si comel n si ensem

Selasa, 1 Disember 2015

second pregnancy : check up kk for the first time

salam sejahtera,

Hold dulu cerita pasal weekend getaway ke melaka, kita Nak cerita pasal first time pegi check up kat kk ( klinik kerajaan ).
ea..second pregnancy tp first time nak check up kat kk. Maknanya apa??? maknanya first time nak buat buku pink.
Jakunness overload.

Masa aathif hari tu x buat pon buku pink. Memang check up dekat colombia asia je sebab plan pon nak beranak kat sana. Baru tau pregnant terus decide nak beranak kat mana. Sebab malas nak check tempat lain, nanti nak beranak kne p check up situ plak. Sekali harung je terus.

But..
untuk kali kedua ni, tetiba teringin nak buat buku pink. Tetiba teringin nak check up kk.
Teringin sangat ea????
lepas tu nyesal..lama gila kau.....bab lama je la yg spoil cket.

Sblom pegi checkup tu dah call siap2 dah kk kajang.
Nurse yg angkat tu tny dok mana semua. Call pon
sebab nak komfirmkan untuk ibu ngn anak bukak hari apa..
ada hati nak datang hari jumaat kau, konon sebelom bertolak pegi melaka boleh la
singgah kk kejab. 'singgah' ok!! gila suci pemikiran, konon nak buat buku pink
tu amik masa dalam sejam dua sahaja.

Isnin kita el. So amik kesempatan untuk pegi terus kk.
Serius ummi masa tengah dok tunggu tu.. mulut x abis2 berzikir menyesal nye..
menyesal nye... hahahaha. Mungkin sebab baru first time kan.

Kne jumpa doc sbb xingt tarikh period. Sebenarnya ingt je..tp klo ikot tarikh period masa tu, kandungan dah 4 bulan.
Tp ikot tarikh scan kat colombia asia, baby baru 11 minggu. So mls la nk cite pasal tarikh. So scan skali lagi, yes..
baby baru 11 minggu. Alhamulillah..nampak jantung baby denyut2, nampak baby gerak.

So setel buku pink. 4 jam setengah kat kk. Hahahaah... kematu bontot.
Dah la abg2 sado semua lemau haritu..dorg lagi memerlukan kerusi dari mak2 mengandung,
dari mak2 bawak baby. Kesian dorang.

Isnin, 23 November 2015

Second pregnancy

Salam sejahtera,

Lamaaaa x update blog, tup tup da mengandung kali ke dua. Tanak mukaddimah panjang2, terus ke content la ea.. second pregnancy 101.

Ogos 2015 :

Masa ni blom pregnant. Tp bila susu drop gila otak dok pikir pregnant je. Terus la beli UPT, ada mcm nampak line. Tp sumpah samar gila. So kemungkinan utk xde tu ada. Masa ni x pikir lain dah. Susu drop sbb pegnen je. Siap whatsapp blogger Cikmah lg tny memacam. Masa tu Cikmah suggest beli upt murah so bleh test byk2 kali. Mcm2 la tny cikmah, Pasal breastfeeding time pregnant mcm mana, vitamins mcm mana plak since da jadi for three kan. Tp lawak nye, sehari ke dua hari lepas tu...bendera merah kunjung Tiba.

Masa ni siap booking private coach utk breastfeeding lg sbb kekonon susu drop xleh d selamat kan dah. Tp elok je Esok nye period habis, susu kembali seperti sediakala. So tau lah mmg klo period, susu Ku Akan merudum gegila. So, rilek Cket. Tp berguna la jgk ilmu breastfeeding tu sbb x amalkan sepenuhnya pon susu nampak sedikit peningkatan.

October 2015

Awal bulan 10, susu start drop balik. Tp kali ni lg gila.. buat pp pon kalau dia xnk keluar dpt dlm stengah oz je sebelah.. so salahkan diri sebab x ikot Betul2 ilmu yang dpt masa coaching tu sbb tu la susu kurang. Oh, period mmg x tentu lg, dekat 2 bln bru dtg.

Masa ni dok doa dlm ht, tlg la period, cepat la period. X sanggup dah dok pam dpt plg byk pon 2oz je.mmg x terpikir langsung Pasal pregnant ke apa. Lgpon productivity mcm kurang Cket bln ni, kilang x berapa nak Jalan. So mcm konfiden je x pregnant..

Tp Ntah kenapa, d suatu pg yang hening. Teringat ad beli upt test dgn blogger kina. Beli byk plak tu. So, amik Satu..Saje buat. Letak tepi, gosok gigi semua. Lepas tu intai upt tu. Nmpk mcm ad line, Tp x jelas Tp confirm. Tros panggil Abg. Dia pon sahkan. Bia.. kita rilek2 dlu.

Esok nye sama..buat lg.. Ulang2 smpai seminggu. N the line tu makin pekat.

Kitorg Laki bini masa tu xde la melompat gembira mcm first time tau pregnant. Rilek je.. syukur.. Lepas tu memasing cool. Termenung jgk la skejab, sebab secara tetiba..Kalo aathif mmg planning nak ank. Ini, xtau la ready ke tak nak handle 2 anak. Bukan x ready, x welcome the adk baby.. no. Cuma, dgn aathif sorg pon masih kelam kabut. Mcm mana ad dua baby nt? Mcm2 pikir. Tp pikirkan yang aturan Allah adalah yang terbaik, redha Dan bersyukur. Ye lah..lain org lain rezeki nya.

Memula bersetuju utk x bgtau sesapa dlu. Tp masa tengah pam kt opis tu, ad akak ni nampak dia Tegur..Napa sikit sgt susu ko?? Masa ni sesi pertama, biasa penuh la Satu botol 5oz tu. Last2 terpaksa bagitau akk tu. Tp ckp ngn dia jgn bagitau org lain.rasa mcm ad je yg lain Yg tau cuma x kecoh Je sbb Bukan Dr mulut aku sndiri kan. 

Hari tu jgk, dok whatsapp dlm group geng diploma dlu. Ad kwn ni tny..bila nk tambah baby. Masa ni mcm..ala....xnk cite. Tp org da tny. Biasa la nk follow ckp org ni kan. x elok bgtau org masa awl2 preggy. Last2, cite gak kt Dorg dgn harapan Dorg doakan Yg Baik2 je buat adk baby.. aamiin.

