si comel n si ensem

Ahad, 20 Mei 2012

Aurat Dengan Mertua

SOALAN :
Saya ingin bertanya apakah hukumnya berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bekas bapa mertua?

Bolehkah menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua?

Apakah batas aurat di antara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki?

Bolehkan ustaz/ustazah terangkan secara terperinci.

Terima kasih.

JAWAPAN :

Hukumnya adalah haram. Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mertua atau bapa mertua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud, “Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)

Berdasarkan ayat ini :

1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wudhu' dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut.

2. Bapa mertua sama taraf dengan bapa sendiri. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain. Auratnya terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mertuanya.

3. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sumber : Soal-jawab JAKiM

Saya amek dari
Sebenarya ramai yang da taw kan??? Saya pon taw...tapi mcm 'rasa2 nye kn...bla bla bla',
Bila perkataan rasa nye tu muncul better cari kepastian ka kn, apa lagi googling la..

Sape2 yang tinggal ngn mertua,Harusla amek taw pasal isu aurat ni, aku pon nanti nanti akan tinggal dengan mertua, walo aku still xnak percaya and nak jugak berharap nanti da kawen akan tinggal kat umah sendiri...huhuhu

Tapi aku ok sket la, adik2 dia pompuan so bley la dok umah free hair dan berbaju lengan pendek je..tapi bila adik2 dia da kawen kena la kembali bertudung dalam rumah..erk, teringat masa hapik kampung time nenek sakit dulu...time tido je bukak tudung, tu pon tudung letak sebelah bantal..bangun tido, terus sarung tudung...kedek2 pegi tandas...tapi xley lawan kakak ipar ku, xkira masa sentiasa berpurdah. Bukak purdah dia time semua lelaki kat rumah keluar je...tu pon still bertudung labuh in case ada tetamu ke apa..
Aku ni....huhuhu, kena pkai tudung dan baju lengan panjang dalam rumah pon da resah, da menghitung hari bila nak balik.. haisshh..

So, kalo kena tinggal ngn mertua..once adik2 dia kawen bley la usul kat si dia tok mempunyai rumah sendiri kn...hehehe..


Erk...gamba xde meaning pape pon...search in law kat google kuar gamba ni, siap search loving in law la, sweet in law la...nan hado gamba sopan..erm, gamba ni pon boley la. Nak letak gamba in law sendiri??? Ai mana hade in law lagi dek non oiii....