si comel n si ensem

Khamis, 11 April 2013

bebelism : lumrah kehidupan

salam sejahtera...

memandangkan kerja kawen xde apa yang gerak...so mari lah kita update blog dengan membebel.. yeah...semangat bebelism meninggi nie, so i will talk about anything yang terlintas, might be a very long entry, eheh.

~~xde idea nak mula cam ne~~

i'm getting tired with people yang ada PHD. well, mempunyai perasaan cemburu is normal kot, we can direct perasaan cemburu kita ke arah positive or bitter situation of kos the negative one lah kan. i donno if it out of cemburu ke apa but somehow i can not accept how people react dengan kehidupan manusia sekeliling dia. yes... not all the thing kena kat batang hidung aku, but melalui komen orang2 kat fesbuk and how others membalas komenan itu or melalui blog or insta or apa2 je lah.

tak kira dalam apa situasi pon akan ada pengkomen / pendengar/ penghujah yang akan membalas / berhujah menghentam apa yang di tulis, mengkondem apa2 jea lah.

owh...mari bercerita pasal situasi la tu...baru kita membuat description, hypothesis and summary. lets divided into 2 situation which is time gumbira dengan time berduka hokey???

situasi pertama : time gumbira mood happy2

kesah pertama :

si aku membeli kasut oxford yang memang dah aim lama gila dah. memang dah hepy habis dah la dapat beli oxford shoes nie walopon beli kat kedai kat sungei wang xde brand, tp its oxford shoe so...hepy gile sampai kan si aku tadi tido pon pkai kasut tu siap letak bantal 2 bijik bawah kaki in order to make sure bila bukak mata je terus nampak kasut tadi, teruja habis la nie. di sebabkan hyper teruja tu mesti la nak upload kat insta kan??? pesbuk tidak di lupakan..

dapat la komen :

sungai wang jerr???? xde kelas... eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (eiii harus panjang so nampak la betapa jelek nye kasut tu)... biar betul ko beli kasut nie??? x sesuai la dengan kau...ko lagi better pkai wedges la...ko pakai kasut nie nanti nampak macam pondan ( padahal si aku tu perempuan...gile terhina rasa)

please...kalo dengki ko x dapat beli oxford shoe jangan la bagi komen yang meruntuhkan kegembiraan org gini. dengki sorg2 boleh tak??? senang jea...ko buat2 je x nampak, pastu ko pegi la beli oxford shoe dari gucci ke (contoh je, aku mana taw gucci ada oxford shoe ke x). cemburu yang positif tu membuatkan kita jadi lebih baik dari org kan? tapi xyah la lepas tu upload gamba oxford gucci ko kat insta and pesbuk siap letak caption : "oxford shoe only from gucci is the best".


kesah kedua :

anniversary perkahwinan yang ke - 30. si suami buat la seprais kat bini bawak p bercuti kat pulau redang. bini harus la hepy kan.. cerita la kat kengkawan, fesbuk haruslah x di lupakan.

dapat la komen :

redang jerr??? its 30th anniversary kowt....pegi la oversea......setakat pulau redang tu taraf budak2 sekolah pegi bercuti jea. yang baik cket, " owh...best nye dapat pegi redang, its my 1st honeymoon 40 tahun lepas. sekarang kitorang ke negara luar plak, tapi dalam asian la...x mampu nak pegi Europe, :'( " baikkk lahhhhhhhhh sangattttt......

belom masuk yang tetiba cakap da 30 tahun kawen baru nak bawak p berjalan, ada makna tue...ntah2 nak mintak sign borang poligami. x masuk lagi yang buat andaian sendiri selama nie si aku nie hidup sengsara dalam sepanjang 30 tahun nie, da 30tahun baru la dapat pegi redang, jerr. husband dia nie miskin gile...stok pemalas, suka membazir tu yang nak bercuti pon xde duit.


situasi kedua : time berduka nestapa

kesah pertama :

ok, nak curi kisah kat blog kak fynn..tp aku tulis mana yang aku ingat la, ikot bahasa penulisan aku. ko update fesbuk cakap kereta kau rosak kat lebuhraya ampang. nie stok moral down habis la nie, dah la kol 12 tengah hari kan, matahari tengah atas kepala, dengan x dan nak breakfast pagi tadi, tengah lapa gile la nie..pastu nak terkucil tahap cket lagi ko nak cangkung tepi jalan x dulik dah orang lalu lalang. nie bad thing happen bertimpa timpa nama nya.

dapat la komen :

" tula...sape suruh x beli insuran, kan dah susah.." like apa major perkaitan antara kete si aku rosak tengah jalan dgn x beli insuran? "arrgghhh...nie mesti ko x bangun solat subuh tadi, tu yang tuhan bayar cash" kata si dia dengan gambar profile rambut mohawk (si dia nie perempuan). "so buang je kereta ko tu ke laut, buat terumbu karang..lenkali beli kete import cam aku nie ha" "kesian kau..banyak2 bersabar ea..." ada jugak yang baik, tapi di depan skrin dia tersenyum sinis, di belakang dia gelakkan kau.

