si comel n si ensem

Jumaat, 1 April 2016

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bosan pulak dok redah jem ni, so kita up resepi satu kali. Ok bukan satu sbb tomyam byk cara membuat nye..

My mum pure thailand, datang malaysia sebab..panjang aih nak cite pon..skip situ. My mum ni jgk tukang masak, ms kt thailand dia memang p kursus masak pon, so bkn lah tukang masak sekadar boleh masak je kn.. setengah tu claim org thai, masak ala thai konon tp hampeh x sedap..geram aih..

Ops ops..pd org lain mungkin sedap. Dah tekak aku, musti lah dah biasa dengan air tangan masakan mak aku kn...hohoho.

Ok jom tengok resepi tomyam. Ada 2 cara masak tomyam, cara rebus dan cara tumis. Mak aku aja cara rebus je.. dia kata tu cara org thai masak tomyam sebenar,
wallahualam xtau la aku..tp pesen mak aku dia masak ringkas tp sedap.. yang penting, dlm tomyam jgn letak bwg merah...

Resepi tomyam rebus - paling simple paling senang.

Bahan-bahan :
1.Ayam/daging/seafood
2. Serai
3. Halia
4. Daun limau purut
5. Tomato
6. Cili padi
7. Cili paste for colouring purpose
8. Limau nipis
9. Sayur sayur
10. Bawang putih
11. Bawang beso.

Cara masak :

1. Bersihkan ayam/daging/seafood

2. Mayang bawang beso.

3. Smash cili padi, bwg putih pakai pisau beso tu.. tumbuk pkai lesung pon boleh. Tumbuk sekali setengah biji tomato, bg rasa masam manis tomato n pekatkan kuah..tu yg buat sedap tu..

3. Dah siap tumbuk, campak je semua bahan dalam periuk yang berisi air. Boh jgk serai yang di ketuk, halia ketuk jgk, boh cili paste aka cili giling cket aka cili boh.. bia mengelegak sat. Klu pkai daging bleh boh awl..daging tu rebus dlu, nk pkai air rebus daging buat kuah pon boleh.

4. Time bila nk boh sayo tu pandai2 sendiri la ea.. klo pkai keret potong pon beso gabak bleh la boh awl, ayam ngn seafood pon sama. Ni kaedah campak2 je..

5. Campak terus, daun limau purut yang di siat pakai tangan. Nak boh sos ikan pon bleh, dah bleh perasakan. Boh jus limau purut. Bleh la rasa mana kurang.

Tomyam penting dia, pedas dan masam..ikot selera la. Tp klo pakai paste sampai berserdak kuah..tu cheating nama nya.

Lupa nak ckp :
1. Kalo pakai tomyam paste, tlg la jgn boh paste semata.. walo itu cara masak kt belakang plastik. Tp kalo nak pakai tomyam paste jgk, cili paste aka cili giling tu ganti dengan tomyam paste. Tp xnk la just tomyam paste semata bancuh air mengelegak boh ayam tu..tanak3.. jgn mls okeh...

2. Halia nak boh pon boleh, xnak pon boleh. Sama jgk dengan lengkuas. Klo buat tomyam boh isi ikan, bleh boh lengkuas..tanak bg rasa hanyir ikan tu kn..tp x boh pon xpe..

Ok. Tomyam tumis pulak. Ni mak aku tak ajar.. pandai2 blaja sendiri sebab husband suka makan tomyam tumis.

X berseri tomyam pon..ni bento anak beranak bila ntah. Amik gmb lampu pon x bukak...
Resepi tomyam tumis - kalo tumis rasa dia lagi 'deep'

Bahan-bahan

1.Sama je mcm tomyam rebus.

Cara masak :

1. Mayang bwg beso, bwg putih, cili. Bwg putih n cili nak smash cket bg hanco pon boleh.

2. Tumis bahan2 yang kt no satu tu sekali dengan serai ketuk, daun limau purut yang d carik2 n halia yg di ketuk.. tumis sampai naik bau..

3. Boh tomato setengah bijik yang d lenyek. Ikot suka nak lenyek pkai tangan ke, nak pukul pakai lesung ke.. janji dia hanco berkecai mcm paste tomato tp kaso2 cket.

4. Xyah lama terus boh paste.. kali ni kita guna tomyam paste ea.. tumis sekejab bg naik bau n paste tu masak cket.

5. Katakan hrni kte buat tomyam ayam. So, boh ayam.. gaul2 dalam bahan tumis bagi ayam tu setengah masak n serap bahan tumis tu..

6. Nak smpai pecah minyak boleh, xnak pon boleh sebab paste ty dah sesiap pecah minyak dah.. klo pakai cili giling, bg la can dia pecah minyak sekejab..kata nk tomyam tumis merah pekat berminyak mcm kat kedai tu..

7. Ok bleh boh air agak2 tenggelam ayam, jangan banyak sgt kecuali nak kuah banyak nak buat steambot..hihihi

8. Agak2 kuah mengelegak cket, boh la sos ikan klo nak, jus limau nipis, rasa, nk tmbh gula ke garam.. penambah perisa, secukup rasa, ajinomoto xyah la..x gud for health pon..

9. Sayur2 pon sama jgk. Agak2.. klo sayo keras letak awal..klo sayo cepat lembut bleh la boh hujung2..

Ha...sonang je kn. Yes..aku masak mmg senang. Xpyh susah2, janji sedap tekak sendiri makan. Now, tomyam for kids pulak.

Resepi tomyam untuk kanak kanak

Alahai..x tulis pon xpe.. step dia sama je.. cuma, xde cili padi dengan cili paste/tomyam paste. Budak kan xleh mkn pedas. Klo dah bleh mkn pedas tu bleh la boh paste tu sikit. To taste org kata....

Hah..ok siap resepi tomyam simple. Mcm bagus je ayat poyo bagai.. hahahaha....lain org lain cr masak. Iyedok? Tp xnak cheating msk terus dari paket. Malas macam mana pon, bawang kne kupas..ok??? Aku xde la pndai masak pon, tp aku x suka skip benda penting. Oh, aku x suka jgk kalo terlampau renyah sampai benda2 x penting pon nk adakan..x pyh, x pyh..

Ok sekian resepi tomyam perasan bagus dari chef dapo yang amatur...