si comel n si ensem

Sabtu, 28 Februari 2015

rutin harian ummi aathif. Why i'm so beat up.


Hampir setiap hari, pukul 3.00-3.30 pg..mata dah cerah. Anak nak susu, layan.. smpai kol 4 pg.
Pastu bkelip dalam gelap sambil di temani bunyi dengkur sang suami. Tgk anak tido, sekejab mengiring, sekejab tlentang. Apa lah mimpi nye.

Masuk plak battle of selimut. Selimut kaki, meronta2; dah selimut kemana, tarik balik.. dia tolak balik smpai tersingkap baju..nampak perut boyot tu. Tarik balik..

Kol 5 mintak susu, masa ni amik peluang untuk selimut dia smpai dada. Redha sebab nak susu kan..Kol 5.30 jam bunyi..kejut sang suami.

"Yang kol 6 eh??" Ok fine..

Dak kecik dah bgn, tersengih2 pandang ummi dalam gelap..ohoii..xleh mandi dlu, layan dak kecik ni dlu..main gomol2, main kiss2.. best nye bau ucuk acam ni.

Kol 6 kejut suami, dak kecik lak dah hok hek nak tido, tarik kesisi. Susu kan..mata ummi pon dah berat yang amat. Dah subuh kan, syaiton pon byk dok berdendang. Pahal kol 3 tadi ko Xnak berdendang ha syetonnn????.
So lelap lah ummi dan beby ucuk acam. Kol 6.30 yayang kejut. Ala....nak tido.

Eh, tido kol Bape?? Kol 10.30-11.30 smbil susu kan dak kecik, lelap la dlm stengah jam. Bangun isyak.. tido blk lam kol 12-1. Awal jgk...Tp bak kata abg ipaq Cheq yg prihatin... Anak belom staon lagi... X fully recovery lg..
Heii...dark circle is so in lah sekarang ni. Tanda cinta kasih..jadi ummi sgt ohsem.

Lepas sesiap turun bawah bwk turun dak ucuk. Abah bawak all the bags. Abah amik kan botol storage nak bawak p opis. Abah amik kan ais blok masuk dalam ais cooler. Abah ummi lebiu..tata tata ngan aathif. Gerak p lrt sg.besi.

Ummi pegi keje naik lrt. Berdiri dari stesen sg.besi sampai masjid jamek. Alah..apa la sangat setakat berdiri tu kan...sap sap sooii je. Tolak belakang la parking kat park and ride jauh gile pastu kat tingkat tertinggi plak tu. Kurus ummi.

Nasib suami penyayang tolong bwk kan beg pam. Ummi just bwk cooler bag je. Again...terima kasih suami syurga ku. Ummi kan kurang tido, nak seret badan lagi...mesti la tak mampu nak bawak beg segala..he he.

Ahh...atas train sudah. Nasib baik ada la aircond. Stengah jam je..apalah sangat kan. Rilek la, setakat x cukup tido penat jaga anak apa la sgt penat nye kan. Kesian mereka tu..dr hujung sana sampai hujung sini. Lelaki lelaki lelaki lelaki. Mereka lagi memerlukan.

Ah, dalam deretan lelaki lelaki lelaki itu terselit seorang perempuan. Tak pregnant, wahh...respek perempuan itu. Berdaya saing, mampu bersaing dengan lelaki lelaki lelaki itu.bagus2...

Tak pe, kita harus paham. Luaran je kacak bergaya. Ber kemeja berseluar bergosok rapi hakikatnya mungkin kita tak tahu, ye lah..dunia sekarang ni kan memandang luaran. Mungkin, mungkin mereka2 bekerja keras membanting tulang di tengah perit mentari. Membancuh simen mengangkat bata. Menanam padi tidak mugkin la pula sebab kolompo ni mana ada sawah padi. Sebab itu lah, mereka lagi memerlukan. Mereka lagi penat. Tengok la macam mana laju nye mereka berebut2 berhimpit mengharapkan dapat duduk. Kalau boleh berlari pecut, sudah di pecutnya. Xpe..kita bagi mereka duduk.

