Motherhood : review breast pumps

salam sejahtera mommies dan bakal mommies;

hari nie terpanggil untuk buat review pasal breast pumps yang aku guna memandangkan semalam
adik ipar ada bertanyakan pasal breast pump yang aku pakai.

tengok pada tajuk; plural. yea..aku ada  4 breast pumps, 2 manual 2 electrik. untuk electric aku
ada tommee tippee double electric pumps (dono exact name dia) dengan malish ilaria.

tok single pulak medela manual dengan NUK. dah ada electrik kenapa nak beli manual? well,
masa dalam pantang aathif x suka kalo aku tendem pakai pam letrik tu...nanti dia mesti tendang2
sampai tertumpah tumpah susu. dah macam duyung dah aku tengok dengan kaki berbedung dia tu.
so redha la beli medela. 

malish ilaria double breast pump (price : RM399)

berkenalan dengan malish ilaria nie masa pegi test pam dekat pumponthego kelana jaya. first try terus
jatuh cinta suction yang ngam ngam soii...x slow sangat x kuat sangat. bunyi motor yang terpaling senyap
compare to brand lain( ini aku x compare sendiri, budak pumponthego yang cakap) tapi; compare to tommee
tippee mmg jauh beza la.. compare dengan lacte duet pon ilaria masih terpaling senyap.

untuk shield pulak, pada pengamatan aku lacte lagi lembut kot rasa dia sebab lacte corong dia tu berbilah2,
so sedutan dia lembut x rasa corong tu. x paham??? bley p tengok corong untuk lacte..lepas tu kamu akan paham.

tok level plak, ilaria ada 9 level of suction / expression dan ada 9 level of stimulation. ok..benda paling penting untuk
di consider bila beli pump adalah..pam itu ada 2 phase which is stimulation and expression. ini sangat penting ok!!!
sebab tengah pam2, tetiba susu dah tak keluar sedangkan korang yakin masih ada susu yang tertinggal. so korang
boleh stimulate kan balik bagi susu tu keluar then express balik. kalo xde mode stimulation guane nak stimulate kan???

lagi apa ha??? pada aku la..aku sangat berpuas hati dengan malish ilaria nie; dengan harga murah dapat pam
yang heavy duty gini..quite gud la. plus dia ada dua motor so kalo satu motor rosak; motor satu lagi masih boleh di
guna kan; same as lacte.

tommee tippee double breast pump (price : RM600 +/-)

nie pump pertama aku; banyak berjasa. dah banyak berjasa dah kenapa aku p beli malish kan??? annoying betul mak incik
ini. eherm.. aku memang puas hati dengan tommee tippee..cuma nya; aku p beli malish ilaria sebab aku p steralize sume part
tommee tippee tu termasuk la valve, shield all the silicone part tu kecuali tubing dia la. which is sepatutnya x boleh sebab dia
akan mengurangkan suction pam tu..which is quite annoying. erk...annoying gila ok!!!

setiap kali nak pam, aku kne betul kan shield dia, smpai tahap aku tengah pam pon kne stop betul kan shield dia... ohooiii...
annoying yang amat!!!

tommee tippee nie ada 5 level of suction; xde stimulation. level satu tu la stimulate dia...dah susu keluar tekan la level berapa
korang nak;dia x tukar secara otomatik macam pam lain. nie x de la kesah sangat setakat nak tekan2 je kan...kurus sikit jari tu.
cuma..bila ko dah kat level 3 contoh nya..tengah syok2 pam lepas tu korang nak stimulate balik susu korang...dah x boleh ea!!
dah x boleh ke level 1. kalo korang nak ke level satu balik, korang kena off kendian on balik.

dari segi suction agak kuat..tapi ok je..pakai la level rendah kan. bunyi kuat gila..which is semua pun tegur pam aku kuat nau bunyi nya.
tapi dari segi mende lain semua pon ok. corong dia pon ok..shield tebal so tetek ngko kena sedut2 pon xde la sakit mana.

ye lah...aku dalam pantang ritu nipple crack aku boleh pi bantai pam lagi..kira orait la tu kan. gigih gitu. terketap2 bibir pon masih
teruskan jua. hohoii...dah sentuh topik nie, iklan bebelan sat : to mom yang mana annoying dengan fully breastfeeding mom ni konon
bising memekak memandang rendah pada korang yang campo susu dengan FM. aku ada baca alasan2 yang di beri... salah satu nya,
nipple crack - x tahan. oh sayang...ibu menyusu penuh pon nipple crack jugak. ada tu sampai pam keluar darah. DARAH ok... susu yang
di pam terpaksa di buang. sakit, betul x tipu...aku sokong. tapi tahan lah demi anak. susu penuh or campo tu pilihan memasing jadi x payah
la nak bertelagah antara satu sama lain. tepuk dada tanya hati; x mampu ke x sanggup?????

