Second pregnancy : masih menyusu walaupun hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Tetiba mood rajin plak nak bebel2 dekat blog ni. Ha... sebenarnya, mood keje da kelaut. Lagi 15minit nak balik kan, plus hari ni jemaat. Memang tak la nak rajin2 sangat kan.

Hari tu ada post dekat group soal jawab ibu hamil kat fb pasal ni. Ada setengah orang, dah pregnant mmg stop terus menyusu sebab nak jaga kandungan kan. Ada setengah orang, memang tak boleh sebab risiko kat anak dalam kandungan. Ada setengah orang Alhamdulillah, masih boleh menyusu sampai deliver.

Aku? Kategori tetengah..hahaha, sebab belom delivery tp Alhamdulillah aathif masih menyusu badan. Nak kata kandungan kali ni tak berisiko, sama macam aathif dlu jgk.. bleeding dari awal pregnant. Tapi berlanjutan sampai kandungan 5 bulan. Mcm period pulak..keluar darah fresh banyak tapu sehari je, sebab dah ada pengalaman so rilek2 je la. Eh, xde la rilek sgt.. pegi hospital jgk, bed rest jgk..cuma jiwa tu lebih tenang la.

Masa tu doc pon xde la cakap suruh stop bf, x tau la kot doc lupa yang aku masih bf dak aathif. Tp aku x rasa pon aku bleeding sebab aku bf aathif. Sebab time bf aku xde rasa cramp perut ke apa ke, rasa biasa je. So tawakal lillahitaala je la.. tp awl2 tu ad la tng beberapa org doc, ok tak nak bf while pregnant. All of them ckp boleh. Bf n pregnancy tu 2 saparate thing, xde la setakat bf bleh induce contraction semua sebab untuk berlaku kontraction tu perlu kan hormon n faktor2 lain jgk. So aku lebih confident.

Aku still berjaga2, setiap kali bf aku akan alert keadaan dak baby, ad sakit perut ke, ada cramp ke, ad bleeding right after bf ke. Alhamdulillah semua tu xde, so keep bf. Cuma aku stop pumping. Walopon doc ckp xde efek kat pregnancy, aku stop jgk sebab susu dah tak de.. ade la sikit2 tu, tp mcm tak berbaloi nak pam. Plus, sakit oii nipple klo pam time pegnen.

Usahkan pam, time direct feeding pon rasa nak menitik air mata walopon dak aathif x gigit pon. Kalo pregnant, nipple kita kan sensetif. Bayang kan, korang merungut sebab nipple sakit, melecet dalam pantang sebab baby x reti latch lg..lepas tu korang give up. Cuba korang bayangkan aku dan mak2 yang menyusu while pregnan ni. Aku 6 bulan menahan sakit.. korang 2 minggu dah give up..shame on u. Okey jgn kecam aku..just lil bit kecewa bila ada yang buat alasan tak nak bf sbb x tahan nipple melecet.

Ah, aku a bit menyesal stop pam sebenarnya. Salah aku, bila stop.. susu makim drop makin kurang makin kering. At 3 month susu aku kering. Mermet pon xde apa keluar. Kosong.. kosong..kosong..tapi aathif masih tetap netek. Kalo weekend aku rasa nak pakai bra besi sebab sakit nya Allah.. bayang kan, susu tak de. Anak ko plak dari pagi bawak ke malam bawak ke pagi esok bawak ke malam 2 hari dok nyet2. Nasib la nipple aku tough, x berdarah ke luka ke.. syukur. Tp sakit tetap ketap2 gigi.

Genap 2 month 2 weeks, masa tnggu check up. Aku p feeding room sebab malas nak kejar aathif satu spital. Offer la nenen kat dia. Dia nyet2 kejab dia lepas. Aku tgk mcm ada air keruh2 kat situ. Pelik la, so try mermet.. sekali kua air jernih. Try mermet sebelah lagi, sama.. Allah. Gembira nye rasa... hasil aathif dok x putus asa nyet2 jgk walopon xde hasil.

Tak banyak yg keluar. Tp penah weekend dia nenen sampai sendawa. Seronok nye...berbaloi menahan sakit. Now, aathif masih minum susu btol. Tp bila nak tido, or bila2 dia nak manja.. dia mintak nenen.

Penah skali aku mermet, lepas tu try. Hahaha..sebab pelik,Setiap kali lepas netek dia akan minum air kosong. Buat mulut mcm dahaga. Tu yg aku rasa, sebab orang kata susu orang pregnant ni masin, hahahaha... yes. Memang masin. Macam minum air garam. Keh3.

Tapi satu je la.. skang ni, dok ada rasa nak pam je.. sebab kadang tu rasa x selesa. X bengkak..tp rasa x sedap..rasa nk kne keluarkan. Sabar je.. balik umah kang, offer kat aathif. Baik dia, lepas susu dah ada balik ni.. aathif dedar2 pon tak jadi demam. Nak selsema pon skejab je lepas tu kering.. nak batuk x melarat. Ada lagi la khasiat susu ummi tu untuk aathif.

Cuma nya, pening dok pikir cane nak wean dak kecik ni. Makin sayang dia kat nenen dia..hahahaha....

Comments

Popular posts from this blog

Resepi : tomyam untuk dewasa dan tomyam untuk kids

Sharing pengalaman cabut gigi di klinik pergigian dr.pinky kajang

FIRST TRIMESTER : Usaha aku lakukan untuk mengandung

tabungan