selepas bertenang...

salam sejahtera,

entry kali nie masih lagi berkisar pasal kisah yang aku dok rempankan kat entry kat bawah.
kalo nak baca rajin2 la scroll kat bawah, tapi aku x cite pon sebab musabab kenapa aku
merempan x tentu pasal. kalo orang2 kat fb taw la kot. sbb aku dok berbalas komen ngn akak aku,
dasar akak aku tuh...sayang kedit sangat, fesbuki je la..dah kau, satu donia taw aku amuk smlm..

eh, bukan amuk...berkecil hati.
tapi lepas di fikir, lepas di selidik, lepas di bincangkan dengan en.pakwe, walo xmacam bincang pon..
dia just mendengar jea.. so hari nie, aku da bertenang cket.

pasal apa? aku xbanyak sangat cite pasal family matter kat sini, tp bley la cket...
supaya len kali aku ingat... ingat pasal nie. ingat yang aku penah alami situasi nie..
semuanya berpunca dari adik aku yang tetba nak kawen, tetiba.
akak aku pon nak kawen.lepas raya haji nie. dia xpe la...dah jand.
adik aku yang kecik cinonet, anu pon x berkembang pesat lagi, nak kawen.
langkah bendul aku satu pasal, lagi cepat dari akak aku lak tu..
nak kawen, kawen la...

tapi...
duit xde, mak aku support 100%.. ok amuk. aku da tua bangka, pempuan lagi...aku kena
kumpul duit sendiri, mak aku x amek port pon.
lagi sedih bila xde sape2 cakap apa kat aku, especially mak aku..cedih oh, mcm terpinggir je ase.
plus, nanti mesti kalut ribut mak aku..3 majlis dalam masa setahun.
so semalam aku tarik diri, aku postpone awal 2014, alah 6 bulan je pon.

semalam akak aku tepon, da nangis2...dia xnak aku postpone,
dia taw betapa lama aku tunggu saat nie, dia taw betapa seksa and sunyi hidup sorang2 kat sini,
tapi sedih, mak aku macam...ahhh...bia la.
so akak aku decide tok wat majlis dia combine skali ngn majlis bertandang adik.
jadi gap masa tu panjang lah, dia nak jugak aku kawen bulan 8/2013.

sebenarnya,
majlis berturut2 tue bukan penghalang pon... tp ntah la,
aku berjauh hati...semua yang kita korbankan tapi ini pembalasan yang kte dapat.
tp akak da pujuk2 semalam, ntah...xde aral maka jadi lah...

sekali pikir, nie majlis aku... aku yang kena tanggung semua, aku yang kena
uruskan semua, so bia la aku buat ikot apa yang aku nak.
aku nak majlis yang sederhana dan simple. yang aku harapkan
perkahwinan yang kekal bahagia, bersama hingga jannah.
rumahtangga yang di penuhi dengan wangian cinta sampai ke hujung nyawa,
bercinta sampai ke syurga..
bukan sekadar perkahwinan yang memerlukan belanja puluhan ribuan ringgit semata mata.

selepas bertenang.
. aku harap, segala nya baik2 saja.
semoga Allah permudahkan urusan kami..
amin..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

tabungan