9 adab menaiki kenderaan awam (LRT\MRT)

Rasa nya rata-rata yang naik LRT/MRT mesti mempunyai pengalaman yang best. kita elok dah beratur, tetiba ada orang potong queue.

Orang semua elok tengah jalan nak masuk train tetiba ada suara kuat kat belakang " MASUK DALAM LA", tengah masuk la ni...ce bawak mengucap kejab.

Hari-hari ada je drama dengan kenderaan awam ni. sama la macam pagi tadi. pagi-pagi nak pegi carik keje dah marah2, macam xbest la kan. pagi tadi ada la post kat facebook pasal benda ni




Aku xnak ulas la pasal apa jadi pagi tadi, aku pon x pasti kenapa pakcik tu nak marah-marah. mungkin ada sebab yang rational, mana la aku tau. Tapi, Tetiba terasa nak buat post pasal adab menaiki kenderaan awam atau public transport. memandangkan aku hari-hari just naik MRT dan LRT,so aku fokus 2 benda ni jela. tapi aku rasa comman sense la kot, untuk bas pon boleh je guna.


Buat masa sekarang ni, aku terpikirkan 9 nie je. kalau ada lagi adab-adab lain yang boleh membantu kita-kita pengguna kenderaan awam ni pergi kerja dengan tenang, boleh la tambah ea.

1. Jangan berebut ketika memasuki pintu/palang station


Not so sure nama dia pintu ke palang ke. tapi normal kita umat manusia nak cepat. pergi or balik, tapi tolong lah, jangan la berebut2 sape nak tag masuk dulu. benda nie buat lagi lambat sebenarnya. nak-nak lagi kalau kat station LRT,dalam banyak-banyak pintu tu berapa je yang bukak. lepas tu bila sorang berebut potong Q, dah jadi stuck.

Selain jangan berebut. jangan dah sampai depan nie baru nak cari mana touch n go, mana apa semua. berdiri dulu kat tepi,cari sampai jumpa dulu baru la lalu. jangan selfish ok. kita senang kan orang, InshaAllah Allah mudahkan kerja-kerja kita hari tu.

2. beratur dan dahulukan orang yang lebih memerlukan ketika menaiki lif



model buat-buatan je ni. masih dalam kategori comman sense, nak naik lif sila la beratur. jangan la buat perangai busuk pegi lambak je kat depan pintu lif. menyusahkan orang nak keluar satu hal. potong Q orang satu hal.beratur je kiri kanan cantik-cantik. tapi dalam tengah beratur tu, tetiba nampak orang naik wheel chair tu. dulu kan mereka okey. satu lagi perasan, makcik-pakcik yang rasa diri dia entitle ni. orang tengah beratur panjang-panjang dia terus zappp masuk depan. lif ni xlama, dan dia bukan tak datang balik pon. kalau yang memang nampak uzur tu xde hal. ini sihat cergas je nampak, bawak muka sombong pulak tu. 

kalau betul memerlukan rasa nya xde sapa pon nak bising, senyum cakap terima kasih. biar beradab la, memang kita tua. tapi orang tua pon kena ada adab juga

3. Berdiri di sebelah kiri ketika menggunakan eskalator



Normal, semua orang tau kecuali orang yang baru first time naik MRT/LRT atau pon yang naik time bukan peak hour. kemain tau ada yang pegi jepun lepas tu post kat twitter konon kagum la rakyat jepun naik eskalator berdiri belah kiri so sape yang nak cepat boleh berjalan kat belah kanan.

kita dah lama ada benda ni kot. siap dah ada sign board kat atas eskalator tu lagi. tapi ye lah, kadang memang ada segelintir yang jenis x peduli. tapi jarang di waktu puncak ia itu waktu pergi dan balik kerja. sebab semua pon dah hari-hari hadap menda tu,so dah paham dah.

4. Beratur dan jangan memotong barisan ketika menunggu train



ini pon dah lama rakyat malaysia amalkan. jangan nak kagum dengan negara orang sangat padahal kat negara sendiri tak pernah naik public transport. but again, ada je yang jenis tak peduli. yang tau je, nampak je orang dok beratur panjang-panjang tapi dia dengan penuh selamber je bila train sampai terus potong Q, kadang tu tak dan orang nak keluar dulu. tak pe, dia je nak pegi keje orang lain yang dok beratur panjang-panjang ni nak g main bola tampar.