Kendian, bgtau akk. Sbb she's ma onleh sistah. Kendian bgtau mak, sbb mcm serba salah je x bgtau mak. Mak kot..kita hormat dia kan. So bgtau..perkataan pertama Dr mulut dia, mmg mampu mengalirkan air mata. Sedih sgt.. I don't know apa dlm fikiran dia masa tu. But harapnya sebab concern about my wellbeing lah. Ye lah, keje lagi. Aathif lg. Tambah adik baby plak.

Masa tu Memang menangis. Kecik hati, Bkn sebab kena marah or bebel apa. Tp rasa mcm mak x mampu nak pikir n istigfar. Anak tu rezeki dari Allah. Dah sampai rezeki nak Dapat ank no 2. Sedih sangat masa tu.

Masa tu apa mak cakap telan sampai lubuk hati paling dalam. Sebab ada benda yang tak relate dgn pregnant pon mak terlepas cakap jgk. Ada cerita Kat akak, Tp akak suruh sabar je..Biasa la Kalo bercakap, xdan nak break. Ckp ngn akak, x pe . X rasa apa pon..X kesah pon.. X kecik hati pon. Walopon dalam hati masa tu Allah je yg tau. Tp Ntah la, malas nk cerita Banyak..anggap je terlepas cakap.

Selang beberapa hari lepas tu. Mak tepon, Tp tepon abis bateri..seharian tak cas. Sebab weekend kan, mcm xde kepentingan je nk cas tepon..haha haha. Ahad malam baru cas, baru tgk ada missed call. So call balik, mak tny ada mengidam pape tak? Hoih?? Ckp ngn mak, xde rasa apa pon..Mcm x pegnen je. Maybe sbb awal lg. Mak macam nak berbaik2 balik. Eh, xde la xbaik. Tp mungkin mak rasa bersalah kot, datang rasional dia la tu. Ai is ok je.. mak kot, lama mana je nk kecik hati kan. Satu nye sebab lepas mak marah2, aku ada tepon. Mintak maap Kalo aku ada tercakap kasar ngn dia, kot dia ada kecik hati ngn aku. Mana tau, Walopon aku Yg kena marah..Tp mana tau dia Sentap ngn aku kan. Mungkin sebab tu la kot, dia dok pikir.. apa salah nye aku pregnant. Aku pon Bukan Muda lagi..Kalo Bukan sekarang bila lg kan. Sekarang semua Baik2 Je.

Ok, nk bgtau Pasal pegnen termelalut Pasal mende lain plak. So, gitu la kisah cam ne bleh pregnant kali kedua ni. Rezeki tu dari Allah. Walau xde usaha, walau mengelak..kalau dia kata ada, siapa kita untuk mengelak.

Ummi doakan adik baby sihat hendaknya, membesar bagai juara.. comel Dan pandai macam abang aathif.

Khamis, 16 April 2015

8 month bornday

Salam sejahtera...

Hari ni genap usia aathif 8 bulan. Alhamdulillah..selain batuk sikit hari tu aathif xde major health issues lagi setakat ni, syukur.

Biarlah orang kata baby batik demam tu normal sbb nt badan dia bley create antibodies bagai, ummi x sanggup..kesian kecik2 sakit. Kita yg besar ni pon sakit kepala cket da xtahan.. INI in budak kecik.

Setakat ni perkembangan aathif normal, aktif mcm budak lain. Alhamdulillah. Day pandai hi5, day start nak berdiri.. Day eksyen nk lepas tangan bagai.

Merangkak memang laju gila..geram je tgk bontot dia tu. Dah terlentang hempas kepala kat tiles 4 Kali. Haihh...hangin jgk la skejab dengan abah..tp, xpe hero..xleh lembik2 sangat kn.

As for ummi, masih gigih pumping and DL aathif. Syukur alhamdulillah, di panjangkan lagi rezeki susu aathif. Mudah mudahan genap la setaon.next target. Lepas tu kita usaha sampai setaon setegah pulak.

Susu x banyak mcm orang lain sekali Pam dapat belas2, tapi alhamdulillah x sikit.setakat ni cukup buat aathif,cukup lah tu.

Milkbooster. Not much help. Tp telan je niat for health, moga badan sihat banyak la susu, cukup lah untuk aathif kenyang. Sekarang ni dok telan Habatussauda dengan pill fenugreek. Fenugreek tu same beli test, abis ni minum air halba rendam sudah. Dah pindah senang cket nak but apa suka.

Start makan pil phytonatal nr jgk. Sblom ni x mkn sbb aathif prolonged jaundice, lepas tu dok tertanguh risau susu kurang. Baca kat mana ntah dia ckp pil tu tambah susu,x kurang..so telan lah. Susu x bertambah to as long x kurang OK la kan.

Dalam stress seronok sebenarnya breastfeeding ni. Nak explain pon x reti..to bf mom mesti bley paham.

Rabu, 1 April 2015

Keadaan batuk aathif

Salam sejahtera...

Nak update pasal batuk aathif. Hari ni rabu, ok. Isnin hari tu last day aathif mkn antibiotik.

Balik keje dah pesan siap2, nt buang botol antibiotik tu. Ummi tak nak tengok.

Sabtu ahad hari tu, ummi siap2 pesan kat abah. Bagi time ummi tak de. Masa tu la tetiba ummi g mandi la, apa la. Bukan tanda protess Tp ntah la, rasa nak tumpah air mata.

Ummi x salah kan sesiapa. Semua pon inginkan yang terbaik Tp masing2 punya cara mungkin berbeza. Biar je la..

Hari ni aathif masih batuk. Pakej kahak. Sebab nye lepas dia batuk mesti dia senyum2 menelan, haihla ank.

Mcm teruk dari biasa. Ummi sapu2 minyak panas kat dada, kat belakang. Bagi susu. Aathif batuk smpai Xnak susu.. Dia mcm nk cepat2 bangun sbb kahak byk n mcm susah nk bernafas. Ummi dah rasa berat hati nak g keje. 

Semoga aathif cepat sembuh

Khamis, 19 Mac 2015

di saat ini hati menjerit.

di saat ini,
di tika waktu menyiput sedutkan diri..
di tika jam menginjak dari 05:55 ke 05:56
di saat kepala sudah tepu memandang calculation, 
meneliti drawing, menyelak report.

sedang leka,
dengan kepala tunduk, demi menenangkan seharian berkejaran
bersilih antara dua projek.
ketenangan itu, ketenangan yang di cari,
tangan menari nari, menggodek FB.

di tika ketenangan bakal menjengah.

tetiba bos turun. hergh!!

buat2 sibuk, buat buat, buat keje.
bukak email taip belog. jadi lah...

ok, pukul 6 sudah. cukup lah berlakon.
cukup lah dengan monolog dalaman ini.

