Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang
Assalamualaikum and hai,
So, last time aku buat keputusan untuk cabut gigi. Gigi aku ni dah tunggul lama dah. Dah sakit, hilang sakit, sakit dan hilang sakit balik dah pon. Tp being me, yg penakut gila nak pegi cabut gigi ni..dok simpan je.
So currently, gigi tu xkacau hidup aku sangat pon. Cuma malam2 kadang2 tu bdenyut sikit. Berdenyut je tapi tak sakit pon. Lepas tu dok sakit kepala, dok pikir sebab gigi tu ke? Tp gigi tu x sakit. So sabtu haritu decide untuk pegi cabut. Tapi op kos la xdapat cabut sebab sabtu cuti merdeka.
Picture from pinterest |
Hari selasa bangun tido, ajak husband pg cabut gigi. Keputusan tergempar jugak la. Tetiba je berani. So pg la kitorg, masa tu kol 8.50 something, nak daftar la. Klinik bukak pukul 9. Biasa pg awl pn boleh daftar n tunggu doc( tak biasa kan). Tp haritu dorg cakap doc smpai kol 9.45 macam tu n dorg tak bg daftar sebab dorg tengah mengemas. So tak boleh la nk duduk situ tunggu doc smpai. Xpe lah, decide untuk balik dlu.
Dlm kol 10 pg kitorg pg balik, ada sorg je before ioll so ok la. And brader tu pon tak lama pn. Terus kena pangil n doc tanya la sakit ke?. So ioll bgtau la, dia dah lama sakit sam pai now dah x sakit dah. Tp malam2 kadang2 tu rasa dia denyut2. Doc terus cakap xleh tampal dah, kena cabut je. So ok la..
Picture from pinterest: gigi ioll bukan patah mcm ni n tak sakit sangat pon sebenarnya |
doc cucuk2 ubat bius. 2-3 jarum ntah, mcm 4 kali sakit je. Bius yang orang cakap sakit sikit je macam kena gigit semut tu. Ye lah tu, sakit jugak semut gigit. Doc tunggu sekejab seminit dua, terus doc tenyeh2 gusi yg pegang gigi tu. Amik playar, pusing3 sampai berpusing kepala. Masa ni tak sakit pon, n doc tu mcm lembut je buat so ok la. Tp ioll pejam mata sbb takut.
Sekejab je siap. So doc pesan la dlm masa bape jam jangan kumur, jangan makan panas, minum or makan yang sejuk2, makan bubur je. Lepas tu terus keluar amik ubat dan settle.
Memula mcm blur jugak sebab doc terus cabut. Biasa pg klinik gigi doc akan scaling dulu macam scaling tu standard procedure sebelom buat apa2. Rupa nya kat sini kalau kita tak bagitau doc xkan buat. So buat appointment lain next 2 week untuk scaling plak.
Cabut sebatang gigi tu haritu kos sekali ubat semua RM140. Harga standard la kan?. Tp lepas dah cabut tu ioll macam menyesal sangat, sebab hrni dah hari ke3(ketika post ni ditulis) masih belom boleh makan dengan elok lg. Ye la gusi tu tak baik elok lg n x mengeras lg. Rasa mcm menyesal nye cabut sebab denyut2 tu bearable lagi. And akk opis ni cakap, doc yang dia jumpa kalo tak sakit dia xkan cabut. Nape doc tu xcakap macam tu pon hari tu? Patut boleh la mintak doc tu asah buang yg tajam (dok cucuk lidah sampai kadang2 luka).
Tak salah doc pn, kita la yg kena decide kan. Tp ioll taktau yg kata kalau tunggul tu tak sakit tak payah cabut. Gigi ioll ni patah tp secara flat, paham tak? Dia xde brrlubang sampai akar sampai sakit menyucuk2 tu,takde. So buang satu bahagian yg mencacak tu ok dah sebenarnya.
Haihh... sekarang ni dok tunggu gusi baik je. Bila nak baik ni, awkward la mrngunyah belah kanan je... next time ioll share macammana scaling pulak ea?
Comments