si comel n si ensem

Sabtu, 24 November 2012

Eh????? Ko xde majlis resepsi?????

salam sejahtera...
hari nie nak bercerita pasal nikah kawen-oh-aku-stress-setiap-kali-pikir-pasal-nie.
tengok sidebar blog kekawan mcm best jea, ada theme tok solemnization,
ada theme tok majlis resepsi aka sanding, ada theme tok bertandang. seronok jea, ada lain2 kaler kan...

tapi... saya xde, saya xde majlis resepsi aka bersanding tu.
erm..nie x bincang ngan mak pak memasing. saya decide sendiri jea.
saya xnak...saya nak majlis yang ringkas dan sweet gitu jea, kira majlis saya nanti santai santai aja..

tapi pelaminan tu ada la...kira nie pelamin akad nikah gitu. lepas da decide gitu baru taw,
oh..majlis akad nikah yang sepatutnya lagi meriah dari majlis sanding...
tapi zaman sekarang nie macam da terbalik jea..majlis akad nikah hanya untuk keluarga terdekat.
eh..tetiba macam x sure kat mana ada baca pasal nie, tp betul la...ritu ada terbaca,
kat mana ntah. tp xpe la...gitu gini pon aku nye majlis nanti just ada majlis akad nikah jea.

kira nanti bukan sekadar pengantin di raikan, raja sehari la kata kan..
tapi pengantin jugak akan meraikan tetamu. everything down to earth la. no VIP, no tetamu biasa..
semua orang sama jea.

nak tengok aturcara majlis aku x??? dah buat dah, tunggu nak submit kat mak pak jea,
bila da dapat persetujuan, nanti nak print kecik2 besar namecard pastu nak selit dalam kad kahwin.
so nanti tetamu leh taw what time akad nikah, what time makan beradap..
paling penting, majlis habis pukul berapa..sebab masa akad aku nikah ritu,
lepas maghrib pon ada orang datang lagi..hoooiiii....penat wehhhhhh!!!!!

owh...nie kes, wat majlis kat umah jea, kalo kat dewan..hade aku kesah ko datang kol bape?
dah lewat dewan dah tutup..melopong la korang. ha gitu...hahahaha.

selain tuh..nanti nak print banyak2 cket and pas kat orang yang berkaitan ngan majlis.
pas kat OP so dia x datang lambat maka nya xde la kes muka pengantin muncung 40 malam
sebab OP terlepas akad nikah (terjadik kat akak aku).
pas kat mak andam so xde la tok kadi kena tunggu pengantin pempuan x siap mekap lagi
(terjadik kat akak aku jugak). pas kat kaum keluarga, geng2 rewang, semua semua lah..

expected date : 17/08/2013 (sabtu)

tempat : rumah pengantin perempuan

masa : 11 pagi - 5 petang

aturcara majlis

9 pagi : mekap dan bersiap

11 pagi : akad nikah berlangsung.
batal air sembahyang dan bergambar (nie kegunaan pelamin tue)
bersanding (tak nak merenjis bergambar jea)

1 - 2 petang : makan beradab
pengantin beramah mesra dengan tetamu

3 - 3.45 ptg : pengantin sembahyang zohor.
tukar baju no. 2 (kalo ada,tp dia nak tukat baju..xnak pakai baju akad nikah je smpai petang)

4 - 5.30 ptg : pengantin g outdoor (kalau ada, sbb x decide lagi nak amek sape jadik OP)
pengantin beramah mesra dengan tetamu (nie tetamu last2 yang datang lambat la nie)

6 ptg : pengantin sembahyang asar.
berkemas dan majlis tamat.

tue tok yang aku pas kat kaum kerabat yang terlibat la..kalo kat dalam kad kahwin tue xde la aku tulis gitu.
just ada akad nikah, makan beradab, dengan majlis tamat jea.

tok majlis aku nie jugak. tak de salam berisi, salam kaup, salam apa ntah lagi orang panggil tue.
sebab aku wat kenduri kesyukuran jea. majlis pon ringkas jea, ko datang makan jea. segan?
bawak la hadiah besar2 sikit.. hahahaha...so that la, tok doorgift pon simple jea.
awak datang makan jea, free lak tew..lagi nak doorgift gegila. eh...marah lak,
kang xde orang datang ko kawen kang!! huhuhu...xde la, maksud aku......

kalo majlis yang ada salam berisi ke mende tue logik la doorgift beria cket sbb orang dah datang kenduri kita kan?? dorang siap bagi duit kat kita..kita bagi doorgift cekelat (gula-gula) dua bijik.
x patut...x patut. apa yang aku nak cakap...majlis aku kan xde salam berisi tue,
ko datang bawak diri makan kenyang2 bertambah 2 3 pinggan jea, xyah kuarkan apa apa.
tapi aku xde la bagi doorgift gula gula 2 bijik kan. tapi xde la grand gila.. jangan expect lelebih.
aku bagi apa yang aku mampu...seikhlas hati aku.

aku mampu bagi telor je seketul (contoh), tapi sebab aku tengok b2b lain, doorgift dorang macam2..
maka nya aku pon bagi mcm2 gak. agak2 aku ikhlas x?? ke aku bagi tu di pengaruhi niat nak berlebih?
xnak kalah ngan korang? jadi...kalo tengok doorgift aku simple mcm majlis aku..even ko dato' dapat doorgift cikai..ketahuilah engkau.. doorgift aku penuh dengan rasa keihlasan...ikhlas nie.
tolong la jangan kutuk eh? teheee.....

owh..ritu ada baca kat, majalah al-islam kot kalo x silap. zaman sekarang nie dah tebalik,
bila ada orang meninggal.. family si arwah kena sediakan duit..letak lam sampul,
untuk orang2 yang datang semayang jenazah eh? cam tu la.. tapi bila majlis kahwin,
orang ramai datang bagi duit kat family si pengkahwin(?).

sepatutnya...ikot sunnah/amalan/ajaran rasul saw kot kalo x silap. kita bagi duit kat family yang meninggal tue, terutama sekali, perempuan yang kematian suami,yang anak2 nya masih kecil.
sebab dia kehilangan tempat bergantung,punca rezeki.
yang si pengkahwin tue, kan majlis di buat untuk memperkenalkan saudara baru dalam family tu kat jiran2,
xde pon sunnah suruh wat majlis gempak, berhabis, lepas tu nanti duit salam berisi tu kita cover kos sume.
kan? betul kan kalo aku salah..tapi xyah g tengok quran, hadis ke apa..pakai akal logik pon da bley pikir.

ok aku dah merapu..kang ada yang x puas hati dengan apa yang aku tulis, pastu sembur aku ckap aku tulis mcm tue sebab aku xmampu,dengki lah..mampu ok, tapi what for? nak grand lagi? wat la personal loan mcm sesetengah orang. kan??????????

back to the topik, xde majlis resepsi kan? pelamin tu guna tok acara batal air sembahyang.
pastu amek gamba cket dengan family..amek la gamba pengantin 5 6 keping wat lepas gian.
aku xde ase dengki ngan sesape pon..malah ase lagi tenang jea..