Jumaat, 13 Mac 2015

Engorged breast aka susu tersumbat

Salam sejahtera...

Engorged breast dalam Bahasa melayu di sebut sebagai tetek tersumbat.

Engorged breast sgt SAkit.

Sangat sangat SAkit.

Hilangkan lah dia dengan tuam, atau mat salleh panggil hot compressed.

Engorged breast bley menyebab kan demam.

Rasa nak pitam. Rasa nak muntah. Rasa nak balik.

Macam2 dah buat..X Jalan.

Now Kat klinik, doc Baik hati Dapat la mc. Klo x mmg half day leave la jab g...

Khamis, 12 Mac 2015

Musim baby demam

Salam sejahtera...

Dua tiga hari ni banyak dok baca pasal baby demam. Kat blog la, kat ig la, Kat fb la.

Semalam kot. MIL cakap aathif batuk2 sikit. Aku pon perasaan Tapi buat rilek je. Tak nak gelabah ayam macam dalam pantang hari tu. Batuk sikit je... X payah beria nak pergi hospital bagai.

Tapi dok perati jugak la, kot melarat ke apa. Boleh la try buat minyak bawang tu. Sekarang ni dok pulun susu kan dia je. Susu Ummi kan pembekal antibody terbaik buat baby.

Tapi xde la pulun jgk pon sebab dia sekarang ni dah kurang menyusu. Harap contents dalam susu cukup untuk dia. InsyaAllah. Susu ibu is all about quality. Quality over quantity compared dengan susu formula. MasyaAllah, kuasa Allah kan. Tak perlu nak tambah2 Amaun susu macam susu formula.. seiring masa, seiring perkembangan Dan keperluan anak..contents/ quality susu ibu berubah.

If anak needs Celcium more than proteins, wallahhh...siap. if baby selsema or demam or Batuk whateva sume..wallah susu yang mengandungi antibody utk melawan segala Anasir jahat siap.

How??

Simple je formula nya.

If anak selsema konon nye. Badan dia belom ada antibody Yg Kuat untuk kekawan virus selsema tuh kan. Anak yang selsema ni air liur dia Punya virus selsema ni. Bila dia menyusu, air liur dia Akan meresap ke nen Ummi Dan impulse/data pasai anak selsema ni Akan d hangar ke otak.

Otak Akan proses maklumat yang di beri kemudian Akan mengarah nen menghasilkan susu yang mengandungi antibody yang mampu melawan selsema tu tadi... Ha gitu.

Formula yang sama jugak untuk mende lain, keperluan anak yang lain. MasyaAllah...segala puii bagi Allah.

InsyaAllah..cukup susu Ummi ni. Yakin. Kalau dah teruk sangat tu lain cite la kan.

Ahad, 1 Mac 2015

aathif dah makan pancake

salam sejahtera....

tadi...tadi kan, huihh....

berderau darah ummi. abah si aathif nie tinggal sekejab je dia boleh sampai capai pancake abah nye..
geram sangat tengok gebu gebu ea...

ummi masa tu kat dapur preparekan puree aathif. sekali dengar abah terjerit jerit kat bilik tv. memang ummi laju2 la pegi dapo..dah kenapa la dua beranak ni. dak kecik nie elok je gelak2 hepy. abah tunjuk pinggan pancake. ya Allah, macam kena gigit tikus. memula ummi persoalkan la jugak,
nape abah letak pancake tu dekat aathif. sebenarnya dah jauh dan x expected dia akan dapat capai sebab dia x boleh kedepan lagi..gear gostan boleh la.

sampai sendawa lak tu..urut dada ummi. ye lah dalam tu siap dengan teloor, garam gula. pastu ummi tak pakai milk biasa, ummi pakai buttermilk...haih la anak. nasib xde reaction pape..kot kua rashes ke. geram je..kita betel2 kat dia, dia boleh gelak pulak tu. ummi bagi dia makan pon xnak sebab dah kenyang makan pancake. lepas tu pandai lak tu..makan belah dalam yang lembut gebu tu...tskk....


nie la culprit nye...goda anak ummi ea???? ha..nampak je hodoh cam nie..gebu lembut persis mcD punya ok. memandangkan lepas pegnen dulu dah tak makan mcd. lepastu boikot pulak..sampai sekarang still dok boikot lagi. bukan sebab jewish bla bla bla...tp sebab mcd is soooo unhealthy.


dah kena marah terus tido sorok muka.. eeiii... tau takut. gelak2 senyum comel tak nak bagi ummi marah.


ondaway nak p akikah anak kawan office..sekali gila nye teruk jam..last2 tak jadi pegi la, nie kalo sampai je dah kol 4.30, orang dah kemas sume dah...

banyak kot dok selfie ngan budak nie..sekali bosan barangkali.. nah dia bagi senyum ngenye kat ummi. bagi ummi stop selfie..muahahahaha.







Photobucket

Sabtu, 28 Februari 2015

rutin harian ummi aathif. Why i'm so beat up.


Hampir setiap hari, pukul 3.00-3.30 pg..mata dah cerah. Anak nak susu, layan.. smpai kol 4 pg.
Pastu bkelip dalam gelap sambil di temani bunyi dengkur sang suami. Tgk anak tido, sekejab mengiring, sekejab tlentang. Apa lah mimpi nye.

Masuk plak battle of selimut. Selimut kaki, meronta2; dah selimut kemana, tarik balik.. dia tolak balik smpai tersingkap baju..nampak perut boyot tu. Tarik balik..

Kol 5 mintak susu, masa ni amik peluang untuk selimut dia smpai dada. Redha sebab nak susu kan..Kol 5.30 jam bunyi..kejut sang suami.

"Yang kol 6 eh??" Ok fine..

Dak kecik dah bgn, tersengih2 pandang ummi dalam gelap..ohoii..xleh mandi dlu, layan dak kecik ni dlu..main gomol2, main kiss2.. best nye bau ucuk acam ni.

Kol 6 kejut suami, dak kecik lak dah hok hek nak tido, tarik kesisi. Susu kan..mata ummi pon dah berat yang amat. Dah subuh kan, syaiton pon byk dok berdendang. Pahal kol 3 tadi ko Xnak berdendang ha syetonnn????.
So lelap lah ummi dan beby ucuk acam. Kol 6.30 yayang kejut. Ala....nak tido.

