Tips menguruskan masa memasak untuk ibu bekerja
Well, aku buat keputusan untuk post something bermanfaat sikit. Dari haritu lagi nak up post pasal ni tapi asyik tertangguh je. Sementara masih bekerja ni, cepat cepat lah kita curi masa menaip. Kang kalau dah berhenti kerja,dah tak valid la nak menulis pasal ni..nak ngajo orang bekerja handle masa memasak pulak padahal ko tu suri rumah. Make sence kan?
Now, lets start. But mari kita scan thru trigger statement duluan.
Target audiance aku hari ni of kos la, mak-mak bekerja yang keluar rumah dunia masih gelap dan sampai rumah dunia dah kembali gelap. Kesian ko jemah, tak nampak tanah. Well we are in a same boat here. But aku ni kadang-kadang ada la jugak terbabas dunia dah terang benderang baru nak mengelupur keluar rumah..ehek.
Next target is, korang yang ada anak kecik lah. Of kos la berkerja dah gelap ke gelap, ada anak kecik pulak tu. Husband pulak buat muka tenuk mintak simpati nak makan masakan air tangan isteri, nak berbekal. Gundah gulana la ko kat bucu dapur nak memenuhi demand semua orang.
Mak-mak surirumah syohh jauh-jauh..aku taknak petik pasal korang sebab aku jarang nak rasa jadi surirumah fulltime, business from home x dikira. Sebab ko yang tentukan masa ko. Fuhh.. statement panas. Okey tidak, jangan marah. Teruskan baca.. aku gurau je,soon aku pon akan jadi fulltime housewife (doakan insha Allah), and aku tetap akan follow rutin masak-masak aku ni.
Tapi, apa yang aku nak share ni. Bukan 100% korang kena follow pon. Korang kena follow 200% je. Ok that it, gurau je. Please bend it or amend it ikot korang punya timeline. Aku bangun pukul 5pagi, korang mebi bangun pukul 4pagi. Aku bangun tu sembahyang isyak dulu(bad habit tido belom solat), korang bangun dah terus masak. So, its all up to you. This is just guidelines je..please amik mana yang terpakai je dan adjust ikot masa korang, ok cayam?.
Korang yang baca ni bukan dari kategori target audience yang aku cakap kat atas tu? F*** it (aku xjumpa nice words yang sesuai..my bad). Let just used persetan kan ia. Kalau apa yang aku tulis ni boleh memberi some idea untuk korang some ilmu yang korang boleh ceduk, so sila kan. Tak kesoh la korang pukul 5 petang dah tercegat kat depan padar rumah pon. Cuma, fokus post ni more to orang yang sampai rumah dah lewat lah.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab apa yang aku nak share ni macam weekend meal prep gitu lah. Sama je macam orang lain amalkan. Tapi aku adjust ikot kesesuaian masa aku dan anak tekak aku lah. Setengah orang, weekend meal prep dia dia terus masak semua pack dalam bekas masuk petiais. Bila nak makan keluarkan,bawak je pegi keje macam tu. Nanti kat opis panaskan la guna microwave. Macam ni pon boleh..tapi aku x berapa gemar. Aku suka masak fresh. Biasa lauk perangat aku xberapa selera nak makan. Korang macam mana pulak? Kalau macam aku jugak. Moh la teruskan membaca.
Step mudah merancang masa memasak
Aku dah prepare kan kat korang 4 step mudah untuk korang follow. Okey macam teruk je ada step bagai, untuk budak sekolah boleh la kan. Tapi sebab aku nak post aku ni teratur dan scan friendly. So aku buat step..muahaha.
Step pertama : Plan menu sebulan.
Ya Allah.... please jangan carut aku. Aku tau korang semua memang jenis plan menu sebulan pon. Tapi...follow kew??? Ehek. Annoying nye aku. Ok, aku ni. Aku plan,kadang tak follow pon. Tapi ni essential so sila la buat okeh.
Kalau boleh korang sediakan satu planner khas untuk dapur. So menu, shopping list, stock list, resepi semua korang boh la dalam tu. Aku paham la kita ni kadang nak masak tu baru la gugel (new recipe lah),nak masak je google, nak masak je google. So why not bila jumpa resepi yang ngam dengan tekak kita tu,kita simpan..next time belek je buku planner tu. Well, buku planner tu korang x payah beli yang fancy sangat. Buku supplier bagi free tu pon ok sangat..sebab nanti shopping list tu korang akan koyak. Tak kan korang nak bawak satu buku tu pegi shopping. Ye dak?? Ngehehe. Oh..kalau korang nak pakai binder pon boleh..its all up to you. Aku bagi kat korang apa bende yang korang boleh buat or letak dalam planner dapur korang..untuk mudahkan kerja korang lah.