nie kita membebel lain kali la ea...aku bukan nak membebel kat semua yang campo susu / bagi anak FM konon nye aku nie dah bagus sangat dah.
tak..aku pon masih struggle, ntah2 esok lusa susu aku xde sape yang tau kan. tapi aku nak jawab satu artikel nie berdasar kan apa yang aku lalui.
pengalaman aku..bukan nak tentukan sapa betul sapa salah. aku pon lemah hampir mengalah jugak. tapi aku selalu tanya dia. x mampu ke x sanggup??

berbalik kepada pump kita tapi, kita cite pasal pam manual pulak;

medela manual pump aka medela harmony ( price : RM199 - beli kat butik tateh kat bangi)

well, aku dah cite kan nape beli medela nie? tapi skali je aku pakai,tu pon test x sampai seminit..aku stop. basuh2, sterilize masuk kotak. bhahaha...
sangat la x selesa untuk monmon aku. sakit okeh. mungkin sebab dah terbiasa corong dia tu ada shield. medela nie dia nye cup tu xde shield, x silap
aku untuk semua jenis. tapi kalo x silap aku jugak shield dia boleh beli asing.

dari segi handling tu agak mudah la. senang nak tekan2 sebab ringan so xde la lenguh sangat tangan tu. tapi kalo dah lama lama tu lenguh la jugak.
ingat nak let go je lah pam nie..tapi xde yang nak pulak. sekarang orang sume dah canggih, mana nak manual2 nie ea...hahahaha, cakap orang..sendiri
pon x sanggup nak memicit.

NUK manual pump/ NUK sensitive manual pumps (price RM150 +/-)

pam nie sebenarnya beli pon sebab terpaksa, masa tu keluar p OU. aathif tinggal tapi bawak pam. sekali motor aku bawak tomee tippee, amende ntah
yang tertinggal..last2 xleh pam. ingat boleh la tahan sampai balik.tapi x boleh...aku dah nak pitam dah. p beli pam manual pureen je. dah kata emergency
to pureen pon ok la, setakat nak keluarkan sikit kan. sekali bukak kotak je pam tu dh siap sedia rosak. p tukar, amik NUK ngn pigeon. mintak akk jusco tu
bukak..aku dah lemah x bermaya, en.seben yang dok tanya. aku amik NUK, belek2..tekan2. ok lulus... p bayar, lari2 pegi nursing room.

pada aku, NUK nie ok la. dia macam ada dial kat atas tu untuk kontrol speed. ergh...dah manual speed apa nya!!! macam mana nak cakap ea... dia mcm
gear basikal tu...kita pusing nombor satu pastu picit rasa ringan, suction dia lembut walau kita picit laju2 pon. kalo letak nombor tiga, picit tu rasa berat cket
dan suction dia agak dalam. erm...agak kuat mcm tu la. 

masa pam tu aku tukar2 gear ngn tangan..so xde la lenguh sangat tangan nie. dapat la dua botol dalam dok merungut lenguh lenguh..huhu. pada sape2
yang nak beli pam manual just sebagai back up, aku memang sarankan pam NUK nie. kalau housemom sekali pon, sangat2 di saran kan untuk sediakan 
pam, at least single letrik pam. kalo x leh..cukup dengan manual.  untuk yang ada pam letrik dah pom, aku tetap sarankan ada satu pam back up manual,
kita xtau kot motor pam kita rosak ke,tertinggal ke, xde letrik ke, so ada la pam back up kan.

fuhhh....panjang gila entry pam neh. nanti aku nak membebel pasal penyusuan pulak. membebel kat diri sendiri. aku suka cerita pasal breastfeed nie bukan
apa, bukan nak eksyen ke apa, jauh lagi..kalo dah lepas dua taon full, baru aku boleh nak eksyen. cuma nya pada aku, if aku cerita pasal breastfeed nie
share pasal nie, secara tak langsung akan motivated kan diri aku untuk terus pumping kat opis, untuk terus berusaha susu kan aathif.

ye...aku akui, aku pon hampir tumbang...hampir. nak2 lagi masa pam kat opis. tapi aku tepis segala lelah segala anasir negatif kepala otak sendiri. istigfar banyak
banyak dan terus pam. dapat banyak ke sikit tetap di sudahi dengan syukur Alhamdulillah. 

aku doakan pada semua yang mempunyai niat tok susu kan anak memasing semoga boleh susukan sampai 2 tahun mengikut syariat. doa kan aku sama ea...

P/s : pkai tepon xleh nk susun2 gambar ikot jenis memasing. Nanti dan ngadap laptop kat umah aku buat eh...kalau dan la..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

tabungan