Eh, tido kol Bape?? Kol 10.30-11.30 smbil susu kan dak kecik, lelap la dlm stengah jam. Bangun isyak.. tido blk lam kol 12-1. Awal jgk...Tp bak kata abg ipaq Cheq yg prihatin... Anak belom staon lagi... X fully recovery lg..
Heii...dark circle is so in lah sekarang ni. Tanda cinta kasih..jadi ummi sgt ohsem.

Lepas sesiap turun bawah bwk turun dak ucuk. Abah bawak all the bags. Abah amik kan botol storage nak bawak p opis. Abah amik kan ais blok masuk dalam ais cooler. Abah ummi lebiu..tata tata ngan aathif. Gerak p lrt sg.besi.

Ummi pegi keje naik lrt. Berdiri dari stesen sg.besi sampai masjid jamek. Alah..apa la sangat setakat berdiri tu kan...sap sap sooii je. Tolak belakang la parking kat park and ride jauh gile pastu kat tingkat tertinggi plak tu. Kurus ummi.

Nasib suami penyayang tolong bwk kan beg pam. Ummi just bwk cooler bag je. Again...terima kasih suami syurga ku. Ummi kan kurang tido, nak seret badan lagi...mesti la tak mampu nak bawak beg segala..he he.

Ahh...atas train sudah. Nasib baik ada la aircond. Stengah jam je..apalah sangat kan. Rilek la, setakat x cukup tido penat jaga anak apa la sgt penat nye kan. Kesian mereka tu..dr hujung sana sampai hujung sini. Lelaki lelaki lelaki lelaki. Mereka lagi memerlukan.

Ah, dalam deretan lelaki lelaki lelaki itu terselit seorang perempuan. Tak pregnant, wahh...respek perempuan itu. Berdaya saing, mampu bersaing dengan lelaki lelaki lelaki itu.bagus2...

Tak pe, kita harus paham. Luaran je kacak bergaya. Ber kemeja berseluar bergosok rapi hakikatnya mungkin kita tak tahu, ye lah..dunia sekarang ni kan memandang luaran. Mungkin, mungkin mereka2 bekerja keras membanting tulang di tengah perit mentari. Membancuh simen mengangkat bata. Menanam padi tidak mugkin la pula sebab kolompo ni mana ada sawah padi. Sebab itu lah, mereka lagi memerlukan. Mereka lagi penat. Tengok la macam mana laju nye mereka berebut2 berhimpit mengharapkan dapat duduk. Kalau boleh berlari pecut, sudah di pecutnya. Xpe..kita bagi mereka duduk.

Heiii kita perempuan nampak je lemah. Tak tahu kah kalian, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. nampak? Betapa perkasa nya kita. Dan lelaki, di sebalik kejayaan mereka punya perempuan di belakang nya. Nampak? Kerana kita perempuan membagi sorang duduk maka sorang boleh menggaul simen, membancuh tar.. maka terbentuklah negara kita yang pesat membangun. nampak?.

Tak pe...kita gentlewoman. Kita harus paham, baju yang bergosok rapi. Luaran yang rapi tu demi menjaga image semata. Nanti orang pandang selekeh. Nanti ... Erm, ok..faham faham.

Ah..dah sampai. Habis sudah monolog dalaman ummi. Dari stesen masjid jamek ke opis xde la jauh mana. Sekadar 10 minit berjalan kaki bagi ummi yang gemok nie. Orang lain mungkin 3 minit je.

Bekerja lah ummi. Tapi tak de lah membanting tulang. Tak tak. Ummi tak sama dengan lelaki lelaki lelaki dalam lrt td. Ummi kerja d opis. Air cond sejuk ke tulang sampai kena pakai baju sejuk. Sebab tu ummi gemok..pfffft.
Sepanjang bekerja, ummi ada 4 sesi mengepam. Pukul 9.45, pukul 12.15. Pukul 2.30 dan pukul 5. Eh, ikot kan dah 3 kali je...Tp sebab susu drop ummi divide jadi 4. Yang pukul 5 ummi buat power pumping. Penat ke pam ni??? Duduk je, letak pam kat nen, mesin yang ngepam. Ha ah...x penat pon. Sikit pon takkkk.

Korang tau kan, sehari korang bakar kalori 300 - 500 cal bila breastfeeding. Tapi korang tau tak exactly kalori yang hilang dari dalam badan korang tuh?? Tatau? Tatau? Meh ummi gtau...libas tudung, singsing lengan baju.

Setiap auns yang korang pam = 20 cal.

Eh, dah tau...ok fine. Dok bucu bilik sebab korang x sporting.

So tetiap hari kat opis ummi hilang 400 cal. Belom yang direct bf lg, dah nama direct kan...gane nak kira. Tapi ummi tak kurus pon sebab ummi makan kat opis je dah 800 cal...har har har. Ok dah.. abs keje, jom balik umah. Situasi kat dalam lrt sama je la Tp sebab belah petang kan, so perempuan perempuan yang berdaya saing pon ramai la. Kadang2 kalo penat sangat ummi pon sama berdaya saing... Kadang ummi suruh abah sementara Ummi seret badan. dah makan 800 cal tadi harus lah seret badan kan.

Sampai umah. Laju2 sembahyang maghrib. laju2 turun bawah carik dak bam bam kesayangan ummi. main2, susu kan. sementara suami soleh masukkan stok susu yang di pam tadi dalam peti ais, kekadang kalo dak bam bam tido or tak perasaan ummi balik, ummi simpan sendiri lah. derr...tak yah la kutuk ummi dalam hati cakap ummi ni hampeh segala, haa,,, x baik tau,

suap dak bam bam makan, lepas tu ummi abah makan, laju laju. basuh pinggan mangkuk segala dalam sink. masa nie boleh dengar dak bam bam menangis dah. ummi pasrah. tau dah, dia ngantuk dan kalau malam dia akan tido dalam bilik atas katil masam dia tuh. hew... ikot hati nak je tinggal pinggan mangkuk segala mak nenek dalam sink neh. sabar..tabah kan hati. abaikan, ramai je kat luar tu boleh pujuk. sekejab je pon. setel pinggan mangkuk segala mak nenek, setelkan pulak botol botol susu dia. 

masa nie abah akan bawak dak bam bam datang kat ummi. kiss2 sambil basuh segala mak nenek tadi. kesian anak ummi mengantuk. asyik la tido lambat. ikot hati.. ye ye..jangan jadi mak nenek yang annoying, dari tadi dok cakap ikot kan hati, ikotkan hati. nak kena cop pemalas??? nak??? ok tak nak, diam2 basuh.

