si comel n si ensem

Jumaat, 27 Julai 2018

Plan jantina anak : patut ke?


kalau ada baca entry yang lepas mesti korang tau aku tengah
plan third baby and of kos aku plan nak anak girl (inshaAllah, Allahumma aamiin).
so persoalan dia, patut ke kita ni plan jantina anak?

aku pernah dan kerap jugak la kena bash setiap kali aku cakap nak plan
anak perempuan pulak.

ada yang cakap, tak yah plan or berharap sangat nanti tak dapat meroyan (nauzubillah).
ada yang bagi contoh diri sendiri, tak plan pon tau tau dapat la gender baby yang di kehendaki
(Alhamdulillah). plan aka berusaha dengan berharap pada aku dua benda yang berbeza.

berharap, macam ko tak pasti benda tu. ko main harap je..kalau ada, ada la. mcm ko harap
hari ni hujan tak turun sebab kau nak sidai baju..ko just boleh doa dalam hati dan berharap
je..apa je usaha ko boleh lakukan untuk elak hujan turun kan. tak kan nak buat ritual halang
hujan, syirik.

plan atau usaha pulak macam ko study la. ko blaja, buat ulangkaji sungguh2, hafal la segala
mak nenek yang ko kena hafal tu. lepas tu ko buat la solat sunat dan doa, setel semua ko tawakal
je masuk dewan perekse dengan harapan apa yang ko study tu kua la... ha, begitu. kalo ko study
last minit, or study main celup2 sana sikit sini sikit...ko kecewa la sikit kalo soalan yang keluar
tak mengena dengan apa yang ko harap kan..tp ko still boleh goreng dan ko letak lagi harapan supaya
letcurer terima jawapan kau. begituhh...

sama la plan jantina anak ni. ko study la, ko usaha la... lepas ko dah usaha tu ko doa la mintak
dengan Allah..ni ko semborono je lepas tu nak mengharap tu memang la macam tak kena. jangan
la bash orang kalau ko tak tau apa apa pasal planning jantina anak. biar la orang usaha dulu.
Allah pon suka dengan orang yang berusaha. Dapat tak dapat itu biar dia dengan Allah je la..

ni, nasihat orang...tp cara nasihat belom pape lagi dah suruh give up. belom baca doa jimak dah kena
redha dapat anak jantina apa pon. herm herm herm...

lain orang lain pandangan. pada setengah orang, x kisah dapat anak apa pon. tp jangan la bash
usaha orang. tak tau nak bagi pandangan selari dengan keinginan orang tu, just bagi kata
kata motivasi and doa moga moga usaha orang tu berhasil. bukan terus mati kan impian
dan harapan orang.


memang jantina anak, unpredictable tapi ilmu Allah kan luas. orang dah kaji dan study,
period cycle perempuan etc..Allah dah jadikan semua cantik dan bersebab. kenapa org
pempuan period, kenapa subur ada masa dia, kenapa sperm ada jangka hayat dia, kenapa
ovum hidup 24/48hrs je selepas di lepaskan, semua bersebab. kita nak amik
tau or tak nak je...memang kadang2 kita dah amik tau pasal cycle period, ovum sperm semua
ni..tp sudah nye xdapat jantina ank yang kita harapkan jugak.. tengok pada pemakanan,
cara berjimak, etc...susahkan? memang susah...sebab aku rasa susah la dah 2 bulan aktif
mencuba tapi belom ada rezeki lagi...

doakan aku yeh...doa kan aku pregnant anak girl yang sihat dan sempurna. aku hampir give up
sebab aku rasa susah sgt nak dapat anak girl ni..dengan period x tentu..kejab 30 hari,
kejab 33 hari, kejab 35 hari. tapi, Allah kan suka hambanya yang berusaha... inshaAllah,
anggap je sebagai ujian kecil untuk dapat apa yang dihajati...

aku doakan korang pon dapat jantina anak seperti yang korang impikan. tak salah berusaha,
iringilah dengan doa. dan lepas tu bertawakal lah...kalau dah usaha dan xde rezeki lagi..xpe,
apa2 je pemberian Allah,itu yang terbaik untuk kita. At least kita dah cuba.. REDHA is a
big word...redha selepas usaha itu lebih indah. yang penting kau tau kat mana kau kena perbaiki..
mungkin usaha kau salah,. mungkin doa kau belom kukuh.. atau mungkin...itu memang rezeki kau.
again Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

but please, jangan BASH usaha dan impian orang. 


