si comel n si ensem

Khamis, 13 Februari 2014

Provokasi terhadap takdir orang lain

salam sejahtera...

perasan x, ramai yang suka provoke takdir orang lain.

bila di aju kan kenapa begitu. bergurau kata nya.

hari hari di provoke, hari2 di mantera,

"hujung taon nie naik pangkat la kawan kita tu"

"xlama lagi xleh join kita dah la, dah naik pangkat"

"lepas nie kita kena panggil dia bos la, dah naik pangkat kan"

hari hari di mantera.

walau pon sendaan semata,

hari hari di ulang

lama lama akan terkesan di hati orang yang di mantera tu.

menanti, menunggu, mengharap,

hujung tahun mesti naik pangkat.

bila hujung tahun takde pape pape..

terguris hati orang yang di mantera tu.

persoalan muncul di minda,

kenapa tidak pangkat nya naik, apa belum cukup apa yang dia laksanakan, dia sudah terlalu berusia,sudah perlu di naikkan pangkat dengan kadar segera, dia sudah terlalu banyak berjasa,berusaha,selayaknya dia yang di naikkan pangkat.

buat si pembaca mentera,

andai betul ikhlas di hati, diam diam doa kan dia cepat di naik kan pangkat. diam diam dalam hati penuh ikhlas pada Allah. bukan di khalayak semua tahu.

sejujurnya, diam diam dalam hati paling ikhlas aku doa dia di naikkan pangkat. tak perlu tunggu lama2, sakit nya aku dah rasa. cukup la sakit itu x perlu dia rasa juga.

di sebabkan si pembaca mentera, hari2 di persenda,hari2 di jenaka kan..kelak hujung taon dia akan di naikkan pangkat. sakit dia lagi terasa, bila hujung tahun tiba..pangkat nya sama, diam diam dia akan menangis, seperti aku dulu..

sama juga dengan soal jodoh.

"engkau sudah melewati usia remaja, kahwin lah." "kenapa di tunggu lagi,jodoh boleh di cari, kawen itu sunnah"

kamon, itu takdir orang tu..jangan di provoke. jangan. sebab apa ada pada kita bukan kita yang tentukan, kun fayakun...semua sudah tertulis. kita hanya boleh berusaha.

sama juga dengan soal anak.

sehari sebelom kawen, aku penah di provoke.

"usia engkau dah sesuai untuk terus mengandung, x perlu tempoh honeymoon" "ni tengok gaya nie, lekat terus ni"

itu provoke. x kesah la awak makcik makcik tua yang bergurau senda memeriahkan suasana dapur.

itu sehari, kesan nya tetap terasa. tetap terkesan bila mana bulan tu aku x mengandung.

bayangkan kalo hari hari di mantera. bayang kan kesan nya.

kita mungkin nampak dia biasa. kita mungkin nampak dia cool. aku mungkin nampak cool. tapi dalam hati, tetap timbul persoalan..kenapa?? mcm mana nak hadapi makcik makcik tua yang bergurau senda memeriahkan dapur masa aku nikah dulu..kecewa.

dah. tutup soal provokasi. bukak soal mengandung plak.

kawan,

bila aku mengandung, bulan ke empat perkahwinan. aku syukur. aku syukur sebab aku x mengandung terus lepas nikah (masa nikah aku period).

sebab aku ada 4 bulan berkasih sayang dengan suami,itu pon aku rasa x cukup. bila mengandung, aku lembik, lembik x boleh buat apa apa..suami yang uruskan segala dan aku rasa loser. loser sebab aku x boleh berkhidmat untuk suami, suami pula terpaksa menjaga aku..

tuhan maha tahu kawan. bayang kan kalo aku mengandung terus lepas nikah, mesti aku lagi rasa loser. pada aku, at least 3 bulan, 3 bulan untuk bercinta dengan suami sebelum awak mengandung. bercinta puas puas, berkhidmat untuk suami, sediakan makan pakai dia sebelum dia amek alih semua bila kita lembik2 nanti.

memang 3 bulan je. sekarang aku dah ok cket..kembali menguruskan suami sikit2. ada benda masih belom boleh, tapi ok la. so kawan, biar apa orang kata...layan suami awak dulu, andai rezeki awak awal, terima, andai rezeki awak macam saya, syukur lah.