mom2bee : nak jadi ummi kena kuat.

salam sejahtera,

x tau la aku layak nak menulis nie ke tak, aku sendiri pon x kuat cam ne aku nak menulis pasal kekuatan nie. tapi..bila di renung, di timbang tara, aku manja tapi aku bukan lemah.

aku akan menangis. menangis dan menangis. tapi lepas tu aku ok. erm...tp sekarang nie x tau la nak ckp dah ok ke belum. dah ok...da x nangis, tapi terkadang masih terlintas kat pikiran, masih terpikirkan.

nak jadi ummi kena kuat. kuat yang bukan sekadar fizikal dan mental sahaja. segala nya kena kuat.

Allah hanya menguji hamba Nya yang kuat, yang mampu.

Allah juga menganugerahkan nikmat dan rezeki pada hamba Nya yang kuat, yang mampu.

makin besar nikmat yang Allah beri, makin besar dugaan Nya.

sebab tu, pelangi muncul selepas hujan.

dalam sibuk, dalam banyak keje..masih mampu muhasabah diri. bukan pikir kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku? tapi menyoroti rentetan kisah.

ini aturan Allah untuk memastikan aku bersedia menerima, menjaga, mendidik amanah Allah ini. ea...anak itu amanah Allah. Suami itu juga amanah Allah. bagaimana kita nak mencorak hidup kita agar kita penuhi amanah yang Allah bagi. apa sumbangan kita dalam rumahtangga, apa pengorbanan kita, apa yang kita pertaruhkan demi anak dan suami. perkahwinan bukan sekadar akad sahaja. bukan sekadar..oh, aku dah ada suami...suami tolong manjakan isteri, baru sweet.

nie kisah aku....

sebelom pregnant aku selalu pikir aku dah bersedia. aku boleh..aku mampu.

ea..semua nak anak, semua pon rasa dah bersedia. tapi betul2 bersedia kah kita? baru pregnant aku dah hadam apa maksud bersedia tu. nanti dah bersalin, agak2 terus jadi expert... hahahaha...

kalau dulu...hanya pikir diri sendiri. perut sendiri. baju sendiri. bila dah kawen lain kisah nya. bagaimana kita dengan suami..dah menjadi penilaian boleh atau x kita jadi ibu.

kalau dulu..tido lambat pon sebab banyak main, tgk movie, baca manga, main game. tapi lepas kahwin, tido lambat nak setelkan hal rumah semua. kemas apa patut, esok p keje senang..tinggal je.

dah pregnant nie, istilah cukup tido macam x pernah ada. normal. tapi nak berlembik2, adalah tidak layak. sebab ummi kena kuat. kalau sebelom nya dah lembik, mcm mana kita nak yakin kan Allah kita dah bersedia..betul2 bersedia, betul2 layak nak terima amanat Allah tu.

bersedia bukan sekadar cukup income, boleh bagi anak bini makan. bukan. bersedia tu semua nya.

pregnant dan punya anak benda besar. sepanjang mengandung, kisah aku turun naik. dari bleeding di awal kehamilan, berita meruntun jiwa di pertengahan kehamilan. Allah sedang menguji. kena kuat, kena tunjuk kuat, kena mintak untuk kuat demi dapat apa yang kita mintak.

sekarang nie, penat tahap boleh tido 2 hari berturut2 pon..gagahkan jugak. weekend berpagi-pagian, walau suami x kesah buat brekfast sendiri, walau suami x kesah tolong basuh kan baju, walau suami x kesah bilik bersepah. sebab suami tahu..5 hari bekerja, tenaga isteri dah kering teruk. malam2, isteri x penah lena. sekejab bangun kencing, sekejab bangun kencing, sekejab bangun layan anak dalam perut bergusti, sekejab bangun termenung tepi katil sebab belakang sakit xleh tido dah, sekejab kat tepi dinding sebab kaki mild cramp so x perlu kejut suami.

tapi kita bini..kena jugak. dan kita bakal ibu. lepas nie ntah2 xleh tido langsung sepanjang malam. xkan nak niat tido kat opis je setiap hari. selagi mampu..xnak amalkan. biar lah. so sekarang nie, tuhan je tahu perasaan dalam hati tapi kuat jugak kat meja sendiri.

tu kisah x cukup tido. belom kisah balik keje lewat. belom kisah jauh nye nak sampai rumah. belom kisah muak layan perangai orang. belom...

jangan salah anggap, aku bukan merungut dalam entry nie. bukan...cuma nak orang tau, andai rasa diri kita susah, berat, orang lain lagi susah, berat, penat. even aku, walau rsa banyak nya dugaan Allah. masih redha dan tabah..masih yakin orang lain lagi teruk. dan paling teruk, orang yang x teguh dengan dugaan kecil dari Allah. cket2 nak merungut.

