x masuk syurga nanti,’ lembut bicara emak nya menusuk ke kalbu.
Zalia sedar kedudukan nya, zalia tahu ap yg dia lakukan salah. Tapi demi kebaikan semua,zalia mendiamkan diri.
‘nanti lah mak…bila da smpai masa nya nanti,’ puas mak timah memujuk zalia untuk mengugurkan kandungan nya itu demi pertahankan nyawa nya, namun zalia berkeras. Hanya air mata yang mampu mengambarkan betapa simpatinya mak timah terhadap anak kesayangan nya itu. Zalia bagaikan menjemput ajal bila bermati-matian pertahankan anak yang di kandung nya. Demi anak itu juga zalia menipu izfan,konon nya ke london untuk sambung belajar tapi sebenarnya zalia balik ke rumah keluarga nya. Zalia xnak izfan tahu yang dia mengandung, dia tahu izfan akan memujuk nya untuk mengugurkan kandaungan nya itu, zalia tahu izfan sayang kan nya.
google

Bulan ke-8 zalia sudah di tahan di wad,zalia perlukan rawatan rapi…badan zalia sangat lemah,pada izfan di khabarkan yg dia menghadapi peperiksaan oleh itu dia x bley terlalu byk ber-ym dan kadang2 mungkin terdapat email izfan yang terlambat di balas padahal zalia sangat lemah, kekadang kesakitan yang di tanggung bagai mahu mencabut nyawa nya. Paling merisaukan semua orang bila zalia berkeras untuk melahirkan anak na itu secara normal.. biarpun badan zalia sangat lemah,tp semangat zalia kuat.

++++

izfan memeriksa inbox email nya dengan harapan zalia ada menghantar khabar berita, sungguh rindu nya pada isterinya itu x mampu di tahan lagi. Perkahwinan dia ngn ina pn hanya demi memenuhi permintaan zalia. Bagi izfan cinta nya hanya pada zalia sorang. Izfan berdoa dalam hati semoga kali nie pernantian nya berakhir, sudah 2 minggu zalia x menghantar berita buat nya, mengikut perancangan seminggu dua lagi dia ingin melawat zalia. Izfan dah nekad, akan di pujuk cinta nya itu agar bersetuju untuk berjumpa..dia sudah berkira2 untuk kesana berseorangan,dia akan tinggal kan ina, dia hanya ingin berdua2 an dengan kerinduan nya itu. Senyuman terukir di bibir izfan, nama zalia terpapar di skrin inbox nya.

google


Assalamualaikum suami ku yang sangat2 di rindui…

Maaf kerana lama x hantar email kat abg. Zalia memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Zalia banyak berdosa dengan abang. Zalia ada benda nak bagitau abg.

Maafkan zalia abg, bukan niat zalia nak menipu abg. Zalia buat semua ni kerana cinta zalia pada abg, kerana cinta zalia pada benih cinta kita. Ea abg…zalia mengandung. Selepas zalia buat keputusan untuk mengizinkan abg mengahwini ina,zalia berhenti mengambil pil perancang. Ini keputusan zalia, ini keinginan zalia, ini kebahagian yang zalia cari.

Bila zalia d sahkan mengandung, zalia bgtaw abg zalia nak melanjutkan pelajaran. Ampun kan zalia abg, zalia berdosa kat abg. Sebab Zalia taw, abg akn suruh zalia gugurkan anak kita ini. Zalia xnk, zalia sayangkan anak ini. Zalia x ke london abg, sebab tu zalia berkeras masa abg nak hantar abg ke london. Bila abg da blk zalia keluar dr tmpt pelepasan dan amek flight ke johor. Zalia balik kampung umah mak zalia.

Zalia memohon seribu kemaafan sebab buat semua orang susah hati. Ampun kan zalia abg… sekarang nie zalia ad kat hospital
Menunggu tanda cinta kte ini di lahirkan…zalia x sabar nak menatap wajah anak kita nie,..

Doakan zalia dan anak kita selamat ea abg…

Yang sentiasa merindui abg..
Zalia.