Heiii kita perempuan nampak je lemah. Tak tahu kah kalian, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. nampak? Betapa perkasa nya kita. Dan lelaki, di sebalik kejayaan mereka punya perempuan di belakang nya. Nampak? Kerana kita perempuan membagi sorang duduk maka sorang boleh menggaul simen, membancuh tar.. maka terbentuklah negara kita yang pesat membangun. nampak?.

Tak pe...kita gentlewoman. Kita harus paham, baju yang bergosok rapi. Luaran yang rapi tu demi menjaga image semata. Nanti orang pandang selekeh. Nanti ... Erm, ok..faham faham.

Ah..dah sampai. Habis sudah monolog dalaman ummi. Dari stesen masjid jamek ke opis xde la jauh mana. Sekadar 10 minit berjalan kaki bagi ummi yang gemok nie. Orang lain mungkin 3 minit je.

Bekerja lah ummi. Tapi tak de lah membanting tulang. Tak tak. Ummi tak sama dengan lelaki lelaki lelaki dalam lrt td. Ummi kerja d opis. Air cond sejuk ke tulang sampai kena pakai baju sejuk. Sebab tu ummi gemok..pfffft.
Sepanjang bekerja, ummi ada 4 sesi mengepam. Pukul 9.45, pukul 12.15. Pukul 2.30 dan pukul 5. Eh, ikot kan dah 3 kali je...Tp sebab susu drop ummi divide jadi 4. Yang pukul 5 ummi buat power pumping. Penat ke pam ni??? Duduk je, letak pam kat nen, mesin yang ngepam. Ha ah...x penat pon. Sikit pon takkkk.

Korang tau kan, sehari korang bakar kalori 300 - 500 cal bila breastfeeding. Tapi korang tau tak exactly kalori yang hilang dari dalam badan korang tuh?? Tatau? Tatau? Meh ummi gtau...libas tudung, singsing lengan baju.

Setiap auns yang korang pam = 20 cal.

Eh, dah tau...ok fine. Dok bucu bilik sebab korang x sporting.

So tetiap hari kat opis ummi hilang 400 cal. Belom yang direct bf lg, dah nama direct kan...gane nak kira. Tapi ummi tak kurus pon sebab ummi makan kat opis je dah 800 cal...har har har. Ok dah.. abs keje, jom balik umah. Situasi kat dalam lrt sama je la Tp sebab belah petang kan, so perempuan perempuan yang berdaya saing pon ramai la. Kadang2 kalo penat sangat ummi pon sama berdaya saing... Kadang ummi suruh abah sementara Ummi seret badan. dah makan 800 cal tadi harus lah seret badan kan.

Sampai umah. Laju2 sembahyang maghrib. laju2 turun bawah carik dak bam bam kesayangan ummi. main2, susu kan. sementara suami soleh masukkan stok susu yang di pam tadi dalam peti ais, kekadang kalo dak bam bam tido or tak perasaan ummi balik, ummi simpan sendiri lah. derr...tak yah la kutuk ummi dalam hati cakap ummi ni hampeh segala, haa,,, x baik tau,

suap dak bam bam makan, lepas tu ummi abah makan, laju laju. basuh pinggan mangkuk segala dalam sink. masa nie boleh dengar dak bam bam menangis dah. ummi pasrah. tau dah, dia ngantuk dan kalau malam dia akan tido dalam bilik atas katil masam dia tuh. hew... ikot hati nak je tinggal pinggan mangkuk segala mak nenek dalam sink neh. sabar..tabah kan hati. abaikan, ramai je kat luar tu boleh pujuk. sekejab je pon. setel pinggan mangkuk segala mak nenek, setelkan pulak botol botol susu dia. 

masa nie abah akan bawak dak bam bam datang kat ummi. kiss2 sambil basuh segala mak nenek tadi. kesian anak ummi mengantuk. asyik la tido lambat. ikot hati.. ye ye..jangan jadi mak nenek yang annoying, dari tadi dok cakap ikot kan hati, ikotkan hati. nak kena cop pemalas??? nak??? ok tak nak, diam2 basuh.

lepas dah setel basuh2, susun susu aathif untuk esok, keluarkan puree dia. simpan stok EBM kalau ada. ok setel. derrr...gaya cite macam banyak je keje sume tu...padahal. ok lah...