lepas dah setel basuh2, susun susu aathif untuk esok, keluarkan puree dia. simpan stok EBM kalau ada. ok setel. derrr...gaya cite macam banyak je keje sume tu...padahal. ok lah...

dah jom naik, dukung dak bam bam bawak naik, golek2 atas katil sekejab. dak bam2 dah hek hek, tarik kesisi, susu kan dia. eh...macam deja vu je.. ah, tak payah deja vu sangat..memang tadi dah taip kat atas tu. layan je la dak tu gigit lepas tarik gigit tarik sesuka hati. xde gigi lagi kan..boleh la buat nenen ummi ni macam keropok lekor liat. dah ada gigi sat g..try buat tengok!!!

dak bam bam dah tido... bangun semayang isyak. masa nie la nak bersantai ke apa. nak tengok mockingjay segala. oh..ha ah, baru lepas tengok mocking jay..boleh la dari kebosanan.  patutnya sekarang nie dah tido dan the cycle berpusing berpusing..rotate rotate begitu je la hari2 kecuali hujung minggu kecuali hari ni. sebab??? sebab pecah rekod taip blog. macam pasang niat sebelom tido nak up satu entry. tengok la berapa lama niat tu bercahaya. rasa setakat lilin 20 sen je..sat g padam la.

nape dok cerita berjala pasal rutin yang tak de pape yang istimewa nie?? sebab lepas nie dah pindah dok sendiri. eh..bukan sendiri, dok bertiga. so rutin akan lain. tapi, tazabar... heh. lepas nie nak update life sebagai suri pada rumah sendiri. sekarang suri pada bilik ini saja.

ini life untuk weekdays, bila mana dinner di masak mertua. selamat di situ. life not so hectic kecuali dak bam bam yang clingy which is ummi pon clingy dengan dak bam bam jugak. oh...i need him more than he needs me. cuma nya, menjadi wanita lemah..ummi tetap perlukan tido. bila weekend, cuba terlajak tidur sejengkal mentari. tapi tak mungkin dapat. sudah nya nanti ummi di panggil baloq liat. ah.. memang ummi begitu pon. tak de ummi nak menidak kan. heh. tak sempat mentari menjengah..ummi bangun, setelkan dak bam2.. zaapp zappp zappp, bekdfast suami kena sedia. kain baju kena basuh. ah...tapi sudah lama ummi tidak berlaundry...


Lucky ummi punya yayang penyayang bertimbang rasa. Laundry work abah yang setelkan, bukan ummi tak nak buat tapi abah tengok ummi terbongkok2 masuk kan baju dalam w.machine abah lelaju amik bakul baju, biar dia buat kata nya..sian syg dah penat jaga aathif siang malam. Macehhh yayang kekasih syurga kita.

untung sabut timbul, untung ummi dapat masak. menjadi wanita, memasak sebahagian jiwa. memasak adalah terapi, memasak adalah menenangkan. tapi di sini. ummi jaarng memasak. sebab.. erm, segan mungkin. walau ummi ibarat ramsey gordon...pakar dalam dunia masakan ummi. tapi itu hanya dalam imaginasi semata.. ummi tak de lah terer mana. di puji suami pon dah cukup menerbangkan ummi kelangit. sebab ummi tau, puji abah sebab abah adalah abah. ikhlas memuji bila kita ikhlas memasak. yea...ikhlas. bak kata sorang ustaz nie, bila kita memasak ikhlas kerana Allah.. kita seronok nak masak, tak penat, tak rasa terbeban, x rasa susah. orang yang makan pon gembira.. makan nya dengan lapang. masyaAllah.

ah..panjang sudah rapuan ummi. nak tidur sudah. nanti bila dah pindah..ummi ceritakan rutin harian ummi, rutin hujung minggu ummi. tu pon kalo berkesempatan.

salam sayang dari ummi. manusia yang hanya mampu memendam segala rasa.

eh...so why im so beat up?? summary nya??? kurang tido semestinya dan juga seharian travel untuk ke kantor.. oh tuhan..sungguh lemau mengheret diri..tapi lillahi taala, gagahkan jugak kaki. mungkin suatu hari ummi boleh bersara, siapa tahu. mungkin adik aathif nanti, ummi boleh menjaga nya sendiri..tak perlu di tinggal tinggal. tak perlu rindu rinduan. mungkin.

kuasa Allah siapa tahu. doa kan lah... insyaAllah.



ummi aathif yang gemuk sama putera kesayangan
Photobucket

Rabu, 11 Februari 2015

Sebab pisang

Salam sejahtera,

Puas pilih tajuk mana yang sesuai. Memula pilih teraniaya, sabar lah..nikmat Allah pasti menyusul. Waahhh... Macam islamik sangat entry nye.

Kendian nak letak tajuk di aniaya pakcik jual pisang. Eh, kang jadik viral plak. Isu viral ni Bukan bley di buat main sekarang ni. Last2 pilih tajuk sebab pisang je. Kesian ko pisang...

Al kisah nya....


Tengah hari tadi, lepas tapau nasi, p la beli pisang goreng. Mintak rm3. Dapat plastik aku macam, eh.... Ni rm3 ke rm1??? Haaa...ni yang mengundang carutan dalam hati ni.

Pisang potong tengah, slice plak 3. Jadi sebijik pisang dpt 6. Nipis, sampai crunchy pisang tu..sikit lg nk jadi kerepek. Jual 3 seringgit. Ha...sebijik pisang rm2. Aduiihhh....Sedih Betul, ni nak aniaya orang ke apa ni?? Terus laju2 cakap tak nak beli dah...sampai mati!. Heh... Biasa la orang pempuan kang over sikit. SAkit hati tau, nasib tak nyanyi lagu SAkit nya tuh disini. Haaaa...

Eh, SAkit2 pun tengok2 kang dah Lupa p beli lagi...sampai mati konon. Biasa la, orang pempuan kan mana tau serik. Huh...

Naik opis, tengok ada satey.. Alhamdulillah, lepas kena aniaya Pasal pisang Allah ganti balik dengan yang lebih Baik..Dapat satey, yeaaayy. Alhamdulillah, alhamdulillah...

Time kasih buat yang membelanja...

Pakai baju tapi nampak corak bra

Salam sejahtera...

sebenar nya Malas nak cara Hal orang berpakaian ni sebab kita pon belom sempurna. Tp Satu ni je nak cakap... Harap2 diri sendiri tak macam ni.