Khamis, 26 Julai 2018

kes bayi di dera : hati seorang ibu


salam,

tiup2 habuk.. Allah, lama x update blog.

sekarang ni, banyak kes bayi kena dera kat umah pengasuh kan?
ada jugak kes dengan mak sendiri, meroyan/ depression.
risau pulak, bukan risau anak dengan pengasuh je...
anak dengan kita pon risau..

banyak kali dok cakap kat husband, nak berenti kerja nak jaga anak.
tapi me myself sedar emosi diri ni pon tak berapa excellent.
but now mebi sebab stress kerja, penat, nak urus hal rumah lagi.
ni pon husband banyak gila membantu..kalau husband bukan jenis
ringan tulang tak tau la apa jadi kat diri ni, episod menangis sambil
basuh pinggan berulang kembali la kot. sebab penat sangat nak stop
tak boleh...Alhamdulillah, now husband dah banyak tolong.

berbalik perihal pengasuh. hati seorang ibu...sape yang tak sedih,
sape yang tak gusar dan risau dengar berita berita tak sedap macam tu kan.
macam yan, beruntung sangat bersalin anak first dulu bapak mertua start pencen.
so dia nak dok umah main dengan cucu, dia nak jaga sama sama dengan mak mertua.

dapat anak no 2, tanya mak mertua dengan bapak mertua. and jawapan dorang,
biar dorang jaga. lucky, dedua beradik dengan atuk nenek.

Now, we are planning for third baby. Dan takkkkkk seharusnya aku... eh,
tiberrr nyanyi lagu sufian suhaimi plak. untuk anak nombor tiga ni tak kan lah
nak atuk ngn nenek depa jaga lagi kan. and nenek depa pon ada whatsapp yan
bincang pasal ni. nenek depa kesian kat yan nak kena unpaid leave setiap
kali atuk nenek depa pegi bercuti mentadabbur alam.. so nenek cakap nanti
adik baby yankena hantar kat pengasuh. tak payah la yan cuti lama lama dah.

memang plan nya, dapat anak no.3 yan nak berenti keje. so tak de la nak kena
cari pengasuh ke apa ni. dengan kes sekarang kemain banyak ni... Allah, hati mak mana
yang tak risau kan. cukup tak cukup belanja tolak belakang. biar la bapak depa pikir.
tapi, sebab kan isu macam ni jugak...everymonth macam tarik tali. hahahaah...
nak adik baby ke tak nak, ready dah ke tak lagi..redah je ke, tunggu dulu.

hati seorang ibu. hati seorang wanita... haihh... orang cakap, muda muda la
nak tambah anak. kita pikir, bia la nak keje puas puas simpan duit dulu. nanti
dah dapat no 3 nak berenti. tapi dalam masa yang sama terdetik jugak kat hati,
nanti nanti, usia dah meningkat badan pon dah tak larat. perempuan ada expired,
bila lagi nak beranak? kadang pikir..redah je la, ada rezeki ada la..

orang perempuan memang suka berfikir kan????? (^_^)

next entry, nak share ti
ps dapat baby girl. yan tengah plan nak dapat baby
girl so banyak la kumpul tips yang orang dok share, nanti yan share dengan korang
ea...