dah jom naik, dukung dak bam bam bawak naik, golek2 atas katil sekejab. dak bam2 dah hek hek, tarik kesisi, susu kan dia. eh...macam deja vu je.. ah, tak payah deja vu sangat..memang tadi dah taip kat atas tu. layan je la dak tu gigit lepas tarik gigit tarik sesuka hati. xde gigi lagi kan..boleh la buat nenen ummi ni macam keropok lekor liat. dah ada gigi sat g..try buat tengok!!!

dak bam bam dah tido... bangun semayang isyak. masa nie la nak bersantai ke apa. nak tengok mockingjay segala. oh..ha ah, baru lepas tengok mocking jay..boleh la dari kebosanan.  patutnya sekarang nie dah tido dan the cycle berpusing berpusing..rotate rotate begitu je la hari2 kecuali hujung minggu kecuali hari ni. sebab??? sebab pecah rekod taip blog. macam pasang niat sebelom tido nak up satu entry. tengok la berapa lama niat tu bercahaya. rasa setakat lilin 20 sen je..sat g padam la.

nape dok cerita berjala pasal rutin yang tak de pape yang istimewa nie?? sebab lepas nie dah pindah dok sendiri. eh..bukan sendiri, dok bertiga. so rutin akan lain. tapi, tazabar... heh. lepas nie nak update life sebagai suri pada rumah sendiri. sekarang suri pada bilik ini saja.

ini life untuk weekdays, bila mana dinner di masak mertua. selamat di situ. life not so hectic kecuali dak bam bam yang clingy which is ummi pon clingy dengan dak bam bam jugak. oh...i need him more than he needs me. cuma nya, menjadi wanita lemah..ummi tetap perlukan tido. bila weekend, cuba terlajak tidur sejengkal mentari. tapi tak mungkin dapat. sudah nya nanti ummi di panggil baloq liat. ah.. memang ummi begitu pon. tak de ummi nak menidak kan. heh. tak sempat mentari menjengah..ummi bangun, setelkan dak bam2.. zaapp zappp zappp, bekdfast suami kena sedia. kain baju kena basuh. ah...tapi sudah lama ummi tidak berlaundry...


Lucky ummi punya yayang penyayang bertimbang rasa. Laundry work abah yang setelkan, bukan ummi tak nak buat tapi abah tengok ummi terbongkok2 masuk kan baju dalam w.machine abah lelaju amik bakul baju, biar dia buat kata nya..sian syg dah penat jaga aathif siang malam. Macehhh yayang kekasih syurga kita.

untung sabut timbul, untung ummi dapat masak. menjadi wanita, memasak sebahagian jiwa. memasak adalah terapi, memasak adalah menenangkan. tapi di sini. ummi jaarng memasak. sebab.. erm, segan mungkin. walau ummi ibarat ramsey gordon...pakar dalam dunia masakan ummi. tapi itu hanya dalam imaginasi semata.. ummi tak de lah terer mana. di puji suami pon dah cukup menerbangkan ummi kelangit. sebab ummi tau, puji abah sebab abah adalah abah. ikhlas memuji bila kita ikhlas memasak. yea...ikhlas. bak kata sorang ustaz nie, bila kita memasak ikhlas kerana Allah.. kita seronok nak masak, tak penat, tak rasa terbeban, x rasa susah. orang yang makan pon gembira.. makan nya dengan lapang. masyaAllah.

ah..panjang sudah rapuan ummi. nak tidur sudah. nanti bila dah pindah..ummi ceritakan rutin harian ummi, rutin hujung minggu ummi. tu pon kalo berkesempatan.

salam sayang dari ummi. manusia yang hanya mampu memendam segala rasa.

eh...so why im so beat up?? summary nya??? kurang tido semestinya dan juga seharian travel untuk ke kantor.. oh tuhan..sungguh lemau mengheret diri..tapi lillahi taala, gagahkan jugak kaki. mungkin suatu hari ummi boleh bersara, siapa tahu. mungkin adik aathif nanti, ummi boleh menjaga nya sendiri..tak perlu di tinggal tinggal. tak perlu rindu rinduan. mungkin.

kuasa Allah siapa tahu. doa kan lah... insyaAllah.



ummi aathif yang gemuk sama putera kesayangan
Photobucket