Aathif 4 bulan
Salam sejahtera,
Sebenarnya kan ummi dah draf entry lain untuk perkembangan dak aathif 2-3 bulan. Tapi separuh jalan je menaip ummi dah kena p pam. Lepas tu dah lupa.. huahuahua.
Alhamdulillah aathif dah 4 bulan. Entry perkembangan dia tu nanti2 la ummi sambung ea.
Perkembangan dak aathif paling ketara adalah pertambahan susu dia,kekeke. Semalam dia boleh habis kan 22.5oz yang ummi tinggal.
Tapi rasa itu bukan dia lapa tapi dia meragam. Budak tengah beralih bulan Katakan.
Ummi dah risau. Kot susu x ckp. Setakat ni alhamdulillah cukup lg.
Tadi ummi dah tanya abah, kot yang di pam hari2 x cukup nak tampung demand dia sampai kena usik yang dalam stok sampai habis, dengan kata lain mmg x ckp la nk tinggal untuk dia boleh tak kalau ummi nak amik cuti lama.
Haa...abah cakap boleh. Yes..so ummi x risau dah. Pam selagi daya, andai takdir x mengizinkan ummi amik cuti panjang, df je sambil buat stok balik.
Nah. Budak 4 bulan. Setakat ni memang bersyukur sangat masih susu penuh tanpa campo. Lagi 2 bulan dapat diploma la ummi.
Comments