amboii...malas nak komen pape...

kesah kedua :

si aku bercerita pasal pelaminan nikah nye yang berharga lebih dari RM4k, "my mum la nak pelamin tu..ai hokey jerr. but if i can get the cheaper one lagi bagus,dapat la cut cost," well si aku just nak berkongsi keluh kesah jea....bukan nak mintak si kau bagi solution pon..just sometime we need to just talk, bebel2 with no point..somdtime bley release tensen.

pastu tetiba je si kau tu hentam si aku kaw2 like ko xleh la nak ikot apa kehendak mak kau, kau yg nak kena keluarkan duit. mak kau x patut buat macam tu..sepatutnya mak ko kne sponsor blablabla. kalau macam nie nye perangai nanti semua hidup kau mak kau nak kontrol, nanti anak kau pon mak kau nak bagi nama, nanti nanti nanti nanti. i was like...eh, dia nie pehal??? kat celah mana perkataan " aii hokeyy jerr. BUT IF ". nampak x aku cakap ok je. nampak x ada perkataan IF yang membawa maksud kalau. kalau tu maksud dia, ada 50-50 kemungkinan mende tu mungkin berlaku dan mende tu x mungkin berlaku.

paling parah..belom sampai setengah jam habis seantero dunia tahu yang aku x suka dengan pelamin yang mak aku pilih dan aku nak pelamin murah. perkataan " ai hokey jerr. BUT IF" dah terpadam dari rangkaian ayat yang aku sampaikan tadi. kau nak cakap belakang pasal aku? silakan...aku aminkan jea, tapi fahamkan apa yang aku cuba sampai kan.

belom pape dah jatuhkan hukuman. belom pape dah cerita kat semua yang aku memang2 akan pakai pelamin murah harga RM600 jea. seronok....seronok cerita ketidakupayaan org. siap berbisik2, siap perli2. bosan...lantak engkau lah. siap gelakkan si aku kat belakang lagi konon aku x mampu, x berduit.

selang sehari, upload gambar kahwin kau, konon mengimbau kenangan tapi captions nye : "rindu nak naik pelamin lagi, my own design..suka sangat, memang dream wedding lah"

manusia....
kalo bersimpati pon...belom tentu simpati nye ikhlas.
kalo memuji pon belom tentu pujian nya dari hati.

banyak nye memerli. mencebik...

fahamkan la sikit apa yang orang cuba sampaikan, jangan faham apa yang korang nak faham jea. kalo rasa ikhlas dalam diri x ada baik diam kan jea...kutuk dalam hati, kutuk sorang2, sekurang2 nya kau xde sakitkan hati orang. suka hati korang la if korang rasa hidup korang lah yang paling perfect, korang lah yang paling betul. tapi tok sah la gelak kan orang, tok sah la buat andaian sendiri kalo ko x paham sepenuhya apa yang orang rasa, apa yang orang cuba sampaikan.

ko rasa hidup ko perfect sekarang. ko rasa hidup orang miserable sekarang. tapi jangan la lupa, hidup nie macam roda. ko rasa ada segala nya, ada kereta import..tp belom tentu kereta engkau x kemek di timpa dahan patah. so no need to comdemn others life sebab...hidup dia mungkin miserable at the moment, tp all the day hidup dia lebih bahagia dari kau. tapi sebab x di beritahu, x di update..ko rasa hidup dia miserable all week.

ko rasa bahagia dia di buat2, hidup kau lebih sempurna. again...jangan lupa, dia mungkin berkongsi sedikit je kebahagian dia tok hari tu. ko mana taw...husband bawak dia g redang sebab situ la tempat pertemuan pertama dorang and the holiday come with paperbag PRADA yang di dalam nya ada handbag design terkini limited edition lagi. so x payah la nak komen pape andai ko just nak shout out pasal ur wonderful life...please...move on babe.

sejujurnya...aku banyak kali menangis sebab manusia2 begini. x kira la time aku hepy or time aku tengah down. kalo bagi positif komen pon, belakang2 or sekejab lagi ada la yang memerli. ada la yang membidas. serius..sape korang nak menoktahkan apa yang berlaku pada aku, apa yang akan berlaku. x payah la nak jadi juri nak menjatuhkan hukuman pada benda yang korang pon x paham. benda yang korang pon x pasti. jaga diri sendiri sudah la... Allah tu maha kaya..dia x kedekut nye nak bagi ko rasa apa yang orang yang ko dok comdemn tu rasa.

Di sebab kan si mereka nie lah aku mcm da malas nak share pape dah. Sharing is caring mcm da x releven je zaman sekarang nie. Ntah....lantak lah.

bak kata akak fynn jamal.

manusia hanya dengar apa yang dorang nak dengar jea..
manusia hanya baca apa yang dorang nak baca jea..
dan hanya paham apa yang dorang nak paham jea..

lumrah kehidupan...