Isnin, 20 November 2017

apa itu essential oil - what is essential oil

Assalamualaikum...

lama menyepi tetiba teringin nak update pasal essential oil. Alhamdulillah, kalau nak dikira dah nak setaon dah akak dengan young living. tapi ada 2 bulan akak off sekejab, mood swing macam-macam. lepas tu akak start from zero balik. kenapa akk off? masa tu akk rasa akk start with a wrong way, cara yang salah. idok la salah macam akk ada buat silap etc.

dalam masa 2 bulan  tempoh bertenang tu. akak reflex balik why i join young living? main point for my kids, second point akk nak cari income lain. tapi sepanjang perjalanan akk dengan young living. akk banyak share pasal essential oil. product young living yang akk pakai. akk tak banyak share pasal biz. bukan tak encourage awak2 untuk berbiz dengan young living. tapi biar lah akk berkenal2 dengan young living dulu.

after a year. akak rasa akk nak share more and more pasal kebaikan essential oil yang dah akk guna ni. and at a same time, akk nak share why u should join young living family. not only as a buyer or jadi member sebab nak kan harga ahli sahaja. tapi as biz partner which is banyak banyak banyak sangat bnefit yang korang boleh dapat.

instead off korang beli essential with certain amount with member price, korang boleh dapat macam2 r eward, komisyen, etc.. dalam masa yang sama korang boleh share kebaikan essential oil young living with semua kawan2. dunia sekarang terlalu banyak chemical substant kan. so why not berubah kepada sesuatu yang natural, pure extract dari tumbuh tumbuhan itu sendiri.

ok today akk nak cerita more on apa itu essential oil. secara basic. not specific to young living essential oil. just basic introduction to essential oil.

essential oil ialah ekstrak tumbuhan yang aromatik.minyak ini membantu tumbuhan mengawal pertumbuhan dan metabolisme,membina sistem imun tumbuhan dan menghalang dari serangan virus, bakteria, fungus, parasite dan serangga.
💮seperti tumbuhan, essential oil ini boleh membantu fungsi tubuh kita dengan lebih baik.
💮essential oil sangat concentrated (pekat), sehingga 70 kali lebih kuat berbanding herba.
💮100% natural essential oil adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan(dengan penggunaan yang betul)
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
kenapa menggunakan essential oil???
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🌹essential oil adalah pelengkap terbaik untuk gaya hidup sihat.
🌹essential oil tidak menghalang, merawat atau menyembuhkan. Essential oil adalah alat yang boleh digunakan oleh tubuh badan kita, bekerja secara semulajadi dengan badan supaya tubuh boleh sembuh dengan sendiri.
🌹Pengunaan essential oil bukan lah trend baru. Essential oil telah di gunakan beribu ribu tahun dahulu. Tamadun lalu menggunakan essential oil untuk sifat terapeutik dan aromatik mereka.
🌹Seiring masa, manusia lebih sedar kepentingan kesihatan dan pilihan semulajadi atau perubatan secara alami, essential oil memenuhi keperluan itu.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
cara menggunakan essential oil
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
🌻Aromatik : mempengaruhi mood, membersihkan udara,dan membuka saluran udara/pernafasan.
🌻topical/sapuan : keselesaan serta merta, sokongan imun dan urutan.
🌻internal/digest:sistem pencernaan, mulut, tekak, hati dan saluran perkumuhan.

akk copy from FB page akk. kalau ada masa boleh la pegi melawat ea. sedekah like and follow sekali kalu boleh. thank in advance



tahu tak korang, akk ada baca tapi dah lupa (sorry bajet nak share tp akk lupa pulak) sintetik aromaterapi oil dengan berapa persent essential oil pon dah di kira pure essential oil. ada guideline dia. tapi kalau essential oil young living. InshaAllah 100% pure oil tak de alter2 tak de tambah2. 

macam mana pokok tu, mcm tu la dia di distill dan di botol kan. sebab tu young living di paten kan sebagai seed to seal. memang di rawat dari penyediaan tanah kebun secara organic..menggunakan baja kompos dari tumbuh tumbuhan itu sendiri, buang rumpai pakai tangan. guna cecacing sebagai pengembur, baja dan penambah mineral ddalam tanah.

ni kira salah satu sebab kenapa korang kena pilih young living. nanti ada masa inshaAllah akk akan terangkan dan share kat korang lagi. antara sebab2 kenapa korang harus pilih young living.

tapi akk rasa cukup dengan seed to seal yang young living amalkan, korang dah patut yakin dengan young living. dah la ada kebun sendiri...bersusah payah macam tu skali punyala nak make sure khasiat tumbuh tumbuhan yang dorang nak extract jadi essential oil at it best.

ok till next time. inshaAllah.doakan akk ada masa nak berkongsi dengan lebih banyak lagi dengan korang pasal young living ni. i want to share more pengalaman sendiri sepanjang menggunakan essential oil dari young living ni, inshaAllah.

ops lupa, anyone interest. boleh contact akk ea..



