Plan jantina anak : patut ke?
kalau ada baca entry yang lepas mesti korang tau aku tengah
plan third baby and of kos aku plan nak anak girl (inshaAllah, Allahumma aamiin).
so persoalan dia, patut ke kita ni plan jantina anak?
aku pernah dan kerap jugak la kena bash setiap kali aku cakap nak plan
anak perempuan pulak.
ada yang cakap, tak yah plan or berharap sangat nanti tak dapat meroyan (nauzubillah).
ada yang bagi contoh diri sendiri, tak plan pon tau tau dapat la gender baby yang di kehendaki
(Alhamdulillah). plan aka berusaha dengan berharap pada aku dua benda yang berbeza.
berharap, macam ko tak pasti benda tu. ko main harap je..kalau ada, ada la. mcm ko harap
hari ni hujan tak turun sebab kau nak sidai baju..ko just boleh doa dalam hati dan berharap
je..apa je usaha ko boleh lakukan untuk elak hujan turun kan. tak kan nak buat ritual halang
hujan, syirik.
plan atau usaha pulak macam ko study la. ko blaja, buat ulangkaji sungguh2, hafal la segala
mak nenek yang ko kena hafal tu. lepas tu ko buat la solat sunat dan doa, setel semua ko tawakal
je masuk dewan perekse dengan harapan apa yang ko study tu kua la... ha, begitu. kalo ko study
last minit, or study main celup2 sana sikit sini sikit...ko kecewa la sikit kalo soalan yang keluar
tak mengena dengan apa yang ko harap kan..tp ko still boleh goreng dan ko letak lagi harapan supaya
letcurer terima jawapan kau. begituhh...
sama la plan jantina anak ni. ko study la, ko usaha la... lepas ko dah usaha tu ko doa la mintak
dengan Allah..ni ko semborono je lepas tu nak mengharap tu memang la macam tak kena. jangan
la bash orang kalau ko tak tau apa apa pasal planning jantina anak. biar la orang usaha dulu.
Allah pon suka dengan orang yang berusaha. Dapat tak dapat itu biar dia dengan Allah je la..
ni, nasihat orang...tp cara nasihat belom pape lagi dah suruh give up. belom baca doa jimak dah kena
redha dapat anak jantina apa pon. herm herm herm...
lain orang lain pandangan. pada setengah orang, x kisah dapat anak apa pon. tp jangan la bash
usaha orang. tak tau nak bagi pandangan selari dengan keinginan orang tu, just bagi kata
kata motivasi and doa moga moga usaha orang tu berhasil. bukan terus mati kan impian
dan harapan orang.
memang jantina anak, unpredictable tapi ilmu Allah kan luas. orang dah kaji dan study,
period cycle perempuan etc..Allah dah jadikan semua cantik dan bersebab. kenapa org
pempuan period, kenapa subur ada masa dia, kenapa sperm ada jangka hayat dia, kenapa
ovum hidup 24/48hrs je selepas di lepaskan, semua bersebab. kita nak amik
tau or tak nak je...memang kadang2 kita dah amik tau pasal cycle period, ovum sperm semua
ni..tp sudah nye xdapat jantina ank yang kita harapkan jugak.. tengok pada pemakanan,
cara berjimak, etc...susahkan? memang susah...sebab aku rasa susah la dah 2 bulan aktif
mencuba tapi belom ada rezeki lagi...
doakan aku yeh...doa kan aku pregnant anak girl yang sihat dan sempurna. aku hampir give up
sebab aku rasa susah sgt nak dapat anak girl ni..dengan period x tentu..kejab 30 hari,
kejab 33 hari, kejab 35 hari. tapi, Allah kan suka hambanya yang berusaha... inshaAllah,
anggap je sebagai ujian kecil untuk dapat apa yang dihajati...
aku doakan korang pon dapat jantina anak seperti yang korang impikan. tak salah berusaha,
iringilah dengan doa. dan lepas tu bertawakal lah...kalau dah usaha dan xde rezeki lagi..xpe,
apa2 je pemberian Allah,itu yang terbaik untuk kita. At least kita dah cuba.. REDHA is a
big word...redha selepas usaha itu lebih indah. yang penting kau tau kat mana kau kena perbaiki..
mungkin usaha kau salah,. mungkin doa kau belom kukuh.. atau mungkin...itu memang rezeki kau.
again Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
but please, jangan BASH usaha dan impian orang.
Comments