Izfan menangis membaca email dari cinta hati nya itu, tanpa berfikir panjang izfan bersiap2 untuk ke johor. Kerinduan nya terhadap cinta nya itu x terbendung lagi, ingin di tatap wajah kekasih nya itu,di cium mulus pipi pemilik hati nya itu.
‘awk nak kemana ni??’ suara ina x berjaya mematikan langkah nya.. di ambil ap yg patut di bawa.
‘saya nak ke johor, nak jumpa zalia,’ ringkas jawapan izfan,antara rindu dan risau dengan situasi kesayangan nya itu membuatkan izfan x berfikir panjang.
‘what??? Awk da lupa ke kita nak ke bali esok??? No…awk x boleh pg! Sy da tempah tiket n hotel sume,’ izfan memandang isteri kedua nya yang di nikahi bukan dengan kerelaan hati itu.
‘plss la..my family pn ikot jgk..ap kte mereka nanti kalo awk x pg,bkn lama pn..a week je,’ izfan hanya mendiamkan diri, bebelan ina selepas itu x di endahkan. Nak x nak..izfan terpksa ikot. Biar rindu pada zalia menggunung, dia x dpt menepis kehendak ina..Izfan hanya mampu berdoa dalam hati agar zalia sentiasa selamat.. dia merindui zalia. Email di titipkan buat  zalia mengatakan yang dia akan menemui belahan jiwanya itu minggu depan.

+++++

balik dari bali, izfan teros ke johor.. kesabaran dia da makin menipis, dia terlalu ingin menatap wajah zalia.
‘assalamualikum..’ izfan memberi salam sebaik tiba di depan pintu rumah mertua nya itu. Salam bersahut, pintu di buka.. wajah mak limah terbentang di depan mata. Terpandang kan izfan mak limah terus memeluk izfan sambil berhamburan air mata. Tnpa kata,izfan dah boleh mengagak ap yang berlaku..namun hati nya sekeras2 menolak. Dari dalam rumah terdengar suara bayi menangis..izfan memandang ke dalam, yang ad hanya tilam bayi di ruang tengah rumah,tiada tilam tempat si ibu beradu. Tanpa sedar air mata izfan mengalir laju, kaki nye lemah…bagai di simen ke lantai namun izfan gagahkan juga kaki nya untuk melangkah. Di angkat bayi nya dr buaian, di cium pipi mulus anak nya itu dengan lembut. Mak limah menghulur kan sampul surat putih pada izfan. Izfan meletak kan kembali anak nya, surat bertukar tangan.
google

Assalamualaikum abg..

Andai surat ini smpai ke tangan abg, bermakna zalia tiada lagi di bumi Allah yang bertuah ini. Dengan sisa2 kudrat yang ada zalia menulis surat ini buat abg.Zalia mohon sejuta keampunan dr abg, halal kan makan minum zalia. Redha lah dengan pemergian zalia.
Maafkan zalia x sempat tunggu abg datang. Sngguh zalia sangat rindu untuk menatap wajah abg, tp takdir Allah x mampu kita tepis. Alhamdulillah zalia sempat menatap wajah anak kita, nama dia nur auni wajhah bte mohd izfan.

Abg jaga la auni seperti abg jaga zalia selama nie, sayang lah dia mcm abg syg zalia. Zalia harap ina mampu menerima auni sebagai anak nya sendiri. Setakat nie jea yang mampu zalia coret kan. Seribu sayang zalia untuk abg, sejuta cinta zalia untuk abg dan auni. Akhir kata, ampun kan zalia..redha lah dengan pemergian zalia…

Cinta dan kasih zalia untuk abg dan auni.

Izfan x mampu menahan sebak lagi…dia hanya mampu menangis, yang ada hanya lah penyesalan..
Andai dia x bersetuju untuk berkahwin ngan ina, andai dia x bersetuju bila zalia cakap nak melanjutkan pelajaran nya, andai dia x bersetuju mengikut ina ke bali… sekarang yang ada hanya lah penyesalan. Bukan wajah mulus zalia yang di tatap..tapi dua nisan peneman sekujur tubuh milik cinta nya itu.

google



P/s: semua cerita hanya lah rekaan semata2.. xde kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Eh, bukan rekaan gak…Idea asal berdasarkan mimpi…telah di olah2 oleh aku yang x berpengalaman ini..uhuh!!!  nama men cilok je mana yang terlintas. cerita sgt x relevan so pls jgn komen ckp cite nie x masuk akal...memang di akui cite yg x masuk akal..

mmg  mengandung lewat ad risiko, bak kata mak aku la, aku pn xtaw betol ke x sbb mak aku bukan doktor mahupun bidan...tp ea la kot, sbb kalo tua2 kan senang dapat penyakit.. darah tinggi,kencing manis...etc etc...itu la kot risiko dia...hahaha, x logik lg.. 

Photobucket