Photobucket

Rabu, 17 Mei 2017

Anak speech delay ke???

Assalamualaikum...


Semalam ummi ada post pasal ummi dah start buat speech therapy protocol pakai essential oil dari young living kat abg aathif.


So persoalan dia kat sini. Ada kah abg aathif speech delay atau sekadar late talker? Speech delay tu boleh lead to masalah yang lagi besar kot eh.. tp kalo late talker ni dia lambat bercakap je..bkn ada any issue yg besar pon. Tapi bkn speech delay tu maksudnya lambat bercakap jugak ke? Biarkan lah..



Apa yang ummi nak cerita kat sini. How concern ummi pada perkembangan abg aathif.. eh, msti la concern. Org bru tercompare anak ummi secara tak sengaja je terus ummi full force nak bertherapy kat abg aathif.


Ummi bukan dalam in denial stage ea kot kalo korg ckp ummi in denial xnak bwk abg aathif jmp pakar.. eh, idok la. Sebab abg aathif xde pon tanda2 speech delay, just late talker je...


Nak tau lebih lanjut google ea symtoms of speech delay.. ummi just nak up point yg berkaitan dengan abg aathif je.. 


Interaksi dia dengan org Alhamdulillah ok. Banyak je membebel..now, dah improve sangat2.. klo speech delay xkan ada perkembangan positif nie kot.. xde tantrum. Pg pasaraya or kedai penuh menan pon.. elok je tengok2.. then kalo ummi abah ckp ok jom blk, letak balik semua menan tu.. dia ok je walo x beli... such a good boy. 



Kalau panggil dia, lepas tu elok je dia berpaling/menjawab. Kalau mintak dia amik kan pampers aysar, baju..elok je dia amik kn n hulur... dia bukan speech delay.. just late talker sbb banyak sangat berinteraksi dengan tv...


Now kat rumah kitorg banyak speaking ngn dia. Ummi mmg selalu la kne ngn abah, speaking ngn ank tp grammer, pronoun semua kelaut. Grr... bkn saje nak gedix2 ckp BI tp sebab dia banyak berinteraksi dengan tv(in english), dia lagi senang nak communicate in english rather than BM. Nampak sangat bila ummi tanya in BI dia lagi senang nak jwb... lg faham soalan. Tp xde la dok ckp BI je... ckp melayu la jgk, ummi bkn pandai speaking sgt...malu la nt kne gelak...

posted from Bloggeroid

Selasa, 16 Mei 2017

Speech therapy protocol


Assalamualaikum...

Dah pernah ummi post psl ummi jadi distributor young livung kn. Pakainye semata demi anak.. dlm masa yang sama buat la side income. Mn tau kot bleh dpt stengah dari gaji sekarang ke. Boleh la benti keje....

Ok, sebenarnya nak cerita pasal masalah speech atau percakapan abg aathif ni. Tapi rasanya bkn masalah pon. Belom tahap delay pon lg, tp mebi dia slow cket. Ye la.. ummi abah keje, dia dok ngn atuk n nenek. Xde kawan baya dia kan. Bulan 8 ni abg aathif genap 3 tahun. Bkn xboleh bcakap langsung. Boleh banyak je..tp dia x boleh buat ayat lg..kalau bcakap, perkataan memula dengan last je yang berbunyi dan boleh difahami.. ayat tengah2 tu macam2 bahasa ada.

Ummi xde la risau ke rasa macam anak x seiring kawan2 sebaya dia ke sbb byk je jgk words yg dia tau.. so bkn kategori delay la. Tp donno why ummi mcm terpanggil untuk do something kat abg aathif.

