si comel n si ensem

Isnin, 17 Februari 2014

its a good sign to quit.

salam sejahtera,

working is not fun anymore. makin hari kat opis makin rasa terpencil. rasa macam everyone dah x semesra dulu.

cam ne nak cakap nie...

ntah la,

macam merahsiakan semua nya dari aku. bercerita hanya pada mereka mereka, rasa di pinggir kan.

mungkin sebab aku banyak mc lately so aku banyak ketinggalan cerita. so dah x best nak berkongsi dengan aku..nanti kena repeat dari awal.

mungkin.

kadang mereka di sana berkumpul bercerita, aku terperosok di meja sendiri, dari jauh cuba memancing cerita, lastly aku mengalah..biar lah.

kadang aku approach mereka, cuba bertanya cerita tapi hendak x hendak je, mcm aku ni menyibuk pula.

mungkin mereka sudah x suka berkongsi dengan aku sebab aku punya pendapat sendiri dan mereka x leh terima.

mungkin aku lantang. tapi apa boleh buat, aku lantang tapi aku ikhlas, aku xsuka jadi manusia hipokrit,depan memuji belakang di gelakkan. tapi siapa tahu...

pada yang memuji pada yang baik depan itu yang di suka..

makin hari makin rasa di pinggirkan.

aku dah x tahu apa yang jadi kat opis nie. berkongsi antara mereka.

makin hari makin x seronok datang keje.

makin hari hati makin rasa bagai di paksa paksa, badan bagai di heret heret untuk ke opis.

hati dah x ada, rasa macam dah xde tempat aku di sini.

rasa sangat ingin berhenti. patut kah aku?

aku x suka bergantung penuh pada suami. memang. tetiap bulan x penah miss belanja di hulur. cukup, kadang berlebih sebab makan semua suami tanggung. tapi, benda kecil, benda bukan2.. aku x suka meminta minta pada suami..