Sekarang ni tengah hangat pesen baju kain lycra kan. Contoh jubah muhaya. Paling senang..Bukan nak cite Pasal jubah muhaya pon. Banyak yang dok buat baju macam tu. Jubah, baju kurung kembang payung. Sama je...semua jenis kembang bawah.

Baju tu bagus dah.. kembang bawah. Cover bontot. Alhamdulillah.

Baju x jadi masalah. Yang jadi masalah nya bila badan yang bersaiz L tapi pakai saiz S. Ok je sebab kembang bawah so tang bontot masih terpelihara.

Yang jadi masalah tang atas. Pakai bra lace2. Tang atas biasa dia bercutting cikit kan. Ha..sendat disitu. Maka ternampak lah corak lace bra berlekuk2. Hmm....

Belom lengan kfc lg. Ok. Abaikan tang lengan kfc, kita nak cerita bonjol2 Kat Depan tu. Kata kan la tang lain sume ok, lengan kfc xde, bontot cover, Tp Kat situ.

Bukan x Boleh pon, mesti yang annoying plak Sat g org nye baju pon nak kecoh kan. Tapi at least tudung tu, labuh kan sikit tutup bonjol tu. Tutup lace bra tu. X payah nak rebel kne pakai tudung sampai pusat, x suruh pon. Sekurang nya setakat tutup tang tu. Aku yang pempuan ni pon sakit mata tengok.

Haihh...

Bukan salah baju, salah si pemakai Lupa saiz sendiri.

Selasa, 10 Februari 2015

Perkembangan aathif so far

Salam sejahtera,

Nak letak tajuk perkembangan aathif 5 bulan Tp x abs lagi 5 bulan. So nak cerita perkembangan aathif so far lah.

Pasal akikah aathif 24/01/2015 hari tu pon x tercerita lagi. Nanti2 lah share.

Masa akikah hari tu ramai la dok Tanya aathif pandai apa dah. Erm.. Erm... Hahaha, susah kot nak jawab. Apa je budak 5 bulan pandai.

Pandai main air liur. pandai sengeh bila orang marah dia. Pandai tendang orang. Pandai nangis jerit2, Hoihh..stress mak, Sblom ni nangis sayu2 je.. lepas tengok sepupu dia menangis jerit2, dia pon nangis jerit2 jgk.

Mark down the calendar. Dia berjaya meniarap on 27 January 2015. Dah 2 3 hari sebelom dia dok meniarap. Tp sebab atas Katil, so dok pikir sebab tilam goyang2 la kot. Maka nya kita officially on 5 bulan 1 minggu 3 hari je lah. Tp masa Kat kampung, puas suruh Xnak meniarap..Sentap Tok mek Awk tau.

Start makan on 01/02/2015, 15 hari nak 6 bulan. Ea bg awal, Tp xde la tros sumbat byk2. Sikit je Memula..tgk yak2 dia, ok semua Dan terus proceed. Masa tu dok berkira dah Kalo dia x berak sampai 2 hari, Memang nk stop..next week try blk. Tp since ok je kan..so proceed je.

Pasai solid food dia nt cite entry lain. klo tercerita la..hahaha, selalu mcm tu. Ckp nak cerita last2 xde pon. Heh heh heh..

Oh, Tp ngape Kat ig aku Tulis lagi 7 hari nak 6 bulan kan??? Tu counting Dr gmb tu di post Bkn Dr start dia mkn..hew hew hew. Aku mark 6 bulan ikot 180 hari. Bukan by date. Mana2 pon ok..

Semalam, aku suruh bapak nya tido lantai.. haha haha, sian bapak nye. Xde lah, bapak nye Yg willingly tido lantai sbb nak tgk anak dia asyik dok Bangun malam sebab terganggu dgn kebuasan dia tido Dan kekuatan bunyi dengkur dia ke sebab Memang malam suka ngempeng dgn kerap nya...hahaha.

Conclusions nya,

Dgn aku2 skali kne tido lantai kot. Tido malam mmg aku letak dia Kat tengah. Risau kot letak tepi kang dia berpusing 90' terus kepala kebawah. Kol 3 dia bgn nyusu... Ok. Kol 3.30 dia hok hek hok hek. Angkat dia letak Kat dada, tepuk2 bg sendawa..peluk dia. Lena balik. Kol 4 hek hek hek blk.  Angkat kepala letak atas lengan, Lena balik. Agak dah lama, letak atas bantal balik. Berdenyut tgn mak nak nk pangku kepala Awk smpai pg.

Dr kol 4 lebih mbawak ke pukul 5 tu, tiga kali aku tarik dia. Elok Kat tengah tetiba check dia tgk tangan dah terjuntai tepi Katil...huiii, kus semangat. Elok je tido meniarap. Last dia meniarap aku bia je sbb dia meniarap side aku. Aku tido Kat kaki Katil smbil jaga2 kang kemana plak dia nk pusing.

Yes..hr2 kol 3 aku dah fully awake, walo susu kn dia smbil baring Tp xleh tido dah. No klo bapak nya jenis x tido mati bley je aku tinggal kan bdk kecik tu p buat apa patut..Tp sbb xleh tinggal..tbuntang je la dlm gelap layan 2 beranak tu lawan dengkur.. kol 5.30 elok jam bunyi aku dah layu blk, kejut bapak nya Bangun aku sambung tido Sat sbb time ni dak kecik tu Lena tahap org dokong pon x terkacau.


Yes.. tido Kat kaki Katil Itu biasa bagi aku.. hahaha...sian aku. Tp as long bdk tu Lena Dan aku bley lelap kan mata, mana2 pon ok.

Tp, aku angkat je bontot nk p mandi terus dengar suara halus Kat belakang dah hek hek hek. Kental kan hati p mandi, semayang semua. Pegi Kat dia tgk tgh Syok kunyah bucu bantal peluk sendiri. Bapak nya?? Huh...Dia Yg tido. Sbb tu aku x berapa nk harap klo ank ngn dia, aku x tido xpe..

Tp kot lain, mmg Boleh di harap. Kain baju kitorang dia tlg setelkan. Kadang dia masak..eh, bagus jgk la Laki ai ni, hahaha. Bab jg anak je aku x berapa yakin, eh...
Tp klo aku sakit..Boleh pulak dia jg ank... Hurm, musykil.

Dah..lari jauh Dr motip asal entry ni.

So, sebenar nya memalam dia dok menyondol aku tu Bkn dia nk menyusu pon sbb dah kenyang...Dia nk meniarap rupa nya...