hidup jangan terlalu banyak merungut. itu yang aku belajar. merungut, x semestinya dengan perkataan, dengan ucapan. orang yang selalu merungut adalah orang yang lemah, orang yang x redha..tapi terkadang orang salah anggap, kata kita merungut. itu biar kita dengan Allah je. yang penting usaha kita setakat mana. bukan sekadar tadah tangan berdoa semata. selagi ada jalan, usahakan.

ingin kan sesuatu jgn malu, jangan sombong.

nie kisah kawan aku.

lepas kawen dia dan suami berjauhan. dia di kelantan, suami di penang. tapi bulan kedua dua dah di kurnia Allah dengan zuriat. Alhamdulillah..sebab dia kuat. ye... kawan aku tu sangat kuat, sangat kental. jadik cikgu kat sekolah pedalaman, drive hari2 30 km. kalo aku hari2 kajang-kl dah rasa penat...sekurang2 nya jalan yang di lalui selesa...alhamdulillah. kawan aku?? hari2 sorg2, drive lalu jalan tanah merah, jalan lori balak lalu, jalan kiri kanan hutan xde petempatan sebelum sampai kawasan petempatan pedalaman tu. kawan aku kuat, xpenah merungut...eh, ada la tengok sekali dua tu kat fb..tp ye la..bila penat.. sekali sekala tu mmg akan terkeluar jgk. tp hidup tetap di teruskan..sebab tu Allah bagi dia nikmat setimpal dengan apa yang dia korban kan.

nie satu lagi kisah kawan aku.

hampir 3 tahun kahwin. Allah masih menguji... aku xpasti selemah mana dia, tapi setakat yang aku tahu...dia manja. mcm aku mungkin, manja tapi bukan bermakna lemah. tapi...dia belom lulus ujian. setakat yang termampu aku berkongsi apa yang tahu, demi Allah...kegembiraan memiliki anak aku nak semua orang rasa. aku suruh dia ke hospital, aku suruh dia jumpa bidan, aku carik kan alamat, aku suruh dia amik supplimen, apa yang aku tahu semua aku cerita. tapi..belom, sehingga sekarang.. masih belom rezeki nya. apa yang aku suruh buat, padanya berat. apa yang aku cadangkn x di usaha kan bersungguh2.. sambil lewa.

aku kecewa. demi Allah aku x tau sejauh mana usaha dia..tp pada apa yang di kongsi pada aku, kesungguhan nya tiada. nanti lah, tangguh lah, tunggu lah, jangan...jangan begitu. Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan kita, sekuat mana keinginan kita.

dan sekarang aku masih di uji. dengan ujian yang aku x tahu jalan mana untuk di pilih selain menyerah dan bergantung harap hanya pada Allah. Doa dan tawakal. sungguh aku x kuat, aku selalu nasihat orang untuk kuat, untuk yakin pada Allah. tapi saat itu..aku x kuat.. tulang temulang semua hancur,berkecai. tapi yakin aku tetap pada Allah. x pernah padam. pada yang meneka keadaan anak aku. pada yang terus menghukum. mengesahkan keadaan anak aku. aku amin kan je..orang xtahu kan. aku pon xde rasa nak bagitau..

cukup untuk aku mengadu dan berserah hanya pada Allah. cukup buat aku.

aku lemah.

tapi tengok orang lain, aku rasa aku kuat. cukup kuat. aku bangga. dan aku bersyukur. setiap rezeki..aku terhitung dalam rahmat-Nya..

hari nie aku demam, tapi masih ke sana ke sini siap kan keje.. biarlah badan sakit, biar lah kepala berpusing. batuk2 sampai kan anak dalam perut pon dah siku2 x selesa. x larat sangat aku mc je terus...aku sekarang nie senang je. nak kata...kata la, at least aku x susahkan orang asyik nak melepek je kat opis.. kejab kang nak tido, kejab kang nak baring.. nah...baring tido puas2 kat rumah.

p/s : ada yang bash. ada yang mengata. kata la apa pon...aku hanya senyum. Allah maha tahu.

p/s : entry nie bukan nak puji diri kuat..jauh sekali. aku masih lemah, masih di uji. masih menangis di tengah malam mohon Allah kasihani anak aku. walau risiko anak aku kecil je, tapi aku xnak benda buruk berlaku. selagi belom lahir..selagi tu kita xtahu.. tapi yang pasti hanya Allah yang tahu.. aku menulis sekadar berkongsi, andai kata kita rasa hidup kita berat.. ambil sejenak dari masa kita untuk merenung kedalam hidup orang lain. orang lain mampu kenapa tidak kita. kita nak nikmat sama dengan orang, tapi kita xnak berkorban seperti orang lain, kita nak semua selesa untuk kita. kena tahu..hidup penuh dengan pengorbanan, walau kecil..walau sekadar..laki nak makan sup kita nak makan tomyam, terpaksa ikot tekak laki.. itu berkorban nama nya...

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

tabungan