RAMADHAN 2019
Assalamualaikum..
Ramadhan kali ni Alhamdulillah 100% untuk diri sendiri. Kalau di izinkan
Allah dapat puasa penuh, inshaAllah.
Sebelum ada yang tanya dan ucap tahniah.
Tak,bukan pregnant.
Cuma last period hari ahad before puasa dan next expected period to come adalah pada
Rata ke-3, xtau lah berkat bulan ramadan ni x period ke...rezeki pregnant terus. Tp
Bln puasa ni, kami slow down sikit..fokus ibadah sikit lah.
Ramadhan kali ni InshaAllah nak pergi kerja berbaju kurung or jubah full. Setakat ni
Baru week ke-2 masih maintain lagi.
Ramadhan kali ni nak banyak kan baca Al-quran, bukan sekadar surau2 pilihan je. Tak
Target nak khatam quran pon, tapi puasa kali ni xde menyusu takde pregnant so dpt lebih fokus.
Sebenarnya, ada terdetik dalam hati nanti kalau pregnant nak khatam quran + surah surah pilihan instead of baca surah pilihan je. Time aysar dulu hari2 baca surah yusuf dengan maryam, dlm kete
Pegi balik keje. So next pregnant nak kekalkan baca surah yusuf n maryam tu tp nak khatam jugak.
Tapi, tak pregnant2 juga. Lepas tu terpikir, mungkin Allah tahu aku xmampu nak khatam quran. Time pregnant kte tak tau apa ragam kan. Lepas tu decide xpe lah kte baca je la hari2 slow2 sampai khatam di samping surah dok baca hari hari tu.
Kalo sebelum puasa hari tu, hari hari lepas isyak baca surah al mulk dengan waqiah, lepas tu tambah la sehelai dua surah al baqarah. Kira slow2 je la.. sbulan baru habis sampai ali imran, huhu.
Tapi sekarang dah juzuk 11. Bulan puasa ni seronok plak mengaji, tu laju sikit tp Slow la compared to orang lain sebab sabtu ahd tak dapat nak fokus Ngaji sebab aysar meragam. Hari ni inshaAllah habis kan surah hud. Hari tu kata x target nak khatam pon bulan puasa tapi bila dah bulan puasa ni,
Seronok dia tu lain macam..kalau dapat habis, Alhamdulillah. Kalau tak dapat tu xpe lah.. habis kan bulan syawal pon xpe..
Ramadhan kali ni, tak ke bazar lagi. Sementelah anak anak pon x sihat mana. Dak aathif dari satu ramadhan dok cirit smpai hari ni. Aysar baru semalam start cirit. Ummi rasa nak suruh dok wad je bia doc jaga bg betul2 baik. Selera pon xde, kesian dia kurus keding je tengok. Doakan lah anak anak ummi sihat macam biasa balik.
Comments