Sabar ea aathif sikit lg nk pindah umh kita. Dah pindah nt bley la nk ligan mcm mana pon. Kita tido style lambak je sbb Ummi Abah x mampu nk beli Katil lg.. muagahaha

Khamis, 29 Januari 2015

kena "usik"

salam sejahtera...

adalah normal untuk baby nampak entiti yang x nampak dek kita. tapi tak normal
kalo dah menangis pagi petang siang malam sampai kejang2. tidak...no.... tak mungkin.

penah jadi tak? adlam pantang ke, or time keluar ke, x semena2 anak uols menangis, bukan
menangis nak susu, bukan...tangis dia lain.

kalo dalam pantang nak tau kalo nangis sampai hilang suara, bagi susu tak nak, badan terkejang2.
aathif dulu alhamdulillah xde la teruk sangat, tapi ada la nampak2 tu..baby biasa la, just nampak je la
bukan kena kacau pon.. nangis cket sambil pegang ummi dia sekuat2 hati.

sekarang nie, dah xde episod nampak2..kalo dia tetiba pandang tingkap pastu gelak mengekek2 tu ada la
tapi xperlu takut..anggap je jin baik tegur anak kita sebab comel, x perlu gelabah nak p carik tangkal ke apa.
syirik oii pakai tangkal.

sebab tu dalam pantang, 24 jam tanpa stop pasang kan ayat quran. beli la radio murah kat maydin tu
kalo takut rosak sebab x off kan.

cuma semalam.

ummi abah terpaksa singgah umah kitorang sebab kontraktor suruh tengok roof truss umah ada sikit problem.
orang baru lepas azan maghrib kot sampai sana. masa dalam keta tu ummi abah dah baca2 dah sapu dari
kepala bawak ke kaki, nak masuk umah pon dah bagi salam bagai. ye lah..umah dah berbulan tinggal kot
la ada yang tumpang tido ke apa ke kan. 

balik umah, terus mandi semayang maghrib sume. lepas tu baru tuju ke aathif. ok, dia xde nangis ke ketawa
sambil pandang ruang kosong ke, everything is normal lah senang cite. dah susu kan dia, dah nak tido..
dia xnak ummi tidokan dia, ok fine..abah amik sat ja dah lena..hoihh..batu belah batu bertangkup... nangis 
bucu batu, tanak la masuk dalam tu...xde akai pa???. 

ok sambung. agak dah lena lama abah letak la atas tilam, ok. 5 minit kemudian dia nangis2 mengeliat
badan. ummi amik, tiba masa untuk ummi pulak joget2 kiri kanan nak tido kan dia balik. suara menangis
marah tapi mata pejam. tangan melayang kiri kanan kiri kanan. ummi kepit tangan dia, badan pulak
meliuk liuk macam xnak ummi dukung. mulut dah tak menjerit marah dah just ek ek je tapi badan tersentak2,
macam nak terkejang2 tu. bila dia dah lena ummi cuba letak dia balik, terus nangis sentak2 balik sambil
genggam erat baju ummi. tiga kali dok ulang menda sama...

haih la....

ni ada la ni yang mengusik nie. bukan mengacau sebab aathif belom tahap meracau, just usik2 manja 
je. last, sambil dukung dia ummi baca al-fatihah, ayat kursi dengan surah al-ikhlas 3 kali. hembus tiga
kali dari ubun2 ke kaki. bila ummi hembus sampai ke kaki tu aathif tersentak, macam kita tarik seluar
ketat secara kuat, macam rentap gitu..ha betul, rentap. 3 kali hembus tiga kali kaki dia macam
di rentap. 

tapi alhamdulillah, lepas tu dia tido lena..eh, xde la sampai pagi sebab memang rutin aathif,
kol 12+, kol 3+ dan kol 5+ akan bangun menyusu,hew...

sejak dari dalam pantang itu la ummi amalkan, alhamdulillah..bila kita berharap pada Allah,
Allah akan bantu kita...yakin ok. bukan dengan tangkal2 semua tu. takut? memang ummi takut..
takut apa jadi kat aathif, tapi kita perlu yakin kan diri mengatasi perasaan takut tu...
insyaAllah.

kadang2, aathif ok pon sebelum tido malam ummi akan baca 3 ayat tuh dan hembus kat ubun2 aathif as
doa tido dia. ye lah..baby tengah nak membesar ni, mimpi tu macam a way dia belajar mcm tu la.. medium
dia. so tak nak la asyik mimpi buruk..biar mimpi indah2 je...

Rabu, 28 Januari 2015

Aathif & solid food @ 5 month 3 weeks

Salam sejahtera,

Ok, 5 minit dok pegang tepon xtau nak cakap apa..hewhewhew.

Gini lah, skang ni umo aathif 5 bulan 18 hari bersamaan 5 bulan 2 minggu 4 hari.
Lagi 19 hari nak 6 bln ikot tarikh lahir. Lagi 15 hari ikot jumlah hari which is 180 hari.

Kat sini ingin aku tegaskan, wahh.. tegaskan gitu. Aku tau, kalo bab2 makan anak ni sesetengah orang particular Cket. KENA 6 bulan. Aku Memula ritu gitu la jgk, KENA 6 bulan. Tapi lepas paed aathif ckp dah lepas 17 minggu, dah boleh dah nak bagi aathif makan Cket2, puree2 tuh. Aku pelik, apakah paed aathif ni xtau usus baby blom cukup matang untuk makan kalo x cukup 6 bln??? Tidak kah dia tau??? Kata ku di dalam hati setelah study melalui article yang di share kan di fesbuk. Lol.

Kesah nya, dah lepas 17 weeks, usus baby dah matang(ke separa matang??). So baby dah boleh makan semi solid food, sebab tu kalo tengok resepi mat salleh Dorg start 4 mo. Kalo aathif minum susu formula, so boleh la kalo nak perkenalkan solid food awl x tnggu 6 bln pon. Sebab nye formula dalam susu formula tu kita xtau cukup tak bg badan baby. Tp mandangkan aathif fully breastfeed, maka nya boleh tnggu sampai dia 6 bulan sebab nutrient dlm susu ibu dah perfectly perfect utk baby.

Tp jgn terlalu lambat perkenalkan solid food kat baby sebab di khuatiri usus baby x cukup di train untuk terima makanan pejal bila dah besaq nanti dan jugak, risau baby jadi picky eater.