5. Pastikan penumpang turun dahulu sebelum menaiki (train atau lif)



Sama macam aku cakap sebelum ni. kita semua nak pergi kerja, so sila tunggu semua penumpang dari dalam train ke orang orang yang nak keluar lif ke, keluar dulu ok?. ni x menyempat2, kita nak keluar berebut-rebut dengan orang nak masuk. tolong lah, train tengah sesak kalau orang yang nak keluar tak dapat nak keluar macam mana korang nak masuk, kan?. comman sense. bila orang semua dah keluar. korang nak masuk pon senang.

6. Jangan berdiri di depan pintu



Ye paham, aku pon nak LRT satu station je. dari pasar seni ke masjid jamek. tapi kita masuk la ke dalam bagi orang lain boleh masuk jugak, at least masuk sikit pagi ada ruang orang lain nak masuk. ni terus tercegat jadi tugu muka keras betul-betul depan pintu. macam mana orang lain nak masuk kan?

7. Berikan tempat duduk kepada yang lebih memerlukan



Semua dah tau dah sape mereka-mereka yang memerlukan tu kan?. wanita mengandung,orang kurang upaya, orang tua, kanak-kanak kecik tu sila la bagi duduk walopon tenaga dorang kalah bateri energizer..hahaha. aku kalau naik MRT terus jatuh kategori orang yang memerlukan. jatuh kategori orang tua pon boleh, masuk kategori orang kurang upaya boleh, x upaya den nak berdiri dekat sejam dalam train tu. tapi kalau ada perempuan mengandung atau orang yang tua,aku bagi gais.
kalau ada lelaki yang duduk depan/berdekatan orang yang berdiri tu,aku biar je lah. dah lama sangat baru bagi..huhuhu.

kepada orang-orang yang memerlukan pon, kalau boleh. mintak la..jangan la tunggu orang pelawa. cakap je baik-baik,xde sape marah pon. ni tidak, lagi nak jeling-jeling kita bila ada seat kosong lepas tu kita duduk. ni ha, lelaki kat sebelah ni. mintak la nak duduk. bila nampak kerusi kosong je nak rebut,mintak xnak.

8. tunggu train berhenti sebelum bersedia untuk turun



Nampak tak point aku ni. aku highlight lagi sekali "SEBELUM BERSEDIA UNTUK TURUN". jangan la buat perangai train baru menghampiri tu dah beria bangun, dah beria rempuh-rempuh nak berdiri depan pintu. Allahu...orang kat depan ni nak turun jugak. sabar... benda ni paling buat rasa nak nangis nak meraung kat situ jugak bila train tengah sesak.

awak dah la dapat duduk. kita ni berbelas station kena berdiri ni, train baru menghampiri dia dah beria bangun-bangun nak pegi depan pintu nak make sure nak cop tempat depan lif. dia announce kata menghampiri tu lagi berapa minit nak sampai, bukan terus sampai. dah kita ni la nak kena berimpit dengan orang nak bagi dia ruang berdiri nak pegi depan pintu tu..istigfar kejab.

9. berdiri dalam jarak yang sepatutnya



Time train tengah sesak-sesak pon. kita sesak kat malaysia, bukan kat india lagi. masih boleh lagi mengekal kan jarak yang decent sikit. xpayah dok bergesel-gesel sangat. Lepas tu ketiak jangan tinggi sangat..hahaha. aku pernah berdiri betul-betul bawah ketiak orang, sabar je la. malas nak ulas isu ni boleh tak. rapat bag ke bag tak pe.

memandangkan sekarang ni, dah pukul 12.33 so aku akhiri post aku nie setakat ni je. ada 2 lagi extra point tapi benda nak cakap nya, kalau ada anything yang mencurigakan sila la buat laporan tak kisah la nak buat laporan polis ke, nak report ke orang yang jaga kat kaunter tu ke. macam dua tiga hari lepas,ada orang share pasal sorang pakcik ni mengambil kesempatan kat atas perempuan. aku tak tau banyak sangat kisah ni, tapi ke jadian kat utara dan apa pakcik ni buat wallahualam. raba-raba aku rasa. apa-apa pon, kalau korang ada encounter benda-benda macam ni, buat report lah. bahaya tau.

and one last thing, semua pon pasal common sense. ada je orang yang memang jenis xde common sense tapi mostly dia aware je,cuma jenis xpeduli. selfish la orang malaysia kata. macam aku kata kat atas. jangan menyusahkan orang, inshaAllah Allah mudahkan hidup kita hari tu.

jangan lupa follow aku :

instagram : ummi_aathif_aysar
facebook : nor azian hussin
twitter : ummi awa

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

tabungan