second pregnancy : first check up @ KPMC dengan Dr. mimi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam dah update pasal harga package bersalin dekat KPMC kan, dan dah janji nak update lepas perjumpaan pertama dengan doc mimi. so here we are....

so hari ni pagi2 dah ada kat sana. appointment from 9-11 am. so pukul 8.58 dah ada kat sana, hihihi.
dapat no.6, masa sesiap register tu patient no.1 tengah dalam bilik doc.
ok, tunggu no panggil untuk kaunter saringan ke apa ntah. mcm kat kk, p kaunter no.2 amik berat, tekanan darah dan nanti nurse tu akan bagi bekas untuk urine lepas tu masuk toilet kedek2 p letak kat lab.. urgh..standard procedure lah..tu pon nak cite.

ok. penantian agak lama, kol 11 something mcm tu kot baru dapat masuk jumpa doc.
masuk tu dr, mimi tengah pegang buku rekod yang dah siap berdetail, oh... masa awal2 hari tu ada jumpa dr haizal sebab kes beeding, masa tu doc shida xde so p kpmc jmp doc haizal.

dr.mimi tanya nak beranak mana nanti? insyaAllah kat sini, hehehe... nampak tak ada insyaAllah tu.. so x 100% confirm lagi la. then, pass buku checkup colombia asia kat dr.mimi, dr,mimi transfer detail masuk buku rekod kpmc. nasib baik rekod yang di kehendaki ada semua akt situ, so dah x payah buat blood test lagi ke apa..

kendian scan. terus ha.... kepala adik baby kat atas. aduhh... songsang pulok budak ni. last week checkup dengan dr. shida elok je kepala dah kat bawah, dah kat laluan pon dr.shida cakap.. tunggu nak engage je... skali hari ni,songsang plak. rasa sebab hari tu aku sakit perut dan adk baby x gerak. mengeras tapi x gerak. lepas tu aku amik ais sapu2 dekat perut area ari2, lepas tu arasa adk baby gerak2, agak pandai aku di situ...patut nye kalo nak sapu ais kena sapu area atas perut..bukan ari2 adoiii..... xpe lah, harap2 lepas ni adik baby pusing balik. kena gigih la ummi tertonggeng balik..

di sebab kan adk baby breech jgk, ummi kne refer doc anita untuk second check up. ok lah, x payah dah mintak refer doc anita, doc mimi dah siap2 refer kan. lagi satu, based pada rekod dekat buku checkup hosp colombia, berat aku naik agak banyak last month, 3kgs for 5 weeks. eh.. pada aku ok je, tapi doc mimi cakap, next check up lagi 2 minggu...dalam masa 2 minggu nie kalo berat aku naik lebih sekilo maka kne minum air gula...aduhhh.....

yes, kpmc quiet like kk, but better is dapat jumpa doc pakar la everytime checkup. mcm doc mimi eventho dia MO dan bukan doc pakar, tapi dia dalam bidang o&g dah lama, dah macam pakar dah. tapi still, husband soh beranak dengan doc. anita...hahaha. aku x kesah mana2 pon, janji doc pempuan.

oh..paling membuatkan en.suami gembira bila tengok bill hanya lah RM64 sahaja, x amik pill. agak murah la kan...mungkin sebab doc mimi MO je. last week check up dengan doc shida, bill dalam RM202 without pills jgk. erk..pill tu vitamin lah. lepas tu kitorang shoot ke colombia, jumpa customer care dorang tanya pasal package bersalin. miss tu cakap dorang xde pakej tapi untuk bersalin normal dalam range 3k-5k dan untuk czer 7k-10k.

so hujung bulan ni ada 2 check up, 27.4 dengan doc shida.
30/4 pulak dengan doc anita. yes, decided untuk continue je check up dengan doc shida sampai beranak, hehehe...



ada 3 buku kali ni... hehehe. yang kk tu, skali je pegi.. buat ada2 je...

nah belanje gamba abg aathif, muka tak puas hati kena dok belakang sesorang, tp x nangis la..
ummi bagi  jambu kat dia, diam la dia dok kokak jambu tu..dah habis jambu dok tengok lua pulak.
ikot plan nye..nanti car seat aathif nak pindah depan sebab nanti nak letak car seat adik baby kat belakang...tp bila seat dia dok depan, dia menangis nak datang belakang.. haih....
tengok la mana2...

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

tabungan