Ok, nie apa yang paed aathif cakap. So mana2 pon as long as lebih 17 bln so ok. Boleh bagi.. alah, idok nye ekau toruih bagi nasi lauk kari mamak khen. Sila bagi puree sesuai dengan usia anak2 lah. Kalo rasa baby lemah gemalai lagi, bagi la puree satu jenis buah di buat cair2 sikit. Dan di permulaan, sekali sehari je.. wokeh???

Nape dok beria nak bagi aathif makan awal padahal berapa hari je lagi nak genap 6 bulan??

Well, i is x kesah. Eh..bukan x kesah x bagi lagi pon xde hal(mentang susu dok ada lagi..hoih bukan lah). Memang la aku excited gila tapi bley je bersabar lagi sikit. Tapi anak first dan this is the first time dia makan, so bia la aku yang nguruskan.

Dari masak, suap, cek taik dia, cek celah2 kot keluar rashes, tengok pola makan kot2 dia x ready lagi, tengok exact amaun yang dia mauh makan. Lepas makan nak minum air Bape sudu. Lepas makan nak kena minum susu lagi ke tak, bio aku yang buat semua.

Kata for day rules kan???

So mandangkan cuti wilayah bersambung dengan thaipusam, elok sangat empat hari. Maka di kesempatan itu..mari la kita menterai bagi aathif makan. Alaaa...bukan paksa sumbat macam video nanny indon tuh. Kita test tengok kalo x ready, kita start next week, x ready lg start lg next week..gitu la ea.

Gitu gini pon, nie bukan nak bagi dia makan sampai kenyang burrrppp... Pon. Just nak perkenalkan rasa, train usus dia gitu la.

Dah tau sume senang Cket nak tinggal kat nenek dia. Aku buat puree siap2 letak dalam small pot, nanti nenek dia nak bagi makan, panas kan dalam warmer, campo susu sikit gaul2 bagi makan. Ha...gitu.

Tp macam x puas hati je x dapat bagi sendiri, nak2 lagi bila nk try buah/sayo baru..ala...ala...nak bagi sendiri.... Seben kate bagi masa bekfes,sebelom g keje bg dia makan dlu..herm...Tp nak bagi dia makan time lunch je..acane tu???

Oh..sabtu ni blk jeli, so may be bagi dia puree avocado dlu sebab sonang nk travel kan. Balik sini isnin, selasa tu boleh la prepare kan puree dia..hew2; semangat tak???.

Gadget apa yang di beli??? Share esuk boleh..ngantuk dah...Lgpon ase macam panjang je... (Sebab Taip pakai enfon).

Khamis, 22 Januari 2015

Blogger sombong

Salam sejahtera...

Sape la blogger sombong yang di maksudkan tu kan.

Maap le. Kita Bukan nak mengata orang. Tak Baik tau cakap orang sombong macam kan sendiri tu bagus sangat kan.

Tak tak, jangan salah paham ea.

Kita maksudkan diri kita sendiri.

Sebab nye, kita ni Punya masalah untuk membalas komen kwn2 Kat blog. Juga mengkomen blog kwn2.

Bukan kita tak komen bermaksud kita x Baca komen Kamu2. Bukan kita tak komen bermaksud kita tak Baca blog Kamu2.

Kita Baca...tapi masalah Cket yang komen mengomen ni. Kadang kita tengok ada orang komen kt blog kita,kita nak balas Tp tunggu bukak kt pc sebab pkai tepon ni bercinta Cket nk balas komen. Bukan tak Boleh,Boleh tapi renyah.

Konon pakai pc la senang,last2 Lupa. Nak komen kt blog kawan2 pon mcm gitu la jgk.

Rasa dah penah Tulis Pasal ni kot dulu.
Kita diam Bukan bermaksud kita sombong ea.

Sorry sangat.

Khamis, 15 Januari 2015

Our lil crib : kitchen cabinet... Bukan idaman kalbu

salam sejahtera,
alhamdulillah walaupon progress nak repair rumah tu lambat tapi syukur la,
dengan kekangan masa dengan kebizian yang teramat sangat. al siput sedut pon at least
bergerak la jugak kan.
kitchen kabinet setel.
eh, bukan dah setel siap install semua, setel booking. amik ngn unity kitchen. tak
survey company lain pon sebab kesian kat dak cilik tu nak turun naik kedai. pegi satu
kedai je terus booking.
ikotkan, kitorang memang xde floor plan. rumah lama kan. tapi dah p ukur ngn husband
dan draft kan floor plan pakai autocad. aku jugak ada bawak sketch kc yang macam mana
aku nak.


gini. ala2 english design sikit.
tapi eugene dari unity tu tak advice tok buat macam tu. dia kata tall unit better letak dua2
kat hujung. ok la...so jadi design standard. aku senaq nye malas nak banyak cekadak
sebab kalo angin cerewet aku datang, memang x kan setel kc tu. so pape je..janji aku
ada kc.
put pat put pat, hari ahad hari tu eugene datang rumah buat measurement. tapi tall
unit terpaksa buang, dua dua...huaaaaa. sedih, tall unit tu la yg penting bagi aku dah
berangan dah nak organize pantry kecik aku tu. satu lagi tu nak letak kitchen appliance
macam blender, mixer semua2 tuh. tapi....
sebab nye? sebab nye kalo nak buat tall unit, total panjang 13 kaki. dah termasuk area
family dining. dan area tu ada cornice tepi tu. kalo buat 13 kaki nanti tall unit tu ada betul2 bawah tall
unit n downlight, tak cantik.
so redha je mintak eugene buat kan had 9 kaki je,lepas tu nangis dalam hati. so dedua tall
unit tak de. design kc pon simple mimple je. base unit L-design. top unit ada sebelah je,
kat area sink xde top unit sebab berangan nak suruh husband install open shelve. 
kaler pintu kalo ikotkan nak wane putih, melamine je. tapi bila tunjuk kat akak, dia kata
nampak buruk, huaaa.... pikir2, diskas ngn suami. kalo amik wane putih nanti kena
super duper cermat, xleh nak merecik2. uih...x feel la menumis x merecik. last2 amik
wane solid wood gelap. redha lagi. hahaha....
bukan seperti yang di idam kan. tapi xpe lah..kalo bajet besar memang satu dapur tu aku
reno, nie just repair sesikit je.. tu pon berpuluh ribu habis, haihhh...sayang duit.
tapi demi keselesaan keluarga, nekad dengan husband..tabung holiday pon korek2 jugak.
tak pe lah buat sementara waktu kita p holiday dekat2 je..
pape pon syukur tetap mampu, alhamdulillah.