One day ummi terjentik untuk full force buat speech therapy protocol ni kat abg aathif. Pakai essential oil young living of kos. Join yl ni, bukan semata menjual or mengguna eo..tp banyak sangat ilmu yang dapat.

antara EO untuk aktifkan otak kiri dan kanan anak2 :

Lemon
Orange
Lavender
Peppermint







Untuk speech therapy protocol pulak :

Brainspower


Vetiver (xde kat malaysia)


Cedarwood


Dan untuk speech therapy protocol ummi hanya ada cedarwood.. tapi tak bermaksud ummi patah semangat.. tidak sama sekali. Ummi start dengan eo untuk aktifkan otak.. dalam masa yang sama, ummi pakai cedarwood eo skali ngn protocol dia..niat lillahitaAla ummi nak bantu abg aathif..sambil pasang niat jugak nak kumpul brainspower dengan vetiver.

3 hari je ummi pakai.. kemudian ummi stop. Why??? Sebab too much oxygen flow to the brains. X bagus ke??? Bagus...tp kalau kita x sediakan aktiviti untuk dia, bayangkan macam mana dia nak transfer or gunakan energy tu. Dia dok umah nenek, pandang tv je la.. 

Kat rumah masa memula guna pon ummi  figure out benda ni. Memang dia meligat kat rumah.. tgk tv pon excited kemain. Then bru ummi teringat, cedarwood kan bekalkan oxygen ke otak..tp ummi tak sediakan any xtvt for him.. Allah, bad ummi. So ummi proposed kat abah, mntk set up kan bilik ketiga as home aktiviti base...hah gitu nama dia. 

Ummi rasa This is why, kena ada vetiver.. vetiver tu mcm let the kids settle...so dia boleh fokus, contoh.. direct his brain to drawing or build a lego..gitu. xde la bergelak ketawa keceriaan kacau adik kacau semua orang...

So buat masa sekarang ni.. kte stop dlu cedarwood...wiken je la guna, sbb ummi abah ada boleh nak buat aktiviti ngn dia.

But, ummi masih continue dengan speech therapy massage.. ummi guna frankinsence eo sbb.. ntah, ummi rasa frankinsence ni power.. ye lah..gam arab, sape yang x kenal..raja segala minyak kan...


3 hari ummi guna cedarwood dan protocol (aktif brain tu continue) tp nampak la improvement dia.. dr cakap sepatah2 dia dah boleh bina ayat. 

Dari "that" sambil tunjuk ke benda
Kepada
"Whats that"
Kepada
"Ummi, what that"
"Mine, its you no" 

Ok la walopon structure ayat tunggang terbalik. At least dia tau. Menan tu adalah its, aysar you, no tu bukan or tidak.. ok la kan untuk budak yang belajar thru tv..

Now tgh melobi untuk vetiver.. inshaAllah in future nak tambah brainspower jugak. X rugi inshaAllah sbb aysar pon boleh guna...

Ps: cedarwood membantu oxygen ke otak. Tp cedarwood jugak membantu tidur.. ha, magic tak. So nak blaja ke nak tido ni? Takut tak?? Kita nak tidur...tp tetiba makin segar pulak. Or kita nak segar tetiba ngantuk pulak. Sebab tu kata eo ni work wonder.. sapu pagi.. memang segar otak fokus etc etc... tp bila malam. Cedarwood hantar signal ke otak untuk tidur..tp dalam tidur pon cedarwood masih bekalkan oxygen ke otak which is bila kita bangun pagi je..rasa fresh n segar... untuk make sure kita konfirm tido punya... cedarwood mix together with lavender..konfirm 5 minit lelap..aysar la. Ada tak yg pkai cedarwood+lavender tp xjalan.. suasana tidur ke mcm mana? Lampu dah malap? Tv dah tutup? Pastikan suasana untuk tidur dan beristirehat ea..jgn salahkan anak x tidur kalo makbapak layan tv smpai 3/4 pagi...

If ada yang berminat dengan eo dan protocol how to used it untuk speech delay or speech therapy.. boleh contact ummi ea... 


0102211497


www.wasap.my/60102211497


Photobucket