Sekarang korang dah ada menu untuk sebulan, korang dah ada shopping list berdasarkan menu korang. So, shopping time. Yang ni pon ikot atas korang, nak beli sebulan terus or 2minggu sekali or seminggu sekali. Macam aku, untuk barang kering aku suka beli sebulan sekali. Untuk barang basah pulak aku akan beli 2 minggu sekali. Aku xnak lauk2 aku ada dalam petiais aku lama2. Untuk sayur tu better beli 2 minggu sekali lah terutama jenis sayur yang cepat layu. Kalo macam carrot dan kobis tu,sebulan jugak tahan dia.
Step kedua : prepare bahan masak
Step ni sebenarnya under step yang pertama, korang dah beli tu of kos la korang akan kemas susun n simpan elok2 kan?. Tapi aku buat point khas la untuk dia, nanti panjang pulak cerita kat step satu tu. Macam aku cakap kat atas, aku lagi prefer beli barang basah 2 minggu sekali. Biasa hari ahad la aku mengerjakan dorang ni, sebab sabtu biasa berjalan dan makan lua. Hari ahad masak so sekali harung je. Kecuali...aku pegi pasar tani. Sebab dia sabtu,so bergelumang la aku dengan lauk pauk semua lepas tu baru keluar berjimba jimba. Korang pon kena keluar berjimba okeh, stress nanti. Xkira la ko bekerja ke,ko suri rumah ke.
Ok,dah beli lauk pauk tu. Aku akan pack siap-siap untuk sekali masak. Aku lagi prefer plastik ikea tuh. Banyak size boleh pilih ikot kuantiti lauk kita. Kempiskan, masuk je semua dalam tapaware besar. Masuk la freezer. Aku x follow pon orang dok share letak limau la garam la apa la,stress je aku nak ingat benda tu semua. Sebab tu aku simpan lauk untuk 2 minggu je.
Selain tu,korang boleh siap2 potong sayur untuk sekali masak. Masuk tapaware kecik,sila lapik tisu ea kalau tak nanti xdan apa sayur korang dah bonyo. Kalau nak potong siap2 aku tak kan basuh,sebab nanti nak kena keringkan pulak. Bazir masa. Aku akan basuh esoknye bila nak masak tu. Tapi selalu selalu nya, aku lagi suka potong sayur malam sebelom je..jarang sangat simpan untuk seminggu ni. Sambil sambil masak lauk,sambil sambil potong sayur. Multi tasking lah.
Step ketiga : prepare paste masak
Yeahh..ni je sebenarnya nak cerita sebab this paste really help. Tapi cara aku lah..so aku nak share cara aku kat korang. Ada banyak cara korang nak prepare ready made paste ni. Bila korang nak prepare macam mana gaya. Aku bahagikan kepada 3 kategori under paste ni supaya tak serabut korang nak baca.
Prepare paste untuk sebulan
Standard la ni kot. Berdasarkan kepada menu korang tu. Dah shopping semua barang, dah siang lauk pauk masik freezer,so korang prepare la paste. Prepare sebulan terus. Paste kari daging, paste kari ikan, paste sambal, paste asam pedas etc.
Aku x prefer cara ni, nanti hari yang dok kalut shopping,packing n prepare paste tu aku akan jadi super penat. Cukup la seminggu kerja aku penat. Setengah orang akan cakap,xpe penat sebulan sekali je..so ok la,suit yourself la kan. Kalau korang jenis macam ni,korang boleh separatekan hari sabtu shopping and packing. Hari ahad korang prepare paste.
Lepastu, aku takut nanti dah prepare sebulan punya ada hari hari yang aku tak masak. Contoh aku or husband kena pegi site ke,meeting ke memang x bawak bekal lah. Or sebab memang malas nak makan luar ke,nanti paste tu macam membazir lah..takut jadi makin lama dan tak elok. Ni aku lah..
Prepare paste yang boleh guna untuk macam macam jenis masakan
Cara ni agak bagus pada aku. So xbanyak paste yang korang kena prepare. Contoh paste bawang putih+halia ke, or paste bawang merah je ke. Or asing-asing paste. Bawang putih lain, halia lain, bawang merah lain,paste cili kering lain. Nak masak jemput je portion yang korang nak. Tapi masih renyah pada aku...hahahaha. apa jenis manusia cerewet ni!! Bukan cerewat, tapi pemalas..ehek.
Renyah dia sebab setiap satu tu korang kena guna sudu baru,xleh nak ceduk sana ceduk sini pakai satu sudu je..nanti dia xtahan lama.seminggu pada aku ok lagi..tapi kalo korang nak simpan paste tu untuk 2 minggu,untuk sebulan...sangsi aku akan kesegaran nya. Dan still banyak keje pada aku..just korang save time nak kopek2 bawang tu je.
Prepare paste cara aku
Sebenarnya patut separate point ni, prepare paste ikot jenis masakan dan last point baru prepare paste cara aku. Tapi..kuasa pulak aku,dah nak asar ni dan dah panjang kaw-kaw dah ni. So aku cerita under satu point je. Sama macam korang prepare paste untuk sebulan,prepare ikot jenis masakan.tapi instead of sebulan. Aku prepare paste untuk 2 kali masak je. Banyak keje kan? Baik prepare untuk sebulan masak terus,xjenuh nak kopek bawang banyak2 kali. Sebab tu aku cakap cara aku. Aku nak dia fresh,aku nak mudah, aku nak cepat. Eh..banyak cekadak aku. Meh aku bagi contoh sikit...
week satu : hari ahad, prepare paste jenis masakan untuk minggu tu tapi buat untuk 2 kali masak.
Week 2 : hari ahad, prepare paste jenis masakan untuk minggu tu + rotate paste yang dari week satu (kan buat untuk 2 kali masak)
So week 3 dan 4 pon sama la, prepare paste untuk 2 kali masak dengan rotate paste dari week previous. Nampak penat la setiap kali pon nak kena buat paste,hampir setiap hari ahad. Tapi tak pon sebenarnya, sebab sambil-sambil kau masak untuk kau makan hari ahad tu sambil sambil ko kopek bawang untuk paste. Ngam lauk masak paste kau dah siap.
Tahap penat kau tu macam divided equally. Kalau ko nak hadap satu hari setel semua benda,penat gila. Tapi ye lah..lepas tu kau relax lah. Oh and one more thing yang buat aku tak berapa suka buat paste untuk sebulan terus. Tetiba ko nak tukar menu,langsung xde paste yang berkaitan. Sekali dua okey la jugak..kalau banyak kali? Sedar-sedar paste kau dah berkulat.tsk tsk tsk.
Apa pon..it all up to you.
Step keempat : Jom Masak!!!
Wah..step keempat pon ada..hahaha. nak masak, masak je lah. Tak kan ni pon nak bagitau,ye dak?. Well..alang-alang kan. Aku harung sampai habis je la terus. Now, the game is begin babehhh...
Isnin aku biasakan diri dengan berpuasa. Sekarang ni puasa ganti lah,tapi husband aku pon puasa jugak.so ahad tu masak untuk tengah hari terus bawak kemalam. Sahur lite-lite je. Pagi-pagi tu jangan lupa bawak turun lauk dari freezer ke chiller. Kalau boleh letak dekat rak paling bawah sebab kalo jenis petiais aku,letak rak paling atas balik malam tu masih beku. Ni penting okeh..tapi kalau lupa(selalu jadi kat aku) sampai umah malam tu terus la laju-laju keluarkan lauk rendam air panas. Pungut baju yang boleh speed wash, on washing machine. Bagi kucing makan n minum,yak2 depa husband yang akan uruskan.
Bila lauk dah thaw, boleh la start masak. Sambil-sambil masak tu potong sayur-sayuran semua. Contoh la korang nak masak kari ayam kan. Korang letak minyak sikit(aku masak paste sejenis letak minyak sikit),masuk kan daun kari,masuk paste,terus masuk ayam..geduk2-geduk bagi ayam tu kecut sikit,tambah la air, tambah santan. Masak macam biasa..tunggu dah pecah minyak. Kari ayam is doneee. Kari dah masak, sayur nak masak esok nye pon dah siap potong..ngam kain dalam mesin pon siap sebab kita speed wash je kan. Eh kecoh...husband yang tolong sidai. So kita dah boleh naik atas, tidokan budak-budak, or lepak-lepak dengan husband minum kopi sambil late nite dessert pastu gemuk xleh terima hakikat.
So.....senang tak nak masak? Xde alasan beli lagi cepat dan jimat. Kalau kau masak untuk sekali makan memang lah beli lagi menguntungkan. Sebab sekali masak pon ko tetap nak kena beli bawang segala bagai, bukan boleh beli sebijik. Kalau kau jenis yang masak sebulan sekali so sangat-sangat lah betul kalau membeli tu adalah lebih jimat. Tapi kalau kau memang masak je..bawak bekal semua. Lagi jimat kau masak sebenarnya. Macam kami sekali makan sekeping ikan tenggiri. So masak je la 2 keping..xpelik pon kau buat asam pedas ikan tenggiri 2 keping.
Eh..lupa pulak one of the important point. Aku suka masak jenis lauk yang kat dalam dia dah ada sayur. Macam tomyam, kari pon letak la bendi,terung segala jenis tu,ayam kunyit boleh boh kacang banyak-banyak. So dah xyah masak sayur lain dah...muahahaha. ni dah step untuk orang pemalas je gayanya.
Lastly, sila la follow blog aku ni ea. Korang xnak klik follow kat atas tu pon tak pe. Tapi jenguk-jenguk la selalu. Aku dah start nak menulis balik ni. Nanti aku nak berenti keje,aku nak jadikan blog aku ni rutin aku lah..untuk mengelak kan aku stress dok umah je..hahaha. and kalau korang rajin...share-share la kat kawan-kawan jugak ea. Blog aku beshe-beshe je..tapi share je lah